Garam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Penuaian garam laut di Pak Thale, Phetchaburi, Thailand
Anak bukit garam di Salar de Uyuni, Bolivia
Kristal garam

Garam, juga dikenali sebagai garam makan atau garam batu, ialah sejenis galian yang komponen utamanya ialah natrium klorida. Ia penting untuk kehidupan manusia dan haiwan dalam kuantiti kecil, namun berbahaya jika berlebihan. Rasa garam (masin) merupakan salah satu daripada rasa asas manusia. Garamlah yang menyebabkan laut terasa masin.

Kebanyakan garam digunakan sebagai garam makan, dan berfungsi sebagai penyedap makanan namun sejak akhir-akhir ini garam juga digunakan dalam industri perubatan. Sebagai contoh, kebanyakan garam digunakan untuk menawarkan sesuatu komposisi kimia yang berlebihan dalam badan pesakit.

Garam juga merupakan satu komposisi kimia yang berupaya untuk dijadikan sebagai bahan dagangan. ini adalah kerana garam pada masa kini merupakan satu bahan yang amat diperlukan sama ada digunakan dalam bidang perubatan, pertanian mahupun dalam bidang pembuatan makanan.

Pada masa dahulu harga garam adalah sangat mahal.Ini adalah kerana terdapat sebuah negara yang membayar gaji tenteranya dengan garam dan dari situlah kata nama 'gaji' dalam bahasa Inggeris dicipta iaitu 'salary' yang diambil daripada perkataan Latin yang bermaksud 'garam'

Selain itu, pada zaman penjajahan Jepun ke atas Tanah Melayu pada awal 1940-an, garam juga boleh dikategorikan sebagai barang mewah. Ini adalah sesebuah rumah ataupun keluarga boleh dianggap mewah dan berada jika mempunyai garam kerana pada masa itu garam amat sukar untuk diperolehi.

Bentuk garam[sunting | sunting sumber]

Garam yang beriodin.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]