Garam makan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gunung garam

Garam makan, juga dikenali hanya sebagai garam terdapat dalam bentuk garam halus atau garam kasar merupakan satu mineral, hanya satu-satunya batuan yang boleh dimakan oleh manusia.

Terdapat pelbagai bentuk garam makan: garam kasar, garam halus, garam beriodin. Ia terdapat dalam bentuk pepejal kristal, bewarna putih, merah jambu lembut, atau kelabu pucat, yang di dapati dari air laut atau simpanan batu (rock deposits). Garam laut diedarkan dalam bentuk kasar atau halus. Secara semula jadi, ia merangkumi bukan hanya natrium klorida, tetapi juga galian seni penting yang lain. Batu garam makan mungkin bewarna kelabu pucat disebabkan kandungan mineral.

Garam diperlukan bagi semua benda hidup untuk terus hidup, termasuk manusia. Garam terbabit dalam mengawal kandungan air (imbangan cecair) dalam badan. Perasa garam merupakan salah satu daripada rasa asas. Kemaruk garam mungkin disebabkan oleh kekurangan galian seni dan juga kekurangan natrium klorida itu sendiri.

Garam diperlukan untuk terus hidup, tetapi terlebih makan boleh meningkatkan masaalah kesihatan, termasuk tekanan darah tinggi, dalam mereka yang cenderung secara genetik kepada hipertension. Dalam penyediaan makanan, garam digunakan sebagai pengawet dan sebagai perisa.

Sejarah garam makan[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Sejarah garam

Sifat pengawetan garam merupakan asas tamadun. Ia membolehkan manusia berhenti bergantung kepada adanya makanan bergantung kepada musim, membolehkan pengembaraan jarak jauh, dan merupakan bahan tambahan yang penting. Walau bagaimanapun, garam sukar diperoleh, maka ia menjadi barang dagang yang tinggi nilainya. Sehingga zaman 1900-an, garam merupakan salah satu penggerak utama ekonomi nasional dan peperangan. Garam hampir sentiasa dikenakan cukai. Penyelidikan telah menemui bahawa amalan ini telah wujud seawal abad ke-20 sebelum Masihi di negara China.

Dalam kerajaan Mali, pedagang di abad ke-12 Timbuktu—pintu masuk gurun Sahara dan kerusi sarjana— menghargai garam sehingga rela membelinya untuk harga beratnya bersamaan harga emas; perdagangan ini membawa kepada lagenda kota Timbuktu yang kaya, dan mendorong inflasi di Eropah, yang mengeksport garam.

Bentuk-bentuk garam makan[sunting | sunting sumber]

Garam belum disaring[sunting | sunting sumber]

Garam yang beriodin.

Rencana utama: Garam laut, Garam Batu dan Fleur de sel

Garam-garam semulajadi yang berbeza mempunyai kandungan mineral yang berbeza, memberikan rasa yang unik. Fleur de sel, garam semulajadi laut dituai dengan tangan, mempunyai rasa yang unik berbeza dari satu kawasan ke kawasan yang lain.

Beberapa pihak mendakwa garam laut yang belum disaring mempunyai lebih khasiat daripada yang disaring. Walau bagaimanapun, ada beberapa pihak mendakwa garam laut atau batu tidak mempunyai garam iodin yang cukup untuk mencegah penyakit-penyakit kekurangan zat seperti beguk.

Garam yang telah disaring[sunting | sunting sumber]

Garam yang telah disaring, di mana ia selalu dipakai pada masa kini, kebanyakkan ialah merupakan garam daripada jenis natrium klorida. Hanya 7% garam yang telah disaring dijadikan sebagai bahan perasa. Kebanyakannya dijual untuk kegunaan industri daripada pembuatan pulpa dan kertas hinga kepada bahan pewarna untuk tekstil dan fabrik, pembuatan sabun dan bahan pencuci. Ia juga mempunyai nilai komersil yang amat tinggi.

Pembuatan dan penggunaannya merupakan antara penggunaan bahan kimia tertua. Garam juga boleh didapati daripada air laut, kebiasaannya di kawasan yang agak cetek dan menerima cahaya matahari. Garam yang didapati daripada cara ini juga dikenali sebagai garam teluk, namun ia lebih dikenali sebagai garam laut ataupun garam solar. Kini, kebanyakan garam yang disaring disediakan daripada garam batu: deposit mineral yang boleh dimakan. Garam-garam batu ini terbentuk dari kawasan-kawasan tasik lama yang telah tersejat. Deposit-deposit ini mungkin digali ataupun melalui penurasan air. Penurasan air menghancurkan garam dan larutan itu akan dipam ke permukaan di mana garam akan dipungut.

Selepas garam mentah diperolehi, ia kemudiannya disaring untuk membersihkannya dan memperelokkan lagi kualiti dan cirinya.Penyaringan juga biasannya juga terdapat pemprosesan penghabluran semula. Dalam proses penghabluran, larutan garam itu akan dikenakan bahan kimia yang mengasingkan bahan-bahan asing (kebanyakkanya magnesium dan garam kalsium). Beberapa fasa penyejatan juga digunakan untuk mendapatkan kristal natrium klorida yang asli yang kemudiannya dikeringkan.

Bahan anti penggumpalan (dan kalium iodida, untuk garam iodin) kebiasaannya ditambah pada masa ini. Bahan ini merupakan bahan kimia hygroscopic yang menyerap kelembapan, dan juga mengelakkan hablur-hablur garam daripada melekat antara satu sama lain. Sesetengah bahan anti penggumpalan adalah seperti trikalsium fosfat, kalsium ataupun magnesium karbonat, asid lemak garam (garam asid), magnesium oksida, silikon dioksida, natrium alumino-silikat, and alumino-kalsium silikat. Banyak perhatian telah diambil disebabkan kemungkinan kesan-kesan toksik kesan dari aluminium di dalam dua kompaun, namun kedua-dua Kesatuan Eropah dan Persatuan Pemakanan Amerika Syarikat membenarkan penggunaannya dalam kadar terkawal.

Garam yang telah disaring akhirnya sedia untuk dipaketkan dan diguna untuk tujuan komersial.

Garam Makan[sunting | sunting sumber]

Pek garam individu.

Garam makan merupakan garam yang telah disaring dan hampir asli (95% ataupun lebih) Natrium Klorida. Ia kebiasaannya mengandungi bahan yang mengelakkannya dari bergumpal. Ia merupakan perbuatan biasa bagi meletakkan beberapa butir beras di atas bekas garam untuk menyerap lebih banyak kelembapan apabila bahan anti penggumpalan tidak mencukupi. Garam makan juga biasannya diiodinkan; sejumlah kalium iodida ditambah sebagai bahan diet sampingan. Garam makan biasanya digunakan untuk memasak dan juga sebagai bahan perasa yang diletakkan di atas meja. Garam teriodin amat sesuai untuk mengurangkan kadar kekurangan iodin di negara asal penggunaannya. Iodin adalah amat penting untuk mengelakkan kekurangan penghasilan hormon tiroid (hypothairoidisme), yang menyebabkan goitre, cretinisme pada kanak-kanak dan myxedema pada orang dewasa.

Garam makan kini digunakan di seluruh dunia.

Kesan Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Natrium adalah salah satu primer elektrolit di dalam badan. Ketiga-tiga elektrolit (natrium, kalium dan kalsium) terdapat di dalam garam yang belum disaring, seperti yang lain yang juga penting untuk badan untuk menjalankan proses pada kadar yang optimum. Terlalu banyak garam atau terlalu kurang boleh menyebabkan gangguan elektrolit yang membawa bahaya malah boleh menyebabkan masalah neurologi yang boleh membawa maut. Kesan-kesan terlebih pemakanan natrium merupakan topik yang kontroversi. Terlebih pemakanannya telah dikaitkan dengan masalah tekanan darah tinggi, walaupun kesannya ke atas seseorang individu itu berbeza pada julat yang besar. Persatuan Pengeluar Garam (U.K) mengatakan bahawa tiada bukti yang menunjukkan terdapat kaitan antara kadar pengambilan dengan mortaliti ataupun dengan kardiovaskular.http://www.saltsense.co.uk/releases/rel013.htm] [1]. Satu kajian membuktikan bahawa lelaki yang mengalami hipertensi dan kadar natrium urea yang rendah berkait dengan kadar risiko mendapat sakit jantung lebih tinggi. [2].

Kadar pengambilan garam yang tidak betul bersama dengan amalan meminum air yang terlalu banyak, meletakkan seseorang itu pada risiko ketoksikkan air.

Kadar diet yang tinggi garam juga dikaitkan dengan asma [3] dan kereputan atau kerosakkan ketumpatan tulang pada kanak-kanak perempuan [4]. Namun, garam juga mempunyai kegunaan untuk kesihatan juga seperti perawatan untuk penyakit dysautonomia [5].

Penggantian garam (dengan rasa yang hampir sama dengan garam makan)boleh didapati bagi individu yang ingin mengurangkan kadar pengambilan garam mereka. Bahan-bahan gantian ini merupakan terutamannya kalium klorida, yang meningkatkan kadar pengambilan kalium. Disebabkan kadar pengambilan kalium yang terlebih boleh menyebabkan hiperkalemia, adalah dinasihatkan untuk bertemu dahulu dengan pakar kesihatan dan farmasi sebelum menggunakan bahan pengganti garam. Masalah dan ubat yang berbeza boleh mengurangkan kadar penyingkiran kalium dari badan yang lantas meningkatkan kadar untuk mendapat penyakit hiperkalemia.

Pihak Agensi Standarf Pemakanan United Kingdom telah mengudarakan satu kempen kesihatan am penuh kontrovesi bertajuk "Salt - Watch it" (Garam - Berhati-hati) menggunakan satu karektor bernama ""Sid the Slug"" (Sid Si-Siput). Kempen ini telah mendapat kritikan daripada Persatuan Pengeluar Garam United Kingdom.

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Bacaan Lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Gary Taubes, "The Political Science of Salt," Science (August 14, 1998) - article on the evidence that salt consumption is bad for human health.
  • Mark Kurlansky, "Salt : A World History," Penguin Books