Gerhana matahari 18 Ogos 1868

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gerhana matahari 18 Ogos 1868
SE1868Aug18T.png
Gerhana matahari pada 18 Ogos 1868
Jenis gerhana
Jenis Penuh
Gama -0.0443
Magnitud 1.0756
Saros 133 (37 daripada 72)
Gerhana maksimum
Tempoh 6 min 47 s
Koordinat 10°06′U 102°02′T / 10.1°U 102.033°T / 10.1; 102.033
Masa (UTC)
Gerhana terbesar 5:12:10

Gerhana matahari 18 Ogos 1868 adalah kejadian gerhana penuh yang berlaku terutamanya di selatan Asia. Jangka masa totaliti adalah sangat panjang iaitu selama 6 minit 47 saat. Sewaktu gerhana ini, satu garis spektrum unsur yang tidak diketahui telah dikesan oleh ahli astronomi Pierre Janssen. Unsur ini kini dikenali sebagai helium yang mendapat namanya daripada perkataan Yunani "helios" yang bermaksud Matahari. Mongkut, Raja Siam, telah berjaya mengira di mana dan bila gerhana matahari ini akan berlaku. Namun, pemerhatian beliau membawa padah kerana selepas itu, beliau telah menghidap malaria.

Jangka masa totaliti yang panjang ketika gerhana ini disebabkan oleh ketika kejadian gerhana ini, anak bulan berlaku kurang daripada tujuh jam selepas perigee[1]; ini menjadikan diameter tampak Bulan agak besar. Selain itu, ia juga disebabkan oleh kejadiannya yang berhampiran dengan khatulistiwa, di mana putaran bumi adalah paling tinggi. Oleh itu, bayang-bayang gerhana ini sedikit "ketinggalan" dan menyebabkan jangka masa totaliti lebih panjang. Gerhana ini adalah gerhana terpanjang dalam kitaran Saros 133. Ia terletak di tengah kitaran ini, dan jangka masanya hanya diatasi oleh gerhana dalam kitaran sebelumnya pada 7 Ogos 1850 yang mempunyai jangka masa totaliti selama 6 minit 50 saat; hanya 3 saat lebih panjang daripada gerhana ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.