Anak bulan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Fasa Bulan mengikut kedudukan Bulan dalam orbit mengelilingi Bumi. Rajah ini dilihat dari atas kutub utara;

Dalam terminologi astronomi, anak bulan (atau hilal dalam bahasa Arab) merupakan fasa bulan yang berlaku apabila Bulan, dalam gerakan oerbit bulanannya mengelilingi Bumi, berada di antara Bumi dan Matahari, maka berada sebaris atau bersilangan dengan Matahari jika dilihat dari Bumi. Pada ketika ini, bahagian yang gelap (yang tiada cahaya matahari) bagi permukaan Bulan akan menghadap ke arah Bumi, maka, Bulan tidak kelihatan melalui mata kasar.

Maksud sebenar frasa "anak bulan" adalah bulan sabit pertama yang kelihatan, iaitu selepas persilangan dengan matahari. Ini lazimnya mengambil tempat di ufuk barat dalam waktu yang sekejap antara waktu terbenamnya matahari dan terbenamnya bulan, lalu masa dan tarikh kemunculan anak bulan ini akan dipengaruhi oleh kedudukan geografi pencerap. Anak bulan secara astronomi, atau bulan gelap untuk mengelakkan kekeliruan, berlaku ketika persilangan dalam longitud gerhana dengan Matahari, iaitu apabila Bulan tidak kelihatan dari Bumi. Waktu itu adalah unik dan tidak bergantung kepada kedudukan, dan dalam keadaan tertentu, akan kebetulan dengan gerhana matahari.

Anak bulan dalam makna asal ialah bulan sabit muda yang menandakan bermulanya bulan dalam kalendar lunar seperti takwim hijrah, dan kalendar lunisolar seperti kalendar Ibrani, Hindu dan Buddha. Tetapi dalam kalendar Cina, permulaan bulan dimulai dengan bulan gelap

Penentuan anak bulan[sunting | sunting sumber]

Sela masa antara anak bulan—qamarian—adalah berubah. Masa purata antara anak bulan, bulan sinodik, adalah lebih kurang 29.53... hari. Rumus anggaran untuk mengira purata masa bagi anak bulan (persilangan antara Matahari dan Bulan) bagi bulan berturut-turut ialah:

d = 5.597661 + 29.5305888610 \times N + (102.026 \times 10^{-12})\times N^2


Anak bulan Ramadan 2010[sunting | sunting sumber]

Pada 10 Ogos 2010, negara Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura sepakat hari pertama puasa ialah pada hari Rabu, 11 Ogos 2010. Hilal (anak bulan) terlihat di Probolinggo dan Gresik, Jawa Timur serta Cilincing, Jakarta.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah mengumumkan puasa pada hari Rabu, 11 Ogos 2010. Majlis Raja-Raja setuju cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab (Matematik). Oleh itu , sembahyang terawih dikerjakan sepanjang bulan Ramadan.[1]

Menteri Agama Indonesia, Suryadharma Ali turut mengumumkan hari pertama ibadat puasa di Indonesia. Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Rukyah dan Takwim Islam Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura pada 1-5 Julai 1992, sepakat menetapkan 1 Ramadan . Dua organisasi Islam terbesar Indonesia iaitu Nahdlatul Ulama (NU) dan Muhammadiyah, menggunakan kaedah berbeza dalam pengiraan 1 Ramadan dan Aidilfitri. Muhammadiyah memakai kaedah hisab (matematik) manakala NU memakai kaedah rukyah iaitu melihat anak bulan, turut mengumumkan 1 Ramadan pada Rabu.

Jamaah Pondok Pesantren Al-Karawi, Kecamatan Ganding, Sumenep, Jawa Timur memulakan ibadat puasa pada hari Selasa, 10 Ogos 2010. Jamaah An Nadzir di Gowa, Sulawesi Selatan dan Jamaah Tarekat Islam Naqsabandiyah di Sumatera Barat mula berpuasa pada hari Isnin, 9 Ogos 2010. Mereka melihat tanda-tanda alam daripada air pasang di laut.[2]

Negara Timur Tengah turut mula puasa pada 11 Ogos 2010. Antaranya ialah Arab Saudi, Jordan, Qatar, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait, Lebanon, Yemen, Libya. Palestin dan Turki.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]