Gitar bes

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gitar bes
Bes Stingray Music Man

Bes Stingray Music Man
String instrument
Nama lain Gitar bes elektrik, bes elektrik, bes
Pengelasan Alat muzik bertali (dipetik dengan jari atau plektrum; jarang distrum)
Pengelasan Hornbostel-Sachs 321.322
(Chordophone komposit)
Pencipta Paul Tutmarc, Leo Fender
Dibangunkan 1930-an
Playing range
Range contrabass.png
(gitar bes 4 tali talaan piawai)
Alat muzik berkaitan
Pemuzik

Gitar bes (dipanggil juga bes elektrik atau sekadar bes, sama ejaan dengan bes dalam kimia) ialah sejenis alat muzik bertali dimainkan selalunya dengan jari (samada dengan teknik plucking, popping, slapping, tapping atau thumping), atau dengan menggunakan plektrum.

Sejak 1950-an, gitar bes telah menggantikan dabal bes dalam muzik paling popular seperti rock dan pop. Di era 1970-an pula, alat muzik ini biasa digunakan sebagai alat muzik solo, khususnya dalam jazz-fusion.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Gitar bes direka sama seperti gitar elektrik, untuk mengatasi kekurangan kekuatan bunyi bagi alat-alat muzik akustik yang diperlukan dalam muzik country dan rock 'n' roll, serta supaya ia mudah alih di samping menjimatkan ruang. Alat muzik ini merupakan salah satu daripada alat muzik yang datang sebelum versi akustiknya.

Gitar bes yang pertama dicipta oleh pereka cipta berbangsa Amerika Paul Tutmarc dengan rupa dan saiz mirip sebuah selo.[1] Dia telah membuat satu lagi rekaan kerana tidak berpuas hati dengan saiz yang sebelumnya, kali ini berdasarkan gitar elektrik, berfret dan direka untuk dimainkan secara melintang. Bes elektrik walau bagaimanapun tidak mendapat sambutan hangat di waktu itu, sehinggalah pada 1950-an.

Pada tahun 1951, Leo Fender telah mengeluarkan versi gitar besnya Precision Bass yang menjadi gitar bes "piawai" waktu itu, selalu digunakan dalam muzik soul dan rekaannya diikuti oleh syarikat lain.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Tutmarc, Bud. (T/A) "Paul Tutmarc, Inventor of the First Electric Guitar". Diambil pada 19 Januari 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]