Godzilla

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Godzilla (ゴジラ Gojira?) (pron.: /ɡɒdˈzɪlə/; [ɡodʑiɽa]  ( dengar)) merupakan kaiju, raksaksa wayang Jepun, pertama kali muncul dalam filem Ishirō Honda 1954 Godzilla. Sejak itu, Godzilla telah terus menjadi ikon budaya pop dunia terbit dalam 28 filem terbitan Toho Co., Ltd.. Raksasa ini turut muncul dalam banyak media lain kelahiran semula termasuk permainan video, novel, komik, siri televisen, dan filem terbitan semula Amerika dengan francis filem Amerika kedua dalam penerbitan.

Dengan pengeboman Hiroshima dan Nagasaki dan peristiwa Daigo Fukuryū Maru masih segar dalam kesedaran Jepun, Godzilla dihasilkan sebagai raksaksa yang tercipta hasil ledakan nuklear dan metaphor bagi senjata nuklear pada umum. Ketika filem mengenainya berkembang, sesetengah cerita mula menjadi semakin serius menggambarkan Godzilla sebagai hero sementara yang lain masih menggambarkannya sebagai raksaksa ganas.

Nama[sunting | sunting sumber]

Gojira (ゴジラ?) merupakan gabungan dua perkataan Jepun: gorira (ゴリラ?, "gorila"), dan kujira (鯨(クジラ)?, "paus"), yang sesuai kerana dalam satu peringkat rancangan, Godzilla digambarkan sebagai "kacukan antara gorila dan paus",[1] menghimbar kepada saiz, kekuatannya dan asal dari laut. Cerita popular adalah "Gojira" sebenarnya merupakan nama gelaran pembantu panggung yang sasa di Studio Toho.[2] Bagaimanapun cerita ini tidak pernah disahkan, dan selepas lima puluh tahun sejak cerita asal dihasilkan, tiada orang yang mendakwa sebagai pekerja yang dikisahkan mengaku dan tiada gambar muncul. Kimi Honda (balu Ishiro Honda) sentiasa mensyaki bahawa orang tersebut tidak pernah wujud sebagaimana disebutnya pada wawancara tahun 1998 "pembantu panggung di Toho suka berlawak dengan cerita diperbesarkan".[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Steve Ryfle. Japan's Favorite Mon-Star. ECW Press, 1998. Pg.22
  2. "Gojira Media". Godzila Gojimm. Toho Co., Ltd.. http://www.godzillaondvd.com/mediapageloads/still05.html. Capaian November 19, 2010. 
  3. Steve Ryfle. Pg.23

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Godzilla