Bahasa Jepun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bahasa Jepun
日本語 Nihongo
[[File:
日本語 (bahasa Jepun)
|border|200px]]
asli ke (Majoriti):Jepun , Kepulauan Ryuku dan Palau, (Bahasa minoriti yang dituturkan):Amerika Syarikat (Terutama di Kalifornia dan Hawaii), Guam, Kepulauan Marshall, Taiwan, Australia dan Brazil
asli penutur 127 juta [1]  (tiada tarikh)
keluarga bahasa
Sistem penulisan Lolograf Jepun dan suku kata
status rasmi
Bahasa rasmi di Angaur (Palau)
De facto di Jepun
Dikawal oleh Tiada
Kerajaan Jepun memainkan peranan penting
kod bahasa
ISO 639-1 ja
ISO 639-2 jpn

Bahasa Jepun (日本語 Nihon-go?) adalah bahasa rasmi negara Jepun dan dituturi 125 juta orang.

Bahasa Jepun juga digunakan oleh sebilangan rakyat dari negara yang pernah ditaklukinya seperti Korea dan Taiwan. Ia juga dituturi di Amerika Syarikat (California dan Hawaii) dan Brazil akibat penghijrahan orang Jepun ke sana. Namun keturunan mereka yang dipanggil nisei (二世?, generasi kedua), tidak lagi fasih dalam bahasa tersebut.

Bahasa Jepun terbahagi kepada dua bentuk iaitu Hyoujungo (標準語?), pertuturan standard, dan Kyoutsugo (共通語?), pertuturan umum. Hyoujungo adalah bentuk yang diajar di sekolah dan digunakan di televisyen dan segala perhubungan rasmi.

Tatabahasa Jepun amat berbeza dengan kebanyakan bahasa lain, kerana ia adalah bahsaa Subjek-Objek-Kata kerja iaitu kata kerja selalunya berada diakhir suatu ayat.


Fonologi[sunting | sunting sumber]

Konsonan[sunting | sunting sumber]

Bibir Gigi Alveolar Post-
alveolar
Lelangit Velum Peti suara Tidak
bertempat
Hentian p    b t    d k    g Q
Kibasan ɺ̠
Frikatif ɸ s    z h
Afrikat ts
Nasal m n N
Anggaran j ɰ
  • Plosif tidak bersuara /p, t, k/ disedut sedikit: kurang berbanding plosif bahasa Inggeris, lebih berbanding plosif bahasa Melayu. Plosif bersuara /b, g/ tidak sentiasa mencapai oklusi penih, kadang-kadang dihasiklan sebagai frikatif atau anggaran. /g/ dihasiklan sebagai [ŋ] dalam kebanyakan dialek (hanya antara vokal), terutamanya di Jepun timur.
  • /t, d, n/ ialah konsonal apical dan denti-alveolar (maksudnya, hujung lidah menyentuh bahagian belakang gigi atas dan bahagian hadapan permatang alveolar). Sebelum /i/, bunyi-bunyi ini berupa alveolo-palatal; sebelum /u/ pula menjadi alveolar.
  • /s, z/ ialah bunyi laminal alveolar. Sebelum /i/, bunyi-bunyi ini menjadi alveolo-palatal.
  • /r/ (ditranskripsi sebagai ɺ̠) ialah kibasan postalveolar lateral apical postalveolar flap. Konsonan ini serupa dengan r bahasa Korea. Dalam telinga penutur bahasa Melayu, sebutannya seakan-akan antara r yang dikibas /ɾ/ , l, dan d; paling serupa dengan d sebelum /i/ Mengenai bunyi ini listen ; dan paling serupa dengan l sebelum /o/ Mengenai bunyi ini listen .
  • Konsonan velar mampat /ɰ/ pokoknya merupakan versi bukan moraik bagi bunyi vokal /ɯ/. Konsonan ini tidak bersamaan dengan IPA [w] kerana disebut dengan pemampatan dan bukan pembulatan lidah.
  • N ialah bunyi nasal moraik, iaitu konsonan sebelum konsonan lain, yang mana konsonan ini menjadi homorganik dengan konsonan seterusnya, tetapi tidak mencapai oklusi sepenuhnya sebelum frikatif atau antara vokal, di mana timbulnya bunyi vokal nasal. Sebagai akhiran perkataan sebelum rehat, konsonan N menjadi konsonan nasal uvular atau bibir, atau vokal nasal.
  • h menjadi [ç] sebelum /i/ Mengenai bunyi ini listen , dan menjadi [ɸ] sebelum /u/ Mengenai bunyi ini listen .
  • Q direalisasikan sebagai separuh awal obstruen geminat. Analisa lain yang kurang abstrak lebih gemar menganggap Q sebagai gugusan konsonan geminat yang asas, contoh: /pp/, /tt/, /ss/, dll.

Vokal[sunting | sunting sumber]


Japanese (standard) vowels.png

Bahasa Jepun mempunyai 5 huruf vokal iaitu /a/, /i/, /u/, /e/, dan /o/.

Sebutan vokal bahasa Jepun seakan-akan bahasa Melayu. Contohnya:

  • /a/ seperti "anak"
  • /i/ seperti "ibu"
  • /ɯ/ seperti "urut"
    (tetapi bibir tidak dibulatkan)
  • /e/ seperti "esok"
  • /o/ seperti "obor"

Tulisan bahasa Jepun[sunting | sunting sumber]

Tulisan bahasa Jepun berasal daripada tulisan Cina (漢字?) yang diperkenalkan pada kurun keempat Masihi. Sebelum itu, orang Jepun tiada sistem tulisan sendiri.

Tulisan Jepun terbahagi kepada tiga:

  • Kanji (漢字?) Tulisan cina yang digunakan pada kebanyakan perkataan Jepun yang diambil aksaranya dari tulisan Cina.Kira-kira 3000 aksasara kanji perlu dipelajari oleh penutur Jepun.
  • Hiragana (ひらがな?) tulisan suku kata yang diolah dan dipermudahkan daripada tulisan kanji oleh golongan wanita bangsawan. Tulisan hiragana digunakan pada perkataan asli Jepun yang tidak terdapat sebarang aksara kanji baginya.
  • Katakana (カタカナ?) yang diolah daripada tulisan kanji pada kurun kelapan Masihi oleh sami Buddha. Tulisan katakana digunakan bagi semua perkataan yang dipinjam daripada bahasa asing kecuali Bahasa Cina.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikipedia
Wikipedia Bahasa Jepun, ensiklopedia bebas

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.