Googol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Googol ialah suatu nombor yang bersamaan dengan 10100 (sepuluh kuasa seratus) atau 10102 (sepuluh kuasa sepuluh kuasa dua). Dalam kata lain, satu googol ialah angka satu diikuti dengan 100 angka kosong. Berikut ialah satu googol:

10000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000.

Istilah ini dicetuskan pada tahun 1938 oleh Milton Sirotta, yang ketika itu berumur 9 tahun. Beliau merupakan anak saudara Edward Kasner, seorang ahli matematik Amerika.[1] Kasner kemudiannya melanjutkan istilah itu kepada googolpleks, iaitu sebuah nombor yang lebih besar yang mempunyai nilai 10googol atau bersamaan dengan 1010100, atau angka satu diikuti dengan sebanyak satu googol angka kosong.

Nama Google, sebuah enjin gelintar, diilhamkan daripada istilah ini. Ibu pejabat Google, Inc. pula diberi nama Googleplex (perhatikan ejaan).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Kasner 1989, pp. 20-27; Bialik 2004

Pautan luar[sunting | sunting sumber]