Gordon Moore

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gordon Moore
Gordon Moore.jpg
Kelahiran 3 Januari 1929 (85 tahun)
San Francisco, California, Amerika Syarikat
Pusat pendidikan Universiti California, Berkeley; Institut Teknologi California
Pekerjaan Bersara / Pengerusi Emeritus, pengasas bersama dan bekas pengerusi dan KPE Intel Corporation
Nilai harta
kekayaan
$4  bilion dolar A.S. (2011)[1]

Gordon Earle Moore (lahir pada 3 Januari, 1929) adalah pengasas bersama dan pengerusi emeritus Intel Corporation. Beliau merupakan penulis rencana berjudul "Moore's Law" (yang diterbitkan pada 19 April 1965 di dalam majalah Electronic's Magazine).

Kehidupan dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Moore dilahirkan di San Francisco, California. Keluarganya kemudian berpindah untuk tinggal di Pescadero. Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dalam bidang Kimia dari Universiti California, Berkeley pada tahun 1950 dan Sarjana Kedoktoran dalam bidang Kimia (Minor dalam Fizik) dari Institut Teknologi California (Caltech) pada tahun 1954. Semasa belajar di Berkeley, beliau selalu menghabiskan masa di San José State University, dimana disanalah beliau bertemu dengan bakal isterinya kelak. Moore menjalankan penyelidikan Sarjananya di Makmal Johns Applied Physics, University John Hopkins sehinggalah 1956.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Gordon Moore". Forbes. Diperoleh pada July 11, 2011.