Guido van Rossum

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Guido van Rossum ketika di seminar OSCON 2006.

Guido van Rossum ialah seorang pengatur cara dari Belanda yang terkenal sebagai pencipta bahasa pengaturcaraan Python. Beliau dikenali dalam masyarakat pembangun Python sebagai "Benevolent Dictator for Life" (Diktator Baik Hati Sepanjang Hayat), bermaksud beliau terus menaungi perjalanan pembangunan Python dan membuat keputusan jika perlu.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Van Rossum dilahirkan dan dibesarkan di Belanda, di mana beliau menerima ijazah sarjana daripada Universiti Amsterdam pada tahun 1982. Beliau kemudiannya berkerja untuk beberapa institut penyelidikan, antaranya Institut Penyelidikan Matematik dan Sains Komputer Kebangsaan (CWI), Amsterdam, Institut Piawaian dan Teknologi Kebangsaan (NIST), Gaithersburg, Maryland, dan Corporation for National Research Initiatives (CNRI), Reston, Virginia. Beliau pernah menjadi salah seorang pembangun bagi bahasa pengaturcaraan ABC.

Pada tahun 1999, Van Rossum mengirim sebuah cadangan pembiayaan kepada DARPA yang dinamakan Computer Programming for Everybody (Pengaturcaraan Komputer untuk Semua). Dalam cadangan tersebut, beliau menyatakan hasratnya untuk Python:

  • sebuah bahasa pengaturcaraan yang mudah tetapi setanding dengan bahasa lain
  • amalan sumber terbuka, supaya sesiapa sahaja boleh menyumbang kepada pembangunannya
  • kod yang mudah difahami seperti teks bahasa Inggeris biasa
  • sesuai untuk tugasan-tugasan harian, membolehkan tempoh pembangunan yang singkat

Sebagaian daripada matlamat-matlamat ini berjaya dicapai. Pada hari ini, Python berkembang menjadi bahasa pengaturcaraan yang amat popular, terutamanya dalam persekitaran Internet.

Van Rossum menerima Anugerah Kemajuan Perisian Bebas 2001 daripada Yayasan Perisian Bebas pada seminar FOSDEM 2002 di Brussel, Belgium.

Pada bulan Disember 2005, Van Rossum diambil berkerja oleh Google. Beliau telah menulis sebuah alat kaji semula kod untuk Google dalam Python. Pada tahun 2006, beliau diiktiraf sebagai Jurutera Cemerlang oleh Persatuan Jentera Komputer.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]