Pengatur cara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pelajar pengaturcaran di Technische Hochschule di Aachen, Jerman pada 1970

Pengatur cara komputer merupakan seseorang yang mempunyai kebolehan atau keupayaan dalam menulis sesuatu atur cara ataupun perisian. Seseorang yang melaksanakan tugas atau bekerja dalam mengatur cara juga dikenali sebagai penganalisis atur cara. Seseorang pengatur cara komputer boleh berbicara sekurang-kurangnya dalam satu bahasa pengaturcaraan untuk membolehkannya mengatur cara sesebuah atur cara atau perisian. Pengatur cara juga boleh dirujuk sebagai pembangun perisian, jurutera perisian, saintis komputer atau juruanalisis perisian.

Namun tidak semua yang membina atur cara adalah seorang pengatur cara. Sesiapa pun boleh membina sebuah atur cara dengan menyalin kod daripada seorang pengatur cara sebenar tanpa mengetahui makna kod tersebut. Golongan seperti ini selalunya digelar budak skrip.

Antara bahasa atur cara yang sering digunakan adalah C, C++, Assembly, Java, C#, VB.NET, Ruby, PHP dan banyak lagi bergantung kepada tujuan perisian itu diciptakan. Bahasa atur cara juga dibahagikan kepada bahasa level tinggi dan juga bahasa level rendah. Bahasa level rendah sering digunakan untuk membangunkan perisian sistem komputer seperti Sistem Operasi Komputer. Manakala bahasa level tinggi sering digunakan untuk membangun applikasi sistem untuk kegunaan organisasi besar seperti sistem inventori, bank dan sebagainya.

Ada Loveless merupakan orang yang dianggap sebagai pengatur cara yang pertama dalam sejarah. Beliau adalah orang yang pertama menyatakan algoritma untuk dilaksanakan oleh komputer, enjin analisis Charles Babbage, dalam Oktober 1842.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]