Gunung Olympus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Imej Gunung Olympus yang diambil oleh Mars Global Surveyor

Gunung Olympus merupakan sebuah gunung berapi terbesar dan tertinggi dalam sistem suria yang pernah dijumpai setakat ini. Gunung ini terletak di planet Marikh pada kedudukan 18° U 133° B. Sebelum penerokaan angkasa lepas mengesahkan statusnya sebagai kawasan bergunung, ahli astronomi telah mengenalpasti Gunung Olympus sebagai kawasan albedo, Nix Olympica ("Snows of Olympus") sebelum lewat abad ke-19.[1]

Gunung berapi[sunting | sunting sumber]

Gunung Olympus tergolong dalam gunung berapi perisai, di mana menghasilkan letusan lava bendalir dari bolongnya untuk jangka masa yang panjang — letusannya lebih tinggi berbanding gunung itu sendiri. Pada tahun 2004, satelit Mars Express telah merakamkan imej lava lama mengalir di lereng gunung tersebut. Berdasarkan saiz kawah dan bilangan kekerapannya, permukaan jurang yang curam di sebelah barat gunung ini dianggarkan berusia 115 juta tahun. Namun, kajian yang lebih terperinci menyatakan bahawa jurang tersebut hanya berusia lingkungan 2 juta tahun.[2] Perubahan ini berlaku kerana ahli astronomi mengesahkan bahawa gunung ini mungkin masih menjalankan aktiviti gunung berapinya.

Mauna Kea di Kepulauan Hawaii merupakan salah satu contoh terbaik gunung berapi perisai yang serupa dengan gunung Olympus dalam skala yang kecil. Gunung Olympus mempunyai saiz yang agak luar biasa telah menyokong fakta bahawa Marikh tidak mempunyai plat tektonik. Ini disebabkan oleh bahagian keraknya tetap di atas bintik panas dan gunung berapi tersebut meneruskan pelepasan lava yang amat luar biasa ketinggiannya.

Kaldera di puncak gunung tersebut telah terbentuk selepas letusan yang tidak henti-henti dan menyebabkan ruang bumbung magma yang kosong runtuh. Ketika runtuhan permukaan menjadi semakin luas dan membentuk rekahan, kaldera terjadi dan lava terhasil. Ini menghasilkan pertindihan kaldera asal yang menyebabkan bahagian tepinya kelihatan kurang simetri.[3]

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Ciri-ciri Penerangan
Puncak tertinggi 27 km (sekitar 16.7 batu atau 88,580 kaki) di atas paras purata permukaan Marikh[4][5] (lebih kurang 3 kali ganda ketinggian Gunung Everest atas paras laut dan 2.6 kali ganda ketinggian Mauna Kea atas tapak gunungnya).
Lebar 550 km (342 batu)
Kaldera kompleks Panjang 85 km (53 batu)
Lebar 60 km (37 batu)
Kedalaman Lebih 3 km (1.8 batu) dengan enam pertindihan lubang kawah
Ketinggian tubir Lebih 6 km (4 batu)
Darjah kecerunan 2.5° pusat kubah dikelilingi oleh 5° kawasan luar
Penemu Mariner 9

Sekeliling[sunting | sunting sumber]

Pandangan keseluruhan Gunung Olympus merangkumi kawasan tubir, kaldera dan aureole.

Gunung Olympus terletak dalam bonjolan Tharsis iaitu kawasan berbukit-bukau yang amat besar di permukaan Marikh dan di situ juga terdapat banyak gunung berapi besar yang lain. Salah satu daripadanya ialah rantaian gunung berapi perisai yang lemah termasuk Gunung Arsia, Gunung Pavonis dan Gunung Ascraeus, di mana saiznya begitu kecil jika dibandingkan dengan Gunung Olympus itu sendiri. Gunung Olympus dikelilingi oleh kawasan daratan yang berlekuk sedalam 2 km.

Gunung ini juga dikelilingi oleh kawasan yang dikenali sebagai Olympus Mons aureole (Bahasa Latin, "bulatan cahaya") dengan rabung raksasa dan bongkah yang menganjur sehingga 1000 km (600 batu) dari puncak gunung yang membuktikan kemunculan lapisan baru yang berkait rapat dengan aktiviti glasier. Pengetahuan bagaimana tubir dan aureole di gunung ini terbentuk masih kurang. Dalam satu teori, dasar cenuram terbentuk akibat tanah runtuh dan aureole terdiri daripada bahan yang terhasil oleh runtuhan tadi.

Penemuan awal dan penamaan[sunting | sunting sumber]

Sama seperti beberapa gunung berapi di kawasan bonjolan Tharsis yang lain, puncak Gunung Olympus melepasi paras ribut debu yang sering berlaku di Marikh dan telah pun dikesan secara terus melalui teleskop sejak kurun ke-19 oleh Schiaparelli. Seorang astronomi British, Patrick Moore telah menegaskan dengan kata-kata berikut:

Schiaparelli telah menjumpai Nodus Gordis dan Olympic Snow di mana hanya beberapa ciri sahaja yang mampu dilihat. Dia menegaskan bahawa kedudukan mestilah tinggi agar dapat melihatnya dengan lebih jelas lagi.[6]

Kata-kata tersebut menjadi kenyataan setelah satelit pemerhati, Mariner 9 telah berjaya mengambil imej yang lebih jelas serta terperinci dari orbitnya pada tahun 1972. Jelaslah bahawa gunung tersebut amat tinggi jika dibandingkan keseluruhan gunung di Bumi dan namanya (Nodus Gordis dan Olympic Snow) telah ditukar kepada Gunung Olympus.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Patrick Moore 1977, Guide to Mars, London (UK), Cutterworth Press, p.96
  2. Martel, Linda M. V. (2005-01-31). "Recent Activity on Mars: Fire and Ice" (dalam bahasa English). Planetary Science Research Discoveries. http://www.psrd.hawaii.edu/Jan05/MarsRecently.html. Capaian 2006-07-11. 
  3. "Olympus Mons - the caldera in close-up", ESA, 2004-02-11. Dicapai pada 2006-07-11. 
  4. Highest and lowest points on Mars NASA
  5. "Height of Martian vs. Earth mountains". Questions and Answers about Mars terrain and geology. http://quest.arc.nasa.gov/mars/ask/terrain-geo/Height_of_Martian_vs__Earth_mountains.txt. Capaian 2006-10-01.  Jeff Plescia 1997-10-01
  6. Moore 1977, Guide to Mars, p.120

Pautan luar[sunting | sunting sumber]