Gusi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Gusi merupakan suatu bahagian tisu mukosa yang memegang gigi di dalam mulut.

Penyakit gusi[sunting | sunting sumber]

Gigi dan gusi adalah seperti isi dan kuku di mana kedua-duanya berkait rapat dan tahap kesihatan gusi pasti memberi kesan kepada gigi. Penyakit gusi disebabkan kuman plak pada gigi berdekatan dengan gusi, yang tidak dibersihkan dengan betul. Kuman ini menyebabkan gusi menjadi radang atau bengkak. Jika penyakit gusi tidak dikawal dengan baik, ia akan memburuk sehingga boleh menyebabkan gigi menjadi longgar dan tertanggal.

Seperti gigi, gusi juga terdedah kepada ancaman daripada pembentukan plak. Sekiranya plak tidak ditanggalkan secara kerap, termasuk di kawasan di bawah garisan gusi, ia akan merengsakan gusi seterusnya mengakibatkan penyakit gusi. Penyakit gusi bukan sahaja menyebabkan kesakitan dan pendarahan gusi tetapi juga akan melemahkan sokongan terhadap gigi.