Gusti Mongolia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Gusti Mongolia atau gulat Mongolia, (juga diberi nama Bökh ( skrip Mongolia : ᠪᠥᠬᠡ  ; Mongolian Cyrillic : Бөх atau Үндэсний бөх), adalah sukan gusti tradisi yang lazim dalam kalangan orang Mongol di Mongolia, Mongolia Dalam serta kawasan-kawasan lain serantau. Sukan ini melibatkan petarung berlawan sesama mereka tanpa menyentuh tanah dengan apa-apa selain daripada anggota kaki. [1]

Gusti ini terutamanya merupakan sukan terpenting dalam "Kemahiran Manusia" dalam kebudayaan masyarakat Mongolia, selain menunggang kuda dan memanah . Genghis Khan menganggap gusti sebagai cara penting untuk menjaga tenteranya dalam bentuk fizikal yang baik dan berperang siap.

Pertandingan gusti Mongolia yang biasa di mana para petarumg berlawan sambil diperhatikan jurulatih (atau "zasuul") yang mewasit.

Peraturan[sunting | sunting sumber]

Setiap perlawanan pada tahap profesional akan diperhatikan dua orang zasuul yang bertindak sebagai jurulatih dan pengadil pemain masing-masing.

Tarian gelanggang[sunting | sunting sumber]

Setiap pemain yang masuk akan melakukan tarian tersendiri untuk menyiapkan diri - tarian yang dilakukan ini lazimnya meniru pergerakan haiwan kuat seperti jentayu, rusa atau harimau.

Memulakan perlawanan[sunting | sunting sumber]

Menumpaskan lawan[sunting | sunting sumber]

Seseorang akan dikira kalah sekiranya ditumbangkan, namun bahagian mana yang dikira berbeza mengikut kelaziman - kaum Oirad Xinjiang mengira apabila tulang belikat jatuh ke tanah; sementara kaum Dalam, Hulunbuir, Ordos dan Alagshaa/Shalbur mengira apabila mana-mana anggota badan atas lutut menyentuh tanah.

Adab berlawan[sunting | sunting sumber]

Sukan ini sangat menumpukan kepada semangat kesukanan tinggi sesama petarung di mana kedua-dua lawan dipastikan berada dalam keadaan teratur meskipum setelah bergusti dengan linca dan sengit. Misalnya:

  • perlawanan pun adakalanya dijeda seketika sekiranya pakaian lawan dilonggarkan lalu lawan harus membantu menyematkan semula,
  • lawan tersungkur mesti dibantu bangun semula,
  • kedua-dua lawan mesti bersalaman dan tabik hormat sesama mereka dan kepada penonton sebelum memulakan perlawanan.

Kelengkapan[sunting | sunting sumber]

Pakaian[sunting | sunting sumber]

  • Zodog: jaket lengan pendek ketat mendedahkan dada diperbuat daripada wul atau sutera yamg disematkan pada pemakai dengan ikatan di belakang.
  • Shuudag: seluar pendek ketat diperbuat daripada kain kapas yang memudahkan pergerakan serta mengelakkan kemungkinan menyungkur akibat ditarik atau terpijak kain berlebihan
  • Gutal: but kulit khas pants or to avoid material to trip upon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ The Alternative Olympics by Ron Gluckman (Mongolia)