Mongolia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mongolia
Monggol ulus.svg
Монгол улс
Mongol uls
Bendera
Lagu: "Монгол улсын төрийн дуулал"
Lagu Kebangsaan Mongolia
Ibu negara Ulan Bator
47°55′U 106°53′T / 47.917°U 106.883°T / 47.917; 106.883
Bahasa rasmi Mongolia
Demonim Mongol[1]
Kerajaan Republik berparlimen
 -  Presiden Tsakhiagiin Elbegdorj
 -  Perdana Menteri Sükhbaataryn Batbold
Penubuhan
 -  Penubuhan dari Empayar Mongol 1206 
 -  Pengisytiharan Kemerdekaan (dari Empayar Qing) 29 Disember 1911 
Kawasan
 -  Jumlah 1,564,116 km2 (ke-19)
603,909 sq mi 
 -  Perairan (%) 0.6
Populasi
 -  Julai 2007 (anggaran) 2,951,786[2] (ke-139)
 -  2000 (anggaran) 2,407,500[3]
 -  Kepadatan 1.7/km2 (ke-238)
4.4/sq mi
KDNK (PPP) 2007 anggaran
 -  Jumlah AS$ 8.426 bilion[4]
 -  Per kapita AS$ 3,222[4]
KDNK (nominal) 2007 anggaran
 -  Jumlah AS$ 3.894 bilion[4]
 -  Per kapita AS$ 1,489[4]
Gini (2002) 32.8 (medium)
HDI (2007) 0.700 (medium / ke-114)
Mata wang Tögrög (MNT)
Zon waktu (UTC+7 to +8[5][6])
Format tarikh yyyy.mm.dd (CE)
Memandu pada kanan
Kod panggilan 976
Internet TLD .mn

Mongolia disebut /mɒŋˈɡoʊliə/; Bahasa Mongolia: Audio, secara harfiah Negara Mongol, Monggol ulus.svg merupakan negara tanpa pantai atau laut kedua terbesar di Asia Timur dan Asia Tengah. Bersempadan dengan negara Rusia di utara dan China di selatan. Mongolia mengamalkan sistem politik demokrasi berparlimen. Ibu negara dan bandar terbesarnya adalah Ulaanbaatar.

Mongolia adalah pusat Empayar Mongol di kurun ke-13 dan adalah kemudiannya diperintah oleh Dinasti Manchu dari abad 17 sehingga 1911. Merdeka dengan bantuan negara Rusia pada 1924. Dasar komunis mirip Rusia dilaksanakan pada peringkat awal. Apabila komunisme runtuh 1989, Mongolia meninggalkan komunisme dan mendokong perlembagaan demokratik mulai 1992. Jadi Mongolia merupakan negara pengamal demokratik termuda.

Keluasan 1,564,116 km persegi, Mongolia merupakan negara ke-19 terbesar di dunia.Kebanyakan muka buminya gersang dan kontang, tidak produktif dan dipenuhi rumput steppe , gunung-gunung di sebelah utara dan barat. Gurun Gobi merupakan padang pasir yang luas di sebelah selatan. 30 % penduduknya hidup secara nomad iaitu hidup berpindah-randah dengan membawa khemah dan sedikit peralatan untuk kelangsungan hidup. Majoriti penduduk beragama Buddha Tibet.Etniknya terdiri daripada Mongol, Buriat, Kazakh dan Tuvan tinggal di barat.Satu pertiga penduduk tinggal di Ulaanbaatar.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Etnik Mongolia telah mendiami kawasan ini sejak zaman prasejarah lagi. Mereka hidup secara nomad.

Xiongnu telah membentuk sebuah konfederasi di Modu Shanyu pada 209 BC . Mereka telah mengalahkan Donghu yang menguasai Mongolia Timur. Xiongnu menjadi musuh utama selama tiga abad. Lantaran itu Tembok Besar China dibina bagi menentang kuasa Xiongnu. Marsyal Meng Tian dari Empayar Qin membawa 300,000 tentera di sepanjang Tembok Besar China . Sesetengah daripada Xiongnu berhijrah ke Barat membentuk etnik Hun. Etnik Rouran pula membentuk bangsa Mongol sebelum ditewaskan oleh bangsa Gorturk.

Sejarah awal[sunting | sunting sumber]

Eurasia pada abad ke-7 dan ke-8 dikuasai oleh bangsa Gorturk. Mereka ini adalah moyang kepada kaum Uigur, Khitan dan Jurchen. Pada abad ke-10, ia dikuasai pula oleh bangsa Mongol, satu cabang daripada Xianbei.

Pada abad ke-12, seorang pemimpin popular yang bernama Temujin menyatukan bangsa Mongol dengan suku Naiman dan Jurchen dan melahirkan pemimpin bernama Genghis Khan. Beliau dikenali juga sebagai Chinggis Khan. Mulai 1206, Genghis meluaskan Empayar Mongol yang terkenal di seluruh dunia. Keluasan Empayar Mongol hingga ke bandar Kiev di Rusia. Selepas Gengis Khan mati, empayar itu terpecah kepada beberapa bahagian iaitu Mongolia dan China yang ditadbir oleh Dinasti Yuan. Pengasasnya ialah Kublai Khan yang berpusat di Beijing. Dinansti Yuan diganti pula oleh Dinansti Ming pada 1368. Tentera Ming menghalau tentera Mongol sehingga ke Mongolia tetapi tidak menjajah Mongolia.

Semasa pemerintah Empayar Mongol, Mongolia terbahagi kepada Oirad di barat dan Khalkha di timur. Altan Khan berjaya menyatukan Mongolia pada 1571. Beliau ditewaskan oleh Dinasti Ming dan Altan Khan akhirnya cenderung kepada agama Buddha Tibet.

Abad ke-17, Dinasti Manchu mula menakluk Mongolia pada tahun 1636 dan keseluruhannya pada 1691. Seterusnya Mongolia ditadbir oleh Dinasti Qing selama berabad-abad.

Apabila Dinati Qing runtuh, Mongolia mengisytiharkan kemerdekaan negara itu pada tahun 1911. Tentera China dibawah pimpinan Xu Shuzheng menyerang ibu kota Mongolia pada 1919. Ungern Cossack kemudian berjaya menewaskan tentera China untuk seketika. Kemudian tentera komunis dari China berjaya menguasai semula Mongolia.

Pada tahun 1924, selepas kematian pemimpin agama Bogda Khan, orang mongol telah memerintah sendiri negara mereka dengan restu negara Rusia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]