Hōnen Matsuri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hōnen Matsuri
Hōnen Matsuri

Hōnen Matsuri (豊年祭 "Pesta Menuai"?) adalah sebuah pesta yang disambut pada 15 Mac setiap tahun di Jepun. Hōnen bermaksud "tuaian yang kaya" dalam bahasa Jepun manakala Matsuri pula membawa erti "pesta". Pesta ini disambut bagi meraikan rahmat daripada hasil tuaian yang membawa kepada kekayaan dan kesuburan.

Tempat yang terkenal dalam merayakan pesta ini ialah di Komaki yang terletak di utara Bandar raya Nagoya. Ciri-ciri utama pesta ini ialah:

  • Apabila paderi Shinto memainkan alatan muzik.
  • Perarakan upacara sambutan.
  • Penduduk meminum sake sebanyaknya.
  • Kayu panjang setinggi 2.5 meter (96 inci) dan seberat 280 kilogram (620 paun).

Kayu tersebut dibawa daripada sebuah kuil dipanggil Shinmei Sha (bagi pesta yang disambut pada tahun genap) ke sebuah bukit yang besar atau daripada Kuil Kumano-sha (bagi tahun ganjil) ke kuil yang disebut sebagai Tagata Jinja.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]