Habbo
![]() |
|
| URL | Lihat perkhidmatan semasa di bawah |
|---|---|
| Slogan | Hangout for teens |
| Komersial? | Ya |
| Jenis tapak web | Perkhidmatan rangkaian sosial |
| Pendaftaran | Ya |
| Bahasa yang disediakan | Berbilang bahasa |
| Pemilik | Sulake Corporation OY |
| Dicipta oleh | Sampo Karjalainen Aapo Kyrölä |
| Dilancarkan | Ogos 2000 Finland Januari 2001 United Kingdom September 2004 Amerika Syarikat November 2004 Australia |
| Kedudukan dalam Alexa | 1,337 (bergantung kepada nama domain hotel) |
| Status semasa | Aktif |
Habbo (sebelum ini terkenal sebagai Habbo Hotel) ialah tapak web rangkaian sosial yang ditujukan kepada remaja. Tapak web ini dimiliki dan dijalankan oleh Sulake Corporation. Perkhidmatan ini bermula pada 2000 dan telah berkembang untuk mempunyai 32 komuniti dalam talian (atau "hotel").[1] ").Setakat Jun 2008 lebih 118 juta avatar telah didaftarkan. Terdapat purata 8 juta pelawat unik setiap bulan,[1] dan 75,000 avatar dicipta setiap hari.[2] Avatar ke-100 juta telah dicipta di Habbo UK pada Jun 2008.[3]
Asal usul Habbo dikatakan adalah dari Mobiles Disco, satu projek hobi 1999 oleh pereka kreatif Sampo Karjalainen dan ahli teknologi Aapo Kyrölä untuk satu kumpulan pancaragam Finland, satu bilik sembang maya berjalan menggunakan teknologi Fuse Aapo. Setelah mendapat kontrak mereka bentuk satu permainan dan perbualan maya yang dipanggil Lumisota (Perang Salji) untuk ISP Finland Elisa, mereka telah mendapat satu lagi projek. Mereka membangun Hotelli Kultakala (Hotel Ikan Emas) dengan satu pasukan kecil pemaju dan ia telah dilancarkan pada Ogos 2000 pada portal web ISP itu.
Pada lewat Mei 2009, Habbo membuka satu versi beta baru Habbo untuk diuji sebelum menggunakan ia secara rasmi. Dalam versi baru bagi Habbo, pelanggan menggunakan Flash berbanding Shockwave, dan antara muka Hotel telah berubah.
Rujukan[sunting]
- ↑ 1.0 1.1 "Habbo - Where else? - Sulake", Sulake Corporation Ltd. Dicapai pada 2008-01-03.
- ↑ "Habbo's Avatar Count Rises To 80 million", Sulake Corporation, October 25, 2007. Dicapai pada 2007-11-13.
- ↑ 100 million Habbos Sulake Corporation
