Perkhidmatan rangkaian sosial

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Perkhidmatan rangkaian sosial merupakan satu perkhidmatan yang menumpukan pada pembinaan dan pengesahan rangkaian sosial dalam talian untuk satu komuniti yang berkongsi kegemaran dan aktiviti, atau kepada mereka yang berminat dalam mengetahui kegemaran dan aktiviti orang lain.

Kebanyakan perkhidmatan rangkaian sosial adalah berasaskan web dan menawarkan pelbagai cara interaksi antara pengguna, seperti perbualan dalam talian, bertukar pesanan, e-mel, video, perbualan suara, perkongsian fail, blog, kumpulan perbincangan, dan sebagainya.

Di antara perkhidmatan rangkaian sosial yang popular pada masa kini adalah MySpace, Bebo, Facebook dan Friendster.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

References[sunting | sunting sumber]