Hafaza

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dalam bidang mitologi Islam, Hafaza dianggap sebagai salah satu jenis Malaikat.[1] Ianya agak mempunyai persamaan dengan konsep Malaikat Pelindung dalam agama Kristian.[2]

Setiap orang dikatakan mempunyai empat(4) ekor sang Hafaza, dua(2) darinya dikatakan menjaga seseorang itu pada siang hari, manakala dua (2) lagi melindungi seseorang itu pada malam hari.[2] Mereka (Hafaza) membantu dalam usaha melawan hawa nafsu jahat dan gangguan jin dan syaitan. Malaikat Hafaza turut melindungi jalanan kehidupan seseorang itu sehari-harian supaya tidak tersasar jauh dari landasan kebenaran serta memastikan segala perkara atau perbuatan baik buruk seseorang itu dicatat didalam kitab catatan perjalanan sesuatu individu itu. Dalam pandangan Islam untuk Hari Kiamat, mereka telah dipertnaggungjawabkan oleh Allah untuk menerangkan segala perbuatan baik buruk seseorang itu yang dilakukan sewaktu hidup di dunia, sebelum seseorang itu dibenarkan untuk memasuki syurga (Jannah) ataupun neraka (Jahannam).[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]