Hari Kiamat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sebahagian siri Islam
150px
Rukun Iman

Hari Akhirat

Tanda-Tanda Kiamat
Hari Kiamat (القيامة)
Alam Barzakh (برزخ)
Dabbat al-Ard (دابة الأرض‎)
Dajal (الدّجّال‎)
Imam Mahdi (المهدي‎)
Nabi Isa a.s. (عيسى‎)
Yakjuj & Makjuj (يأجوج و مأجوج‎)  ·
Tiupan Sangkakala
Padang Mahsyar (محشر‎)
Siratal Mustaqim(الصراط المستقيم‎)
Syurga Firdaus (فردوس‎)
Neraka Jahannam (جهنم‎)

Portal Islam

Hari Kiamat merupakan hari yang digambarkan sebagai musnahnya seluruh alam dan bumi dan kebangkitan semula. Kiamat berasal dari perkataan bahasa Arab iaitu قيام yang bermaksud bangkit atau bangun. Sedangkan hari kiamat (kehancuran alam semesta berserta dengan isinya) dalam bahasa Arab adalah "As-Saa’ah". Ia merupakan satu kepercayaan dalam agama samawi, termasuk Yahudi, Kristian dan Islam.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Hari Kiamat dari segi bahasa bermaksud "Hari Kebangkitan Manusia", terdiri daripada 3 suku kata, iaitu:

  1. Yaum (يوم‎) = Hari, masa atau tempoh
  2. Qiyam (قيام‎) = Tegak, bangkit, berdiri
  3. `Ummah (أمة‎) = Umat, bangsa

Dari segi istilah Yaumul Qiyamah sering dimaksudkan dengan hari kiamat (kehancuran alam semesta berserta dengan isinya). Yaumul Qiyamah sama halnya dengan Yawm ad-Din yang bermaksud suatu tempoh (masa) dimana ianya akan terjadi kebangkitan sebuah komuniti umat manusia yang hidup berlandaskan agama Allah (dinullah). Umat ini bangkit 700 tahun sekali dengan diutusnya seorang rasul daripada umat tersebut.

Fasa kehidupan selepas Barzakh[sunting | sunting sumber]

Selanjutnya makhluk menjalani fasa Yawm al-Mahsyar "Hari berkumpul di Mahsyar" kemudian Yawm ad-Din "Hari Penghakiman" (Arab: يوم الدين‎) adalah hari dimana Allah memutuskan segala perbuatan makhluk-Nya. Percaya Hari Akhir juga merupakan salah satu daripada rukun iman bagi penganut agama Islam.

Siri daripada kisah ini menurut pemahaman umum adalah penghancuran dari semua makhluk, kebangkitan makhluk yang telah mati dan penghakiman untuk seluruh makhluk. Waktu dan bila terjadinya hari kiamat tiada sesiapapun makhluk Allah yang mengetahuinya, tetapi Allah telah memberikan tanda-tanda besar[1] dan tanda-tanda kecil[2] yang akan terjadi mendekati waktu Qiyamah (Kehancuran) dan kesemuanya telah direkodkan. Pengadilan terakhir membentuk satu tema utama daripada ayat Qur'an. Banyak ayat-ayat Qur'an, khususnya yang paling awal, didominasikan dengan kisah menjelangnya Hari Kebangkitan.[3][4]

Nama-nama hari kiamat dalam Islam[sunting | sunting sumber]

Nama-nama tersebut disebut dalam al-Quran:

Rumi (transliterasi) Arab Terjemahan
Yawm al-Qiyāmaṯ يوم القيامة Hari kebangkitan
al-Sā'aṯ الساعة Waktu
Yawm al-Akhīr يوم الآخر Hari Akhir
Yawm al-Dīn يوم الدين Hari akhir (agama)
Yawm al-Faṣl يوم الفصل Hari keputusan
Yawm al-Ḥisāb يوم الحساب Hari perhitungan
Yawm al-Fatḥ يوم الفتح Hari pengadilan
Yawm al-Talāq يوم التلاق Hari perpisahan
Yawm al-Jam'(i) يوم الجمع Hari pengumpulan
Yawm al-Khulūd يوم الخلود Hari kekekalan
Yawm al-Khurūj يوم الخروج Hari Keluar
Yawm al-Ba'th يوم البعث Hari Kebangkitan
Yawm al-Ḥasraṯ يوم الحسرة Hari penyesalan
Yawm al-Tanād يوم التناد Hari pemanggilan
Yawm al-Āzifaṯ يوم الآزفة Hari mendekat
Yawm al-Taghābun يوم التغابن Hari terbukanya aib
Yawm al-Wa'īd يوم الوعيد
Yawm al-Aẕīm اليوم العظيم Hari agung
al-Yawm al-Masyhūd اليوم المشهود Hari penyaksian
al-Qāri’aṯ القارعة Bencana yang menggetarkan
al-Ghāsyiaṯ الغاشية Bencana yang tak tertahankan
al-Ṣākhkhaṯ الصاخة Bencana yang memilukan
al-Tāmmaṯ al-Kubrā الطامة الكبرى Bencana yang melanda
al-Ḥāqqaṯ الحاقة Kebenaran besar
al-Wāqi'aṯ الواقعة Peristiwa besar

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. Major Signs before the Day of Judgement by Shaykh Ahmad Ali http://www.inter-islam.org/faith/Majorsigns.html
  2. http://www.inter-islam.org/faith/Signs-Of-Qiyaamah.htm Signs of Qiyaamah
  3. Isaac Hasson, Last Judgment, Encyclopedia of the Qur'an
  4. L. Gardet, Qiyama, Encyclopedia of Islam

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]