HandWallet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Handwallet Expense Manager atau lebih dikenali sebagai HandWallet merupakan aplikasi freemium telefon bimbit yang membenarkan pengguna untuk mengesan dan menguruskan pendapatan dan perbelanjaan mereka. Pengguna boleh memilih untuk menjadi ahli percuma atau membayar satu yuran seumur hidup untuk menjadi ahli Pro atau Business. Pengguna boleh menggunakan HandWallet untuk tujuan peribadi atau perniagaan. HandWallet sesuai digunakan oleh pelajar, keluarga, pengembara, mereka yang bekerja sendiri atau pemilik perniagaan kecil dan syarikat besar. Sepanjang kewujudannya, HandWallet sudah dimuat turun sebanyak lebih daripada 2.12 juta kali di serata dunia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Handwallet pada asalnya dikembangkan oleh MediaVision untuk PalmPilot PDA dan diterbitkan pada tahun 2002. HandWallet kemudiannya ditulis semula untuk Windows Mobile, Symbian dan Windows. Pada tahun 2012, HandWallet ditulis semula untuk Android. Sejak itu, terdapat satu terbitan beta dan enam terbitan versi baharu.

  • Terbitan beta pertama – 24 Mei 2012
  • Versi 1 – 5 Jun 2012
  • Versi 2.0 – 2 Mei 2013 (dengan penyelarasan bank automatik dan pengecaman suara)
  • Versi 3.0 – 1 April 2014
  • Versi 4.0 – 11 Disember 2016 (dengan keupayaan untuk mengimport dan mengeksport data)
  • Versi 5 – 1 Mei 2016 (UI baharu)
  • Versi 6 – 3 September 2017 (ditambah kumpulan bekerja)

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

HandWallet membenarkan pengguna untuk mencipta sebuah akaun dan memasukkan atau mengimport data, yang kemudiannya akan dianalisa dan ditunjuk dalam bentuk carta, graf dan jadual untuk menunjukkan tabiat berbelanja dan nasihat kemudian akan diberikan mengenai tabiat perbelanjaan itu. Terdapat juga pelbagai video petua untuk menjimat duit dalam pelbagai situasi. Handwallet terdapat dalam 50 bahasa, termasuk Bahasa Melayu. HandWallet juga terdapat ciri pengecaman suara untuk memudahkan pengguna memasukkan data. HandWallet juga memberikan pengguna pilihan untuk mengimport dan mengeksport data kepada dan daripada bank mereka untuk menyelaraskan kewangan atas talian. HandWallet menyokong pelbagai jenis mata wang dan membenarkan pengguna untuk menggunakan perbankan khidmat pesanan ringkas (SMS). Aplikasi HandWallet telah menerima 95 peratus ulasan positif dan 4.3 daripada 5 bintang di GooglePlay dari lebih 21, 000 ulasan.

Pautan[sunting | sunting sumber]

[1] https://pt.wikipedia.org/wiki/HandWallet

[2] https://sr.wikipedia.org/wiki/HandWallet

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "HandWallet Expense Manager FinTechs im Showroom". Fintech Hub by zeb.
  2. "HandWallet". Handforum.
  3. Expense Manager (2014-10-10), Work with HandWallet Expense Manager on the PC,
  4. "HandWallet - Expense Manager". Download.com.
  5. "HandWallet Expense Manager". Vimeo.
  6. "Funderbeam". www.funderbeam.com.
  7. "HandWallet Business Reviews and Pricing - 2017". www.capterra.com.
  8. "HandWallet". HandWallet.
  9. "HandWallet Expense Manager - Android Apps on Google Play". play.google.com.