Hari Keputeraan Rasmi Grand Duke

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hari Kebangsaan Luxembourg
Nama rasmiLëtzebuerger Nationalfeierdag
Tarikh23 Jun
Waktu berikutnya23 Jun 2024 (2024-06-23)
Kekerapanannual
Berkaitan dengan
Pemerintahan beraja Luxembourg

Hari Keputeraan Rasmi Grand Duke (Perancis: Célébration publique de l'anniversaire du souverain), juga dikenali sebagai Hari Kebangsaan Luxembourg (Perancis: Fête nationale luxembourgeoise, Luxembourg: Lëtzebuerger Nationalfeierdag),[1] dirai sebagai cuti kebangsaan tahunan Luxembourg. Perayaan ini diraikan pada 23 Jun, walaupun tarikh ini tidak pernah menjadi tarikh hari keputeraan sebenar mana-mana pemerintah Luxembourg. Apabila raja pemerintah negara Luxembourg seorang wanita, perayaan ini akan dikenali sebagai Hari Keputeraan Rasmi Grand Duchess.

Perkembangan perayaan[sunting | sunting sumber]

Hari keputeraan raja tidak selalu diraikan pada 23 Jun sebelum ini. Di bawah Raja William I (1815–40), tarikh hari keputeraan baginda ialah 24 April (walaupun hari keputeraan sebenar baginda ialah 24 Ogos), dan di bawah Raja William II (1840–49), tarikh hari keputeraan baginda ialah 6 Disember, hari keputeraan sebenar baginda. Perubahan ini mencipta keadaan pelik meraikan dua hari keputeraan grand duke pada tahun 1840.[2] Di bawah Raja William III (1849–90), tarikh perayaan ditetapkan kepada 17 Jun sehingga tahun 1859, setelah itu, hari keputeraan baginda diraikan pada 19 Februari: dua hari selepas hari keputeraan sebenar baginda.[2]

Dengan perpisahan susunan pewarisan, takhta Belanda dan Luxembourg terpisah pada tahun 1890. Raja-raja Nassau-Weilburg meraikan hari keputeraan rasmi baginda pada hari keputeraan sebenar baginda. Pada tahun 1947, hari berkenaan diisytiharkan 'cuti kebangsaan'.[2] Dengan kedua-dua Grand Duchess Charlotte dan pewaris takhta (dan pemangku raja) Grand Duke Jean telah diputerakan pada bulan Januari, ia dikhuatiri yang hari keputeraan sebenar baginda, juga cuti negara, akan dirosakkan oleh cuaca buruk.[3] Dengan demikian, pada 23 Disember 1961, tarikh perayaan ditetapkan pada 23 Jun oleh titah perintah Grand Duke.[4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Fête nationale au Luxembourg 2009 Diarkibkan 2016-03-03 di Wayback Machine di Kerajaan Luxembourg
  2. ^ a b c Dostert et al. (2002), p. 103
  3. ^ "Everything you need to know about Luxembourg" (PDF). Service Information et Presse. m/s. 13. Dicapai pada 2006-08-02.
  4. ^ "Mémorial A, 1961, No. 59" (PDF) (dalam bahasa Perancis). Service central de législation. Dicapai pada 2006-08-02.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Templat:Luxembourg topics