Hari Kebangsaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Hari Kebangsaan adalah hari yang ditetapkan sebagai perayaan menyambut pembentukan sesebuah negara. Seringkali Hari Kebangsaan merupakan cuti umum. Kebanyakan negara mempunyai satu Hari Kebangsaan setahun, walaupun beberapa buah negara, seperti Pakistan contohnya, mempunyai lebih dari satu. Hari Kebangsaan seringkali diambil sebagai sesebuah negara atau jajahan mencapai kemerdekaan. Tarikh lain seperti hari santa penaung negara tersebut, atau tarikh sejarah penting kadang-kala digunakan. Lihat juga agama awam.

Kepentingan Hari Kebangsaan, dan kemeriahan sambutannya amat berbeza dari satu negara dan negara yang lain. Di Perancis contohnya, Hari Kebangsaan dikenali sebagai 'Hari Bastille'. Ia disambut dengan meriah dan Bendera Perancis dikibar merata, manakala presidennya akan menghadiri perakan ketenteraan di Paris. Di Amerika Syarikat pula, sambutan Fourth of July meriah dengan bunga api dan BBQ. Tetapi di United Kingdom, Hari Kebangsaan tidaklah begitu diperingati. Mungkin dengan tujuan untuk tidak menyinggung perasaan kaum minoriti dengan penggunaan simbol kenegaraan. Walau bagaimanapun, baru-baru ini terdapat usaha untuk memeriahkan Hari Kebangsaan di England, Scotland and Wales, walaupun mungkin untuk tujuan komersil.

Kebanyakan negara mempunyai tarikh Hari Kebangsaan tetap, tetapi sesetengahnya mempunyai tarikh yang berubah-ubah. Contohnya adalah Jamaika, yang menyambut Hari Kebangsaannya pada Isnin pertama bulan Ogos. Ini bagi memperingati kemerdekaan daripada Britain yang dicapai pada Isnin, 6 Ogos 1962 - Isnin pertama bulan Ogos tahun tersebut. Beberapa negara mempunyai tarikh Hari Kebangsaan yang berubah-ubah. Thailand, sebagai contoh, menyambut hari lahir Raja Thailand pada 5 Disember. Tarikh ini akan ditukar apabila perlantikan waris ke atas takhta.

Senarai tarikh hari kebangsaan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]