Harimau kumbang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Harimau Kumbang)
Lompat ke: pandu arah, cari
Panthera onca hitam
Panthera pardus hitam

Harimau kumbang ialah kelainan beberapa jenis harimau seperti jaguar (Panthera onca) dan harimau bintang (Panthera pardus).

Harimau kumbang mempunyai taburan yang luas dan mempunyai rupa dan memburu mangsa yang yang amat berbeza. Ia mungkin mempunyai corak kulit yang berwarna kuning pucat di kawasan gurun, dan kuning tua di kawasan padang rumput. Terdapat juga harimau kumbang yang berwarna hitam keseluruhan tubuhnya. Ini disebabkan penghasilan pewarna hitam yang berlebihan di dalam kulit dan bulunya, tetapi tompok bulunya masih ada, walaupun samar-samar.

Harimau kumbang merupakan haiwan yang gemar bersendirian dan mempunyai kawasan pemburuan yang dikawalnya sendiri. Sungguhpun begitu, kawasan pemburuan harimau kumbang jantan mungkin turut merangkumi (bertindan) dengan kawasan pemburuan beberapa ekor harimau kumbang betina.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]