Melanin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pigmen melanin (bahan berbutir-butir hitam di tengah-tengah gambar) dalam melanoma berpigmen. Smer Papanicolaou.

Melanin (Bahasa Greek: μέλας, hitam) merupakan pigmen yang sentiasa ada dalam alam, terdapat pada kebanyakan organisma (labah-labah adalah antara organisma yang belum dikesan melanin). Bagi haiwan, pigmen melanin merupakan terbitan asid amino tirosina. Bentuk melanin biologi yang paling banyak ditemui ialah eumelanin, iaitu sejenis polimer hitam keperangan yang terdiri daripada asid karboksilik dihidroksiindola, dan bentuk-bentuk terturunnya. Semua melanin merupakan terbtan poliasetilena. Kebanyakannya berpunca daripada asid amino tirosina. Satu lagi jenis melanin yang kerap ditemui ialah feomelanin, iaitu polimer perang kemerahan yang mengandungi sisteina dan terdiri daripada unit-unit benzotiazina yang banyak menyumbang kepada rambut merah dan tetua. Kehadiran melanin dalam alam-alam arkea dan bakteria masih dipertikaikan oleh para penyelidik dalam bidang ini.

Pengeluaran melanin yang bertambah dalam kulit manusia dipanggil melanogenesis. Penghasilan melanin dirangsang oleh kerosakan DNA yang dicetuskan oleh sinaran ultralembayung-B,[1] lantas menyebabkan perkembangan samak kulit terbantut. Samak berasaskan melanogenesis ini mengambil masa yang lebih lama untuk berkembang, tetapi lebih tahan lama.[2]

Sifat-sifat fotokimia melanin menjadikannya sebagai pemfotolindung yang berkesan sekali, kerana ia menyerap sinaran ultralembayung yang berbahaya dengan cekap lalu menukarkan tenaga itu kepada haba yang tidak berbahaya.[3][4][5] Ini terjadi secara proses yang dipanggil "penukaran dalaman ultracepat". Sifat ini membolehkan melanin untuk menghamburkan lebih daripada 99.9% sinaran ultralembayung yang terserap kepada haba[6]. Ini mencegah kerosakan DNA tak langsung yang menyumbang kepada pembentukan melanoma dan lain-lain jenis barah kulit.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Agar N, Young AR (April 2005). "Melanogenesis: a photoprotective response to DNA damage?". Mutation research 571 (1–2): 121–32. doi:10.1016/j.mrfmmm.2004.11.016. PMID 15748643. 
  2. tanning tips
  3. McGinness J, Proctor P (June 1973). "The importance of the fact that melanin is black". J. Theor. Biol. 39 (3): 677–8. PMID 4730027. 
  4. Proctor PH, McGinness JE (May 1986). "The function of melanin". Arch Dermatol 122 (5): 507–8. PMID 3707165. 
  5. Hill HZ (January 1992). "The function of melanin or six blind people examine an elephant". Bioessays 14 (1): 49–56. doi:10.1002/bies.950140111. PMID 1546980. 
  6. Meredith P, Riesz J (February 2004). "Radiative relaxation quantum yields for synthetic eumelanin". Photochemistry and photobiology 79 (2): 211–6. doi:10.1562/0031-8655(2004)079<0211:RCRQYF>2.0.CO;2. ISSN 0031-8655. PMID 15068035. http://www.blackwell-synergy.com/openurl?genre=article&sid=nlm:pubmed&issn=0031-8655&date=2004&volume=79&issue=2&spage=211. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]