Jaguar
Jaguar | |
---|---|
Jaguar jantan | |
Jaguar betina di Brazil | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | P. onca
|
Nama binomial | |
Panthera onca Linnaeus, 1758
| |
Taburan Jaguar. |
Jaguar (nama saintifik: Panthera onca)[2] ialah sejenis kucing besar yang tergolong dalam genus Panthera, ia satu-satunya spesies Panthera yang berasal dari benua Amerika. Jaguar ialah kucing liar ketiga terbesar selepas harimau dan singa, dan juga kucing yang terbesar dan terkuat di Hemisfera Barat. Kawasan Taburan jaguar meliputi dari Mexico di utara, merentasi Amerika Tengah hingga ke Paraguay dan Argentina utara di selatan. Hampir semua populasi spesies jaguar telah pupus di Amerika Syarikat sejak awal 1900-an melainkan di tenggara Tucson, sebahagian negeri Arizona.
Jaguar spesies hampir terancam yang semakin berkurangan bilangannya akibat kehilangan dan pembahagian habitat. Sungguhpun larangan undang-undang dikenakan terhadap perdagangan jaguar atau anggota badannya di peringkat antarabangsa, namun kucing besar ini masih diancam oleh manusia, khususnya ketika berdepan dengan peladang dan penternak di Amerika Selatan. Meskipun begitu, taburan jaguar masih tetap meluas. Ia wujud begitu lama dalam sejarah. Oleh itu, jaguar banyak menjadi bahan utama dalam kepercayaan orang peribumi benua Amerika, termasuk tamadun-tamadun Maya dan Aztek.
Sifat fizikal
[sunting | sunting sumber]Jaguar kucing liar asli benua Amerika paling besar dan kucing liar ketiga terbesar di dunia selepas harimau dan singa.[3][4][5] Ia berdiri dengan ukuran tinggi 68 hingga 75 cm (26.8 hingga 29.5 in) dari bahu sampai ke kaki-kakinya.[6] Badan jaguar sangat berotot.
Badan jaguar bertompok seperti harimau bintang, tetapi tompok jaguar lebih besar dan gelap membentuk seperti bunga dengan bintik kecil di tengahnya.[7] Badan jaguar juga kurang bertompok berbanding dengan badan harimau kumbang, tompok-tompok di kepala, tengkuk dan ekornya hanya berwarna tunggal.[3] Badan jaguar pun lebih besar dan teguh daripada badan harimau bintang, manakala sifat-sifat tabii dan habitatnya lebih menyerupai harimau belang.[7]
Tabiat
[sunting | sunting sumber]Biarpun lebih gemar hidup dalam kawasan hutan hujan, namun jaguar juga boleh hidup dalam berbagai-bagai jenis kawasan berhutan dan terbuka. Selain itu, habitatnya mesti ada punca air.
Jaguar pandai berenang seperti harimau belang.
Pemakanan
[sunting | sunting sumber]Jaguar merupakan pemangsa hendap yang biasanya memburu secara bersendirian dan memilih mangsanya mengikut peluang, dan juga pemangsa puncak dan batu kunci, yang memainkan peranan penting dalam menstabilkan ekosistem dan mengawal bilangan spesies mangsanya. Gigitan jaguar teramat kuat sekali, berbanding kucing-kucing besar yang lain,[8] sehingga boleh menusuk cangkerang kura-kura[9] serta menggunakan cara pembunuhan yang tersendiri, iaitu menggigit telinga mangsa sampai menusuk tengkorak dan otaknya.[10]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Quigley, H.; Foster, R.; Petracca, L.; Payan, E.; Salom, R.; Harmsen, B. (2017). "Panthera onca". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2017: e.T15953A123791436. doi:10.2305/IUCN.UK.2017-3.RLTS.T15953A50658693.en. Dicapai pada 7 Oktober 2023. Unknown parameter
|errata=
ignored (bantuan){{cite iucn}}: error: |doi= / |page= mismatch (help) - ^ Wozencraft, W. C. (2005). "Order Carnivora". Dalam Wilson, D. E.; Reeder, D. M (penyunting). Mammal Species of the World (ed. 3rd). Johns Hopkins University Press. m/s. 546–547. ISBN 978-0-8018-8221-0. OCLC 62265494.CS1 maint: ref=harv (link)
- ^ a b Seymour, K. L. (1989). "Panthera onca" (PDF). Mammalian Species (340): 1–9. doi:10.2307/3504096. JSTOR 3504096. S2CID 253932256 Check
|s2cid=
value (bantuan). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 20 June 2010. - ^ Hayward, M. W.; Kamler, J. F.; Montgomery, R. A. & Newlove, A. (2016). "Prey Preferences of the Jaguar Panthera onca Reflect the Post-Pleistocene Demise of Large Prey". Frontiers in Ecology and Evolution. 3: 148. doi:10.3389/fevo.2015.00148.
- ^ Hope, M. K. & Deem, S. L. (2006). "Retrospective Study of Morbidity and Mortality of Captive Jaguars (Panthera onca) in North America: 1982–2002" (PDF). Zoo Biology. 25 (6): 501–512. doi:10.1002/zoo.20112. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 9 September 2018. Dicapai pada 12 September 2018.
- ^ Rich, M.S. (1976). "The jaguar". Zoonoz. Jil. 49 no. 9. m/s. 14–17.
- ^ a b Gonyea, W.J. (1976). "Adaptive differences in the body proportions of large felids". Acta Anatomica. 96 (1): 81–96. doi:10.1159/000144663. PMID 973541.
- ^ Wroe, Stephen; McHenry, Colin; Thomason, Jeffrey (2006). "Bite club: comparative bite force in big biting mammals and the prediction of predatory behavior in fossil taxa" (PDF). Proceedings of the Royal Society B. Royal Society. 272 (1563): 619–625. doi:10.1098/rspb.2004.2986. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 3 Julai 2005. Dicapai pada 7 Ogos 2006.
- ^ Hamdig, Paul. "Sympatric Jaguar and Puma". Ecology Online Sweden via archive.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-01. Dicapai pada 2009-03-19.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
- ^ Rosa CL de la and Nocke, 2000. A guide to the carnivores of Central America: natural history, ecology, and conservation. The University of Texas Press. ISBN 978-0-292-71604-9
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Panthera onca. |