Heaven Official's Blessing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Heaven Official's Blessing
Fail:Heaven's Official Blessing.jpg
GenreSejarah, Fantasi
Berdasarkan daripada
Tian Guan Ci Fu oleh Mo Xiang Tong Xiu
FormatAnimasi
Ditulis olehChunri Youling
PengarahLi Haoling (李豪凌)
Negara asalChina
BahasaBahasa Mandarin
Bilangan musim1
Bilangan episod12 + 1 episod khas
Penerbitan
Penerbit eksekutifZhang Shengyan (张圣晏)
Luo Yanyan (骆艳艳)
PenerbitLiu Qi (刘綦)
Pan Linlin (潘琳琳)
Wang Rong (王蓉)
Syarikat penerbitan
Bilibili
Penyiaran
Saluran asalBilibili
Funimation
Siaran asal31 Oktober 2020

Heaven Official's Blessing (Bahasa Cina: 天官赐福, Pinyin: Tiān Guān Cì Fú, lit. Rahmat Pegawai Syurga) merupakan sebuah novel Cina karya Mo Xiang Tong Xiu (Bahasa Cina: 墨香铜臭). Siri donghua adaptasi novel pertama kali disiarkan di Bilibili dan Funimation pada 31 Oktober 2020[1] oleh CBR.[2] Novel ini diterbitkan pada tahun 2017 di Kota Kesusasteraan Jinjiang,[3] laman web penerbitan fiksyen bersiri dalam talian. Ia terdiri daripada 244 bab dan empat cerita tambahan dalam lapan bab sewaktu kisah itu berlangsung.[4] Terdapat juga manhua adaptasi novel karya STARember diterbitkan oleh Bilibili. Sehingga Februari 2022, sebanyak lima jilid telah disiarkan.[5]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Lapan ratus tahun yang lalu, Xie Lian merupakan Putera Mahkota kerajaan Xian Le. Xie Lian sangat disayangi oleh rakyatnya disebabkan oleh perwatakannya dan naik ke syurga pada usia yang muda. Disebabkan keadaan yang tidak diingini, Xie Lian dibuang ke dunia manusia dengan serta merta. Beberapa tahun kemudian, dia naik ke syurga, hanya untuk diturunkan semula beberapa minit selepas itu.

Kini, Xie Lian naik ke Syurga untuk kali ketiga dan menjadi bahan ketawa di ketiga-tiga alam. Sewaktu tugas pertama Xie Lian sebagai dewa, dia bertemu dengan hantu misteri yang memerintah para hantu dan menggerunkan Syurga. Tanpa disedari oleh Xie Lian, raja hantu itu memberikan perhatian kepadanya sejak sekian lama.[6]

Terjemahan[sunting | sunting sumber]

Novel ini diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Seven Seas Entertainment sebanyak lapan jilid dan diterbitkan pada 14 Disember 2021.[7].

Adaptasi[sunting | sunting sumber]

Donghua[sunting | sunting sumber]

Donghua telah disiarkan di Bilibili dan Funimation pada Oktober 2020.[8] Musim kedua telah disahkan oleh Bilibili pada Januari 2021.[9] Satu episod khas telah dikeluarkan pada 16 Februari 2021.[10] Donghua ini disiarkan di Netflix termasuk episod khas pada 9 April 2021.[11]

Alih suara bahasa Inggeris ditayangkan pada 12 November 2021 di Funimation.[12]

Aksi langsung[sunting | sunting sumber]

Sebuah siri aksi langsung Eternal Faith dihasilkan pada 2021[13] atas arahan Chen Jialin.[14]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Funimation, bilibili Partner to Stream Chinese Animated Series Heaven Official's Blessing". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-12-07.
  2. ^ {{cite web|last1=Leung|first1=Hilary|website=[[Comic Book |title=Why You Should Watch Heaven Official's Blessing, Funimation's First Chinese Animation|date=November 3, 2020 |accessdate=December 26, 2020 |archiveurl|archivedate=November 18, 2020 |url-status=live}}
  3. ^ "晋江文学城-女性网络文学原创基地". www.jjwxc.net. Dicapai pada 2021-05-15.
  4. ^ "《天官赐福》墨香铜臭_同名漫画已上线_【原创小说|纯爱小说】_晋江文学城". www.jjwxc.net. Dicapai pada 2021-05-15.
  5. ^ "漫画全集在线观看 - 哔哩哔哩漫画正版漫画平台". manga.bilibili.com. Dicapai pada 2021-05-15.
  6. ^ "[消息]《天官赐福》首播获豆瓣9.2开分 精良质感引网友催加更_谢怜". www.sohu.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-11-10.
  7. ^ "Seven Seas Danmei".
  8. ^ "Heaven Official's Blessing (Tian Guan Ci Fu) to be Simulcast on Funimation!". The Geekiary. 29 October 2020. Dicapai pada 31 December 2020.
  9. ^ "Tian Guan Ci Fu / Heaven Official's Blessing Confirmed for Season 2!". The Geekiary. 2 January 2021.
  10. ^ "'Heaven Official's Blessing' Will Have a Special Episode February 16th!". The Geekiary. 22 November 2020. Dicapai pada 30 December 2020.
  11. ^ "Tian Guan Ci Fu / Heaven Official's Blessing May Be Coming To Netflix". The Geekiary (dalam bahasa Inggeris). 25 March 2021. Dicapai pada 26 March 2021.
  12. ^ "Heaven Official's Blessing to Be First Donghua Dubbed By Funimation, Cast and Crew Revealed". Funimation. November 11, 2021. Dicapai pada November 22, 2021.
  13. ^ "Tian Guan Ci Fu Live-Action Drama to Begin Production 2021". The Geekiary. 9 December 2020. Dicapai pada 14 May 2021.
  14. ^ @guangmeow (9 December 2020). "tgcf live action director is chen jialin (u know. from cql) costume designer is fang sizhe (did work for 天盛长歌), art…" (Twit) – melalui Twitter.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]