Heksagon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Heksagon biasa.

Dalam geometri, sebuah heksagon ialah poligon dengan enam sisi dan enam bucu. Simbol Schläflinya ialah {6}.

Sudut dalaman untuk heksagon biasa (di mana semua sisi dan semua sudut adalah sama) iaitu 120° dan heksagon mempunyai 720 darjah. Seperti segi empat sama dan segi tiga sama sisi, heksagon biasa padan bersama-sama tanpa sebarang ruang untuk menjubinkan permukaan rata (tiga heksagon bertemu di setiap bucu), dan juga amat berguna untuk membina jubin. Sel-sel sarang lebah adalah berbentuk heksagon untuk tujuan ini dan kerana bentuk tersebut menjadikan penggunaan ruang dan bahan binaan yang berkesan.

Luas untuk heksagon biasa dengan panjang sisi a\,\! ialah A = \frac{3 \sqrt{3}}{2}a^2 \simeq 2.59808 a^2.