Hello world

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Hello world (terjemahan: "helo dunia") ialah sebuah atur cara ringkas yang memaparkan teks "hello world" di skrin komputer. Biasanya, atur cara ini digunakan sebagai contoh untuk memperkenalkan bahasa pengaturcaraan yang baru dipelajari.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Atur cara hello world yang pertama muncul dalam buku The C Programming Language oleh Kernighan dan Ritchie pada tahun 1978.[1] Atur cara ini ditulis begini:

main()
{
    printf("hello, world\n");
}

Apabila dikompil dan dijalankan, teks berikut akan dipaparkan di skrin komputer:

hello, world

Sejak dari itu, budaya penulisan atur cara hello world diikuti oleh ramai pengatur cara dari seluruh dunia. Atur cara ini ditulis dalam hampir setiap bahasa pengaturcaraan yang wujud, bahkan ada juga yang ditulis dalam bahasa pertuturan manusia. Tradisi ini diteruskan sehingga ke hari ini.

Contoh dalam bahasa lain[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah contoh bagi atur cara hello world yang ditulis dalam bahasa-bahasa pengaturcaraan lain.

Dalam Java:

public class HelloWorld
{
    public static void main( String[] args )
    {
        System.out.println( "Hello world!" );
    }
}

Dalam PHP:

<?php echo "Hello world!"; ?>

Dalam Python:

#!/usr/bin/python
 
print "Hello world!"

Dalam Brainfuck:

++++++++++
[>+++++++>++++++++++>+++>+<<<<-] 
>++. 
>+. 
+++++++. 
. 
+++. 
>++. 
<<+++++++++++++++. 
>. 
+++. 
------. 
--------. 
>+. 
>.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. http://roesler-ac.de/wolfram/hello.htm

Pautan luar[sunting | sunting sumber]