PHP

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
PHP
PHP
Paradigma Bertatacara, berorientasi objek
Direka oleh Rasmus Lerdorf
Pembangun Kumpulan PHP
Lepasan stabil 5.2.5 (8 November 2007)
Disiplin penjenisan Dinamik, lemah
Dipengaruhi Sintaks: Perl, C;
OOP: Java, C++
OS silang pelantar
Lesen Lesen PHP
Laman web php.net

PHP ialah sebuah bahasa penskripan sumber terbuka untuk kegunaan am. Ia amat sesuai untuk pembangunan web dan kodnya boleh diaturcara bersama kod HTML. Disebabkan sebahagian besar PHP menumpu kepada skrip pelayan, ia berupaya membuat lebih banyak daripada apa-apa yang boleh dibuat oleh atur cara CGI, termasuknya isi kandungan laman web yang dinamik. Asalnya, akronim PHP bermaksud "Personal Home Page". Sekarang, maksud rasmi PHP ialah akronim rekursif bagi "PHP Hypertext Preprocessor".

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada asalnya, PHP adalah hanya rangkaian kecil dalam skrip Perl yang diikuti dengan pengaturcaraan semula set perduaan CGI dalam bahasa C yang ditulis oleh Rasmus Lerdorf pada akhir 1994 untuk memaparkan vitae kurikulumnya serta untuk mengutip data termasuk jumlah capaian laman webnya. Dalam tempoh dua tahun berikutnya, ia berkembang menjadi apa yang di kenali sekarang sebagai PHP/FI 2.0. PHP/FI mula mendapat ramai pengguna, tetapi ia tidaklah dilancar secara rasmi sehingga Zeev Suraski dan Andi Gutmans muncul dengan penghurai baru pada musim panas 1997 untuk PHP 3.0. PHP 3.0 mentakrifkan sintaks dan semantik yang digunakan dalam versi 3 dan 4.

Bersama dengan pelayan Web Apache dan sistem pengendalian Linux, PHP adalah antara bahasa yang digunakan secara meluas di dalam perisian yang berasaskan sumber terbuka. Menurut Netcraft, PHP telahpun berjaya mengatasi penggunaan Microsoft ASP, menjadikannya bahasa pengaturcaraan Web yang paling popular dan digunakan di dalam lebih daripada 15 juta laman web pada ketika ini.

PHP telahpun membuktikan prestasinya di dalam pelbagai jenis perkhidmatan di seluruh dunia termasuklah: Facebook, Wikipedia, Hewlett-Packard, Boeing, Lufthansa, Dresdner Bank, Disney Online, Yahoo!, Lycos, Sprint, T-Mobile, Orange, Nortel Networks, Lucent, WallStreetOnline, dan Siemens.

PHP telah direka khas untuk memenuhi kehendak pembangunan aplikasi Web di mana ia dapat diperkembangkan ke satu bilangan pengguna yang amat ramai. Zend Technologies menawarkan pelbagai aplikasi khas untuk meningkatkan efisiensi PHP, ini termasuklah himpunan kemasukan yang rumit, pengecilan dan kelajuan pemprosesan data, menjadikannya mudah dikembangkan & diadaptasi dalam pelbagai kemudahan. PHP adalah stabil dan selamat, amat sesuai untuk aplikasi yang memerlukan jangka hayat konsisten dan tahap keselamatan yang tinggi.

Atur cara hello world[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah contoh skrip hello world yang ditulis dalam PHP.

<?php echo 'Hello world!'; ?>

Skrip ini boleh dijalankan menggunakan antara muka baris perintah dan, setelah dipasang dengan betul pada perisian pelayan web, boleh juga dibuka menggunakan pelayar web. Apabila dijalankan, skrip ini menghasilkan output Hello world!

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Bahasa pengaturcaraan (senarai penuh, perbandingan, glosari)
ALGOL | APL | Ada | BASIC| C | C++ | C# | COBOL | Common Lisp | Eiffel | FORTH | Fortran | Haskell | Java | JavaScript | Jython | LISP | LOGO | Mesa | Modula-2 | Oberon | OCaml | Objective-C | Perl | PHP | Prolog | PL/I | Pascal | PostScript | Python | Ruby | Scheme | Smalltalk | SQL | Tcl | Visual Basic