Henri Fabre

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Henri Fabre
Pesawat laut Henri Fabre pada 28 Mac 1910
Kelahiran(1882-11-29)29 November 1882
Meninggal dunia30 Jun 1984(1984-06-30) (umur 101)
Terkenal keranaFabre Hydravion

Henri Fabre (l. 29 November 1882 - m. 30 Jun 1984) merupakan seorang pencipta pesawat laut Perancis yang pertama yang dinamakan sebagai Fabre Hydravion. [1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Henri Fabre dilahirkan di dalam keluarga yang serba mewah. Keluarganya merupakan pemilik syarikat perkapalan di kota Marseille. Beliau melanjutkan pelajarannya di Kolej Jesuit, Marseille dalam bidang sains lanjutan. Beliau kemudiannya lebih cenderung ke arah pengkajian pesawat dan binaanya. Beliau berjaya mempatenkan sistem apungan pesawatnya dari permukaan Etang de Berre pada 28 Mac 1910. Pada hari yang sama, beliau berjaya menyempurnakan penerbangan pesawatnya dengan mencatatkan rekod penerbangan ketika itu setinggi 600 meter. Fabre Hydravion buat pertama kalinya dipertontonkan kepada umum di Musée de l'Air, Martigues, Paris, Perancis. Selepas dipertontonkan, beliau telah membuat kerjasama dengan Glenn Curtiss dan Gabriel Voisin untuk menambahbaik pesawat lautnya.

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1971, pada umurnya 89 tahun, beliau masih mampu berlayar dengan bot tunggalnya di pelabuhan Marseille. Pada 30 Jun 1984, umurnya 101 tahun, [2] beliau disahkan meninggal dunia dan merupakan orang yang terakhir yang masih hidup dalam bidang penciptaan pesawat.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Naughton, Russell (15 Mei 2002). "Henri Fabre (1882-1984)". Monash University Centre for Telecommunications and Information Engineering. Monash University. Dicapai pada 2008-05-09.
  2. ^ Munson, J. C. and Kenneth Taylor Jane's History of Aviation

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.