Hepatitis A

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hepatitis A
Pengelasan dan sumber luaran
Penyakit kuning disebabkan oleh hepatitis A
ICD-10B15
ICD-9070.0, 070.1
P. Data Penyakit5757
MedlinePlus000278
eMedicinemed/991 ped/977
MeSHD006506
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Hepatitis A (dahulunya dikenali sebagai hepatitis berjangkit) merupakan penyakit berjangkit hati yang akut, yang disebabkan oleh virus hepatitis A (HAV).[1] Kebanyakan kes tidak menunjukkan simptom atau menunjukkan simptom yang sedikit, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.[2] Dalam kalangan mereka yang dijangkiti, tempoh antara jangkitan dengan simptom adalah antara dua hingga enam minggu.[3] Apabila menunjukkan simptom, simptom ini berlanjutan selama lapan minggu dan mungkin merangkumi: rasa mual, muntah, cirit-birit, kulit kuning, demam, dan sakit abdomen.[2] Kira-kira 10–15% daripada mereka yang dijangkiti mengalami simptom berulang sepanjang enam bulan selepas jangkitan awal.[2] Kegagalan hati akut amat jarang berlaku tetapi masih boleh berlaku lebih-lebih lagi dalam kalangan warga tua.[2]

Penyakit ini biasanya tersebar melalui pengambilan makanan atau air yang dicemari oleh najis yang dijangkiti.[2] Kerang-kerangan yang tidak dimasak secukupnya merupakan punca biasa.[4] Penyakit ini juga boleh tersebar melalui sentuhan dengan orang yang boleh menjangkitkan penyakit.[2] Walaupun kanak-kanak seringkali tidak menunjukkan simptom apabila dijangkiti, mereka masih mampu menjangkitkan penyakit ini kepada orang lain.[2] Selepas satu jangkitan, individu tersebut menjadi imun terhadap penyakit ini sepanjang hidup mereka.[5] Diagnosis memerlukan ujian darah kerana simptomnya menyerupai beberapa penyakit lain.[2] Ia merupakan satu daripada lima virus hepatitis yang diketahui: A, B, C, D, dan E.

Vaksin hepatitis A berkesan dalam pencegahan.[2][6] Beberapa buah negara mengesyorkannya secara rutin kepada kanak-kanak dan mereka yang mempunyai risiko lebih tinggi dan belum pernah divaksinkan.[2][7] Ia dipercayai berkesan sepanjang hayat.[2] Langkah pencegahan yang lain termasuk mencuci tangan dan memasak makanan dengan secukupnya.[2] Tiada rawatan yang khusus, hanya rehat dan ubat untuk rasa mual atau cirit-birit disyorkan sekiranya perlu.[2] Jangkitan biasanya sembuh sepenuhnya tanpa penyakit hati yang berterusan.[2] Rawatan kegagalan hati akut, sekiranya berlaku, ialah dengan pemindahan hati.[2]

Kira-kira 1.5 juta kes bersimptom berlaku setiap tahun di seluruh dunia [2] dengan kemungkinan berjuta-juta kes jangkitan secara keseluruhannya.[8] Penyakit ini lebih biasa ditemui di kawasan dengan kebersihan yang lemah dan tiada air yang cukup selamat untuk diminum.[7] Di negara sedang membangun, kira-kira 90% daripada kanak-kanak sudah dijangkiti penyakit ini pada umur 10 tahun dan oleh itu, sudah imun apabila dewasa.[7] Ia sering tercetus sebagai wabak di negara yang agak maju, tempat kanak-kanak tidak terdedah kepada penyakit ini pada usia muda dan tiada pemvaksinan meluas.[7] Pada tahun 2010, hepatitis A akut mengakibatkan 102,000 kematian.[9] Hari Hepatitis Sedunia diadakan setiap tahun pada 28 Julai untuk memberi kesedaran tentang hepatitis virus.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ryan KJ, Ray CG (editors) (2004). Sherris Medical Microbiology (ed. 4th). McGraw Hill. m/s. 541–4. ISBN 0-8385-8529-9.CS1 maint: extra text: authors list (link)
  2. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p Matheny, SC; Kingery, JE (1 December 2012). "Hepatitis A." Am Fam Physician. 86 (11): 1027–34, quiz 1010–2. PMID 23198670.
  3. ^ Connor BA (2005). "Hepatitis A vaccine in the last-minute traveler". Am. J. Med. 118 (Suppl 10A): 58S–62S. doi:10.1016/j.amjmed.2005.07.018. PMID 16271543.
  4. ^ Bellou, M.; Kokkinos, P.; Vantarakis, A. (March 2013). "Shellfish-borne viral outbreaks: a systematic review". Food Environ Virol. 5 (1): 13–23. doi:10.1007/s12560-012-9097-6. PMID 23412719.
  5. ^ The Encyclopedia of Hepatitis and Other Liver Diseases. Infobase. 2006. m/s. 105. ISBN 9780816069903.
  6. ^ Irving, GJ.; Holden, J.; Yang, R.; Pope, D. (2012). "Hepatitis A immunisation in persons not previously exposed to hepatitis A.". Cochrane Database Syst Rev. 7: CD009051. doi:10.1002/14651858.CD009051.pub2. PMID 22786522.
  7. ^ a b c d e "Hepatitis A Fact sheet N°328". World Health Organization. July 2013. Dicapai pada 20 February 2014.
  8. ^ Wasley, A; Fiore, A; Bell, BP (2006). "Hepatitis A in the era of vaccination". Epidemiol Rev. 28: 101–11. doi:10.1093/epirev/mxj012. PMID 16775039.
  9. ^ Lozano, R (Dec 15, 2012). "Global and regional mortality from 235 causes of death for 20 age groups in 1990 and 2010: a systematic analysis for the Global Burden of Disease Study 2010". Lancet. 380 (9859): 2095–128. doi:10.1016/S0140-6736(12)61728-0. PMID 23245604.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]