Heron dari Alexandria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Heron
Hero of Alexandria.png
Kelahiran c. 10 M
Kediaman Iskandariah, Mesir Rom
Bidang Matematik kejuruteraan
Dikenali kerana aeolipile

Heron (atau Hero) dari Alexandria (Bahasa Greek: Ἥρων ὁ Ἀλεξανδρεύς) (c. 10–70 M) ialah seorang jurutera dan ahli matematik Yunani[1][2][3] yang bergiat di kota asalnya Iskandariah, Mesir Rom. Beliau dikenali sebagai penguji kaji terunggul dalam kepurbaan,[1] manakal hasil kerjanya melambangkan tradisi saintifik keyunanian.[4]

Heron pernah menerbitkan keterangan peranti janaan wap yang dipanggil aeolipile (ataupun "enjin Heron"). Antara ciptaan-ciptaan terkemuka beliau ialah roda angin yang merupakan contoh terawal penyadapan angin di daratan.[5][6] Beliau dipercayai merupakan seorang pengikut Atomis. Sesetengah gagasn beliau berasal dari hasil kerja Ktesibios.

Kebanyakan karangan dan rekabentuk asal Heron sudah pun lesap, tetapi sesetengahnya masih diabadikan dalam naskhah-naskhah Arab.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Adalah hampir pasti bahawa Heron pernah mengajar di Musaeum di mana terletaknya Perpustakaan Iskandariah yang terkenal, kerana kebanyakan karangan beliau muncul dalam bentuk catatan kuliah untuk kursus-kursus matematik, mekanik, fizik dan pneumatik. Walaupun bidang itu tidak diformalkan sehingga abad ke-20, namun adalah difikirkan bahawa hasil kerja Hero, terutama sekali peranti-peranti automatik ciptaan beliau, melambangkan antara usaha penyelidikan formal terawal dalam bidang sibernetik.[7]

Ciptaan dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

Aeolipile
  • Heron memerikan pembinaan aeolipile (yang antara versi-versinya ialah enjin Heron) yang merupakan sejenis enjin reaksi seakan roket dan juga enjin wap yang terawal dalam ciptaan sejarah (walaupun Vitruvius menyebutkan aeolipile dalam De Architectura lebih kurang 100 tahun lebih awal daripada Hero). Ia dicipta kira-kira dua alaf sebelum Revolusi Perindustrian. Sejenis lagi enjin menggunakan udara dari kebuk tertutup yang dipanaskan oleh api mazbah untuk mengalihkan air dari bekas yang tertutup; air itu dikumpul dan beratnya menarik tali untuk membuka pintu kuil.[8] Sesetengah ahli sejarah telah menggabungkan kedua-dua ciptaan itu untuk berhujah bahawa aeolipile mampu berfungsi dengan berguna.[9]
Organ angin ciptaan Heron (binaan semula)
  • Mesin layan diri juga merupakan salah satu binaan Heron, yang mana syiling dimasukkan ke dalam lubang alur di atas mesin untuk melepaskan sejumlah air suci yang tertentu. Ini terangkum dalam senarai ciptaan dalam bukunya, "Mekanik dan Optik". Apabila syiling itu dimasukkan, ia jatuh ke atas sebuah dulang yang terpasang pada tuas, kemudian tuas itu membuka injap yang melepaskan sejumlah air. Dulang itu kekal condong dek berat syiling hingga syiling itu jatuh, selepas itu pengimbang menaikkan semula tuas sambil menutup injap.[10]
  • Roda angin yang mengendalikan sebuah organ, menandakan contoh pertama jentera janaan angin dalam sejarah.[5][6]
  • Heron turut mencipta sejumlah besar mekanisme untuk teater Yunani, termasuk sebuah pementasan yang mekanik sepenuhnya selama 10 minit, dijana oleh serantaian tali, simpul, dan mesin ringkas yang dikendlikan oleh sebuah gerigis silinder yang berputar-putar. Bunyi petir dihasilkan oleh penitikan bebola-bebola besi yang terjadual secara mekanik ke dalam gendang yang tersembunyi.
  • Pam asak digunakan secara meluas di dunia Rom, dan antara kegunaannya adalah dalam kereta bomba.
  • Sejenis peranti seakan picagari pernah diperikan oleh Heron untuk mengawal penyaluran udara atau cecair.[11]
  • Dalam bidang optik, Heron merumuskan Prinsip Laluan Cahaya Terpantas: Jika sesinar cahaya merambat dari titik A ke titik B di dalam bahantara yang sama, maka kepanjangan laluan yang diikuti adalah laluan paling cepat yang boleh dicapai. Lebih kurang seribu tahun kemudian, Ibn Al-Haitham mengembangkan prinsip itu kepada pemantulan dan pembiasan; selepas itu, prinsip ini dinyatakan dalam bentuk ini oleh Pierre de Fermat pada tahun 1662; bentuk yang paling terkini adalah bahawa laluan itu adalah pada ekstremum.
  • Sebuah arca air pancut tunggal yang berjalan di bawah tenaga hidrostatik kandung diri.(Air pancut Heron)
  • Sebuah kereta boleh atur cara yang dijana oleh beban yang turun. "Atur cara" ini terdiri daripada tali-tali yang dililitkan di keliling gandar pemacu.[12]

Matematik[sunting | sunting sumber]

Heron memerikan satu kaedah menghitung punca kuasa dua secara lelaran.[13] Namun pada masa kini, nama kini paling dikaitrapatkan dengan rumus Heron kerana menghitung keluasan segitiga berasaskan kepanjangan sisinya.

Nombor khayalan atau unit khayal turut dikisahkan mula-mula diperhatikan oleh Heron sewaktu menghitung isipadu frustum yang berbentuk piramid.[14]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Edisi karya-karya Heron yang paling menyeluruh diterbitkan dalam lima jilid di Leipzig oleh balai penerbitan Teubner pada tahun 1903.

Antara karya-karya yang pasti dikarang oleh Heron:

  • Pneumatica, pemerian mesin-mesin yang berasaskan tekanan udara, wap atau air, termasuk hydraulis atau organ air.[15]
  • Automata, pemerian mesin-mesin yang menghidupkan aneka keajaiban dalam kuil secara mekanik atau pneumatik (cth. membuka tutup pintu secara automatik, patung yang menuangkan arak, dsb.). Rujuk Automaton.
  • Mechanica, hanya terpelihara dalam bahasa Arab, dikarang khas untuk jurubina, mengandungi kaedah-kaedah mengangkat barang berat.
  • Metrica, pemerian cara menghitung keluasan permukaan dan isipadu pelbagai jenis objek.
  • Tentang Dioptra, sehimpunan cara-cara mengukur jarak. Dalam karya ini diperikannya odometer dan dioptra, iaitu alat yang menyerupai teodolit.
  • Belopoeica, pemerian jentera perang.
  • Catoptrica, tentang pergerakan cahaya, pantulan dan kegunaan cermin.

Antara karya-karya yang adakalanya dipercayai dikarang oleh Heron, tetapi kini dipercayai dikarang oleh orang lain:[16]

  • Geometria, sehimpunan persamaan yang berasaskan bab pertama Metrica.
  • Stereometrica, contoh-contoh pengiraan tiga matra yang berasaskan bab kedua Metrica.
  • Mensurae, alat-alat yang boleh digunakan untuk mengukur berasaskan Stereometrica dan Metrica.
  • Cheiroballistra, tentang tarbil.
  • Definitiones, mengandungi takrifan istilah-istilah geometri.

Karya-karya yang hanya terpelihara dalam bentuk cebis-cebisan:

  • Geodesia
  • Geoponica

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Research Machines plc. (2004). The Hutchinson dictionary of scientific biography. Abingdon, Oxon: Helicon Publishing. ms. 546. "Hero of Alexandria (lived c. AD 60) Greek mathematician and engineer, the greatest experimentalist of antiquity" 
  2. Boyer (1968 [1991]). "Greek Trigonometry and Mensuration". A History of Mathematics. ms. 171–172. "At least from the days of Alexander the Great to the close of the classical world, there undoubtedly was much intercommunication between Greece and Mesopotamia, and it seems to be clear that the Babylonian arithmetic and algebraic geometry continued to exert considerable influence in the Hellenistic world. This aspect of mathematics, for example, appears so strongly in Heron of Alexandria (fl. ca. A.D. 100) that Heron once was thought to be Egyptian or Phoenician rather than Greek. Now it is thought that Heron portrays a type of mathematics that had long been present in Greece but does not find a representative among the great figures - except perhaps as betrayed by Ptolemy in the Tetrabiblos." 
  3. Gregory A Tokaty (1994). A History and Philosophy of Fluid Mechanics. Courier Dover Publications. ms. 26. ISBN 0-486-68103-3. 
    Grolier Incorporated (1989). Academic American Encyclopedia. Grolier University of Michigan. ms. 144. ISBN 0-7172-2024-9. 
    Encyclopædia Britannica Online - Heron of Alexandria
    Israel Shatzman, Michael Avi-Yonah (1975). Illustrated Encyclopedia of the Classical World. Harper and Row. ms. 234. ISBN 0-06-010178-4. 
    Gillian Clements (2005). The Picture History of Great Inventors. frances lincoln ltd. ms. 13. ISBN 0-7112-1605-3. 
    Enc. Britannica 2007, "Heron of Alexandria"
  4. Marie Boas, "Hero's Pneumatica: A Study of Its Transmission and Influence", Isis, Vol. 40, No. 1 (Feb., 1949), p. 38 and supra
  5. 5.0 5.1 A.G. Drachmann, "Heron's Windmill", Centaurus, 7 (1961), pp. 145-151
  6. 6.0 6.1 Dietrich Lohrmann, "Von der östlichen zur westlichen Windmühle", Archiv für Kulturgeschichte, Vol. 77, Issue 1 (1995), pp.1-30 (10f.)
  7. Kelly, Kevin (1994). Out of control: the new biology of machines, social systems and the economic world. Boston: Addison-Wesley. ISBN 0-201-48340-8. 
  8. Hero of Alexandria; Bennet Woodcroft (trans.) (1851). "Temple Doors opened by Fire on an Altar". Pneumatics of Hero of Alexandria. London: Taylor Walton and Maberly (online edition from University of Rochester, Rochester, NY). Diperoleh pada 2008-04-23. 
  9. for example: Mokyr, Joel (2001). Twenty-five centuries of technological change. London: Routledge. ms. 11. ISBN 0-415-26931-8. "Among the devices credited to Hero are the aeolipile, a working steam engine used to open temple doors"  and Wood, Chris M.; McDonald, D. Gordon (1997). "History of propulsion devices and turbo machines". Global Warming. Cambridge, England: Cambridge University Press. ms. 3. ISBN 0-521-49532-6. "Two exhaust nozzles...were used to direct the steam with high velocity and rotate the sphere...By attaching ropes to the axial shaft Heron used the developed power to perform tasks such as opening temple doors" 
  10. Humphrey, John W.; John P. Oleson, Andrew N. Sherwood (1998). Greek and Roman technology: A Sourcebook. Annotated translations of Greek and Latin texts and documents. Routledge Sourcebooks for the Ancient World. London and New York: Routledge. ISBN 978-0-415-06137-7. , pp.66–67
  11. Hero of Alexandria; Bennet Woodcroft (trans.) (1851). "No. 57. Description of a Syringe.". Pneumatics of Hero of Alexandria. London: Taylor Walton and Maberly (online edition from University of Rochester, Rochester, NY). [1] Retrieved 2010 January 27
  12. Noel Sharkey (July 4, 2007), A programmable robot from 60 AD 2611, New Scientist 
  13. Heath, Thomas (1921). A History of Greek Mathematics, Vol. 2. Oxford: Clarendon Press. ms. 323–324. 
  14. Nahin, Paul."An Imaginary Tale: The story of [the square root of minus one]. Princeton University Press. 1998"
  15. Templat:GroveOnline
  16. O'Connor, J.J. and E.F. Robertson. "Heron biography". The MacTutor History of Mathematics archive. Diperoleh pada 2006-06-18. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Greek mathematics