Hidrosfera

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Hidrosfera (dari Yunani ὕδωρ - hydōr, "air"[1] and σφαῖρα - sphaira, "sphere"[2]) dalam kajian geografi fizikal merujuk kepada kombinasi jisim air yang terdapat pada permukaan bumi.

Igor Shiklomanov, yang ditugaskan oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menghasilkan laporan inventori sumber air sedunia,[3] menganggar bahawa terdapat lebih daripada 1,386 million padu kilometer di bumi.[4] Ini termasuk air dalam bentuk cecair atau beku di bawah tanah, glasier, lautan, tasik dan sungai. Air masin terdiri daripada 97.5% manakala air tawar hanya terdiri daripada 2.5% sumber air. 68.7% daripada air tawar terdapat dalam bentuk ais dan salji yang meliputi kawasan Artik, Antartik dan kawasan pergunungan. Manakala, 29.9% tertumpu dalam air tawar. Hanya 0.26% daripada kesemua air tawar terdapat di kawasan tasik, takungan dan sungai."[4]

Jumlah jisim hidrosfera bumi ialah kira-kira 1.4 × 1018 tan, iaitu kira-kira 0.023% daripada keseluruhan jisim bumi. Kira-kira 20 × 1012 tan daripada jumlah ini merupakan atmosfera Bumi (anggaran satu tan air bersamaan dengan 1 meter padu). Lebih kurang 75% daripada permukaan bumi, bersamaan dengan 361 juta kilometer persegi diliputi lautan. Purata kemasinan lautan bumi ialah kira-kira 35 gram garam setiap kilogram air laut (3.5%)[5]

Kitaran air[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Kitaran air

Proses kitaran hidrologi memindahkan air dari satu fasa atau takungan ke yang lain. Takungan termasuklah kelembapan atmosfera (salji, hujan dan awan), lautan, sungai, tasik, air bawah tanah, akuifer bawah tanah, kawasan kutub dan tanah. Tenaga solar dalam bentuk haba dan cahaya serta graviti menyebabkan proses penukaran dari satu fasa ke fasa yang lain mengambil masa beberapa jam atau ribuan tahun. Penyejatan air berlaku di lautan dan kembali ke tanah dalam bentuk salji atau hujan. Pemejalwapan pula merujuk kepada proses penyejatan dari salji dan ais. Transpirasi merujuk kepada proses penyejatan air dari liang atau stomata tumbuhan. Ahli hidrologi menggunakan istilah evapotranspirasi untuk merujuk kepada ketiga-tiga proses ini (transpirasi, pemejalwapan dan penyejatan)[6].

Marq de Villiers dalam bukunya yang bertajuk Air menerangkan hidrosfera sebagai sistem tertutup kewujudan air. Hidrosfera merupakan sistem yang rumit, kompleks, saling bergantung dan stabil, "seakan-akan diwujudkan khas untuk mengatur kehidupan (de Villiers 2003:26)."[6] Menurut De Villiers, "Pada bumi, jumlah air tidak berubah dalam kronologi geologi: air yang wujud sekian dahulu, masih wujud. Air boleh dicermar dan disalahgunakan, tetapi air tidak boleh diwujudkan atau dihapuskan, air hanya mengalami proses penghijrahan. Tiada bukti yang menunjukkan bahawa air yang tersejat terlepas ke ruang angkasa (ms 26)."[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ὕδωρ, Henry George Liddell, Robert Scott, A Greek-English Lexicon, on Perseus
  2. σφαῖρα, Henry George Liddell, Robert Scott, A Greek-English Lexicon, on Perseus
  3. Marq de Villiers (2003). Water: The Fate of Our Most Precious Resource (edisi 2). Toronto, Ontario: McClelland & Stewart. m/s. 453. ISBN 978-0-7710-2641-6. OCLC 43365804. 
  4. 4.0 4.1 World Water Resources: A New Appraisal and Assessment for the 21st Century (Report). UNESCO. 1998. http://webworld.unesco.org/water/ihp/publications/waterway/webpc/world_water_resources.html. Capaian 13 June 2013. 
  5. Kennish, Michael J. (2001). Practical handbook of marine science. Marine science series (edisi 3rd). CRC Press. m/s. 35. ISBN 0-8493-2391-6. 
  6. 6.0 6.1 6.2 Marq de Villiers (2003). Water: The Fate of Our Most Precious Resource (edisi 2). Toronto, Ontario: McClelland & Stewart. m/s. 453. ISBN 978-0-7710-2641-6. OCLC 43365804.