Hilary Duff
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
| Hilary Duff | ||
|---|---|---|
| Latar belakang | ||
| Nama lahir | Hilary Erhard Duff | |
| Lahir | 28 September 1987 (umur 21) Houston, Texas, A.S. |
|
| Genre | Rock pop, pop, elektronik, tarian, electro-pop | |
| Pekerjaan | Pelakon, penyanyi, penulis lagu, pereka fesyen, pengarah, jurucakap | |
| Alat muzik | Suara | |
| Tahun aktif | 1998–kini | |
| Label | Disney/Buena Vista (2001-2004) Hollywood (2002-) |
|
| Laman web | http://www.hilaryduff.com/ | |
Hilary Erhard Duff (lahir 28 September 1987) merupakan seorang pelakon, penyanyi, penulis lagu dan usahawanita Amerika Syarikat. Hilary menjadi terkenal setelah dia berlakon dalam drama siri Disney iaitu Lizzie McGuire. Setelah itu, Hilary Duff ingin mencuba nasib dengan bekerja dalam bidang perfileman. Antara filem lakonan Hilary Duff ialah Cheaper By The Dozen 1 dan 2, The Lizzie McGuire Movie, A Cinderella Story. Hilary Duff mendapat keuntungan $15 juta pada tahun 2005 dan $12 juta pada tahun 2006 dan 2007.
Hilary Duff melaburkan duitnya dalam bidang nyanyian pula. Album Hilary Duff yang pertama ialah Metamorphosis yang dilancarkan pada 2003 dan album keduanya iaitu Hilary Duff pada tahun 2004. Album ketiganya ialah Most Wanted yang dilancarkan pada 2005 manakala album terbarunya iaitu Dignity baru dilancarkan pada 2007.
[sunting] Kehidupan awal dan kerjaya
Hilary Duff dilahirkan di Houston, Texas dan merupakan anak kedua kepada Robert Erhard Duff dan Susan Colleen. Hilary Duff juga mempunyai seorang kakak yang bernama Haylie Duff.
[sunting] Imej budak baik tercalar
Imej budak baik yang dibawa Hilary Duff membuatkan ramai orang menjadikannya idola remaja mereka. Ini kerana Hilary Duff menyatakan yang dia masih dara walaupun lama bercinta dengan Frankie Muniz. Inimewujudkan kesedaran kepada rakyat Amerika khususnya remaja yang mengamalkan seks bebas. Walaubagaimanapun, tanpa sengaja Hilary membawa kondom di sebuah lapangan terbang ditemani Aaron Carter, kekasih barunya ketika itu.
[sunting] Pautan luar
- Laman web rasmi
- Laman web rasmi Australia
- Laman web rasmi United Kingdom
- Hilary Duff di Internet Movie Database
- Hollywood Records
|
|||||||||||||||||||||||
| Persondata | |
|---|---|
| NAMA | Duff, Hilary Erhard |
| NAMA LAIN | |
| HURAIAN RINGKAS | Pelakon, penyanyi |
| TARIKH LAHIR | 28 September 1987 |
| TEMPAT LAHIR | Houston, Texas |
| TARIKH KEMATIAN | |
| TEMPAT KEMATIAN | |

