Homo erectus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Homo erectus
Julat zaman: Pleistocene
Homo erectus pekinensis
Rekonstruksi Weidenreich
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Primates
Keluarga: Hominidae
Genus: Homo
Spesies: H. erectus
Nama binomial
Homo erectus
(Dubois, 1892)
Synonyms

Pithecanthropus erectus
Sinanthropus pekinensis
Javanthropus soloensis
Meganthropus paleojavanicus

Homo erectus (Latin: "manusia yang mampu berdiri") ialah seekor spesies yang telah pupus dari genus Homo. Ahli anatomi Belanda, Eugene Dubois (1980-an) pertama kali menggambarkannya sebagai Pithecanthropus erectus berdasarkan fosil tempurung kepala dan tulang paha yang ditemuinya di Trinil, Jawa Tengah.

Sepanjang abad ke-20, ahli antropologi berdebat tentang peranan H. erectus dalam rantai evolusi manusia. Pada awal abad itu, setelah fosil ditemui di Jawa dan Zhoukoudian, para saintis mempercayai bahawa manusia moden berevolusi di Asia. Hal ini bertentangan dengan teori Charles Darwin yang mengatakan bahawa manusia moden berasal dari Afrika. Namun, pada tahun 1950-an dan 1970-an, beberapa fosil yang ditemui di Kenya, Afrika Timur, ternyata menunjukkan bahawa hominins memang berasal dari benua Afrika. Sehingga kini para saintis mempercayai bahawa H. erectus adalah keturunan dari hominins era awal seperti Australopithecus dan keturunan spesies Homo awal seperti Homo habilis.

H. erectus dipercaya berasal dari Afrika dan berhijrah ketika Pleistocene awal sekitar 2.0 juta tahun yang lalu, dan terus bertebaran ke seluruh Dunia Lama hingga mencapai Asia Tenggara.

Tulang-tulang yang dianggarkan berusia 1.8 dan 1.0 juta tahun telah ditemui di Afrika (Tasik Turkana dan Olduvai Gorge), Eropah (Georgia), Indonesia (Sangiran dan Trinil), dan China (Shaanxi). H. erectus menjadi hominin terpenting yang menunjukkan bahawa spesies inilah yang pertama kali meninggalkan benua Afrika.