Hone Heke

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hone Heke dan isterinya Hariata, 1845

Hone Wiremu Heke Pokai (1807? – 6 Ogos 1850) ialah seorang ketua dan wira perang Maori di New Zealand. Dia dianggap sebagai punca utama Perang Tiang Bendera.

Dilahirkan di Pakaraka selatan Kerikeri di Teluk Kepulauan (Bay of Islands), Heke merupakan ahli kaum Ngapuhi tetapu turut mempunyai hubungan dengan Rahiri yang meningkatkan lagi mananya. Dia membesar di kawasan Kaikohe, hampir-hampir mati akibat pertempuran antara kaum yang berleluasa.

Semasa remaja, dia menghadiri sekolah mubaligh di Kerikeri dan dipengaruhi oleh mubaligh, Henry Williams. Seterusnya dia, isterinya dan anak-anaknya memeluk Kristian dan Hone menjadi (preacher) biasa.

Bagaimanapun, ia sebagai perwira Hone Heke membina reputasinya. Dia terbabit dalam pertempuran Kororareka pertama pada 1830, dalam ekspedisi Titore ke Tauranga, dan berjuang bersama Titore menentang Pomare II pada tahun 1837.

Terdapat lapuran bertentangan mengenai bila Heke menandatangani Perjanjian Waitangi (Treaty of Waitangi). Ia kemungkinannya bersama ketua lain pada 6 Februari 1840. Tetapi, sumber yang lain menyatakan bahawa dia enggan menanda tangani perjanjian tersebut selama beberapa hari, tetapi apabila dia melakukannya ia betul-betul di atas senarai tersebut.

Tindakan Heke mempersoalkan perjanjian yang ditanda tanganinya mempunyai asas yang kukuh. Ibu negeri koloni baru dipindahkan dari Kororareka ke Auckland dengannya kehilangan pendapatan bagi Teluk Islands. Perlaksanaan cukai, larangan menebang pokok kauri dan kawalan kerajaan New Zealand mengenai penjualan tanah kesemuanya mendorong kepada penurunan ekonomi bagi puak Maori.

Tambahan lagi, ia menjadi jelas bahawa British menganggap kuasa ketua-ketua kamu sebagai bawah (The Crown) walaupun perjanjian tersebut menjanjikan perkongsian bersama.

Sebagai tanda ketidak puashatiannya, Hone Heke menebang tiang bendera British yang berkibar di Kororareka. Pihak British menganggap ini sebagai pengistiharan perang dan tidak lama kemudian kedua pihak mula berperang.

Heke memainkan peranan aktif dalam fasa awal konflik tersebut, tetapi dia cedera teruk semasa Pertempuran Te Ahu Ahu dan tidak turut berjuang sehingga fasa akhir Kepongan Ruapekapeka beberapa bulan kemudian.

Tidak lama kemudian, Heke dan sekutunya, Kawiti bertemu dengan lawan Maori utama, Tamati Waka Nene dan berunding perletakan senjata, yang kemudiannya mereka paksa pada pihak British. Ini tidak menghalang (Governor-General of New Zealand), George Grey daripada menggambarkannya sebagai kemenangan British. Sungguhpun begitu, Heke dan George Grey berdamai dalam perjumpaan pada tahun 1848.

Hone Heke bersara ke Kaikohe di mana dia mati akibat batuk kering (tuberculosis) dua tahun kemudian. Dia masih dianggap sebagai ketua agung oleh Ngapuhi dan kaum Maori. Sehingga hari ini, tempat pengkebumiannya kekal rahsia yang diketahui oleh segelintir manusia walaupun ia merupakan spekulasi hebat.

Frederick Edward Maning menulis cerita hampir semasa (contemporaneous account) mengenai Hona Heke dalam A history of the war in the north of New Zealand against the chief Heke, walaupun ia ditulis semata-mata untuk hiburan dan bukannya sebagai fakta sejarah.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]