Hor-Aha

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Nama Horus dalam hieroglif

Hor-Aha dikatakan firaun kedua dari dinasti pertama Mesir. Baginda hidup pada abad ke-31 SM.

Pada abad ke-32 SM, ayahandanya yang bernama Narmer telah menyatukan Mesir Hulu dan Mesir Hilir. Hor-Aha (yang ketika lahir bernama Ity, Hor-Aha adalah gelarannya: 'Horus di antara rumput') menjadi seorang firaun pada usia 30 tahun dan memerintah hingga usianya mencecah 62 tahun. Menurut legenda, baginda dibawa oleh seekor kuda nil, jelmaan dewa Seth. Cerita lain mengatakan bahawa Hor-Aha terbunuh oleh seekor kuda nil ketika berburu, yang menunjukkan bahawa Hor-Aha adalah 'Menes' yang terkenal.

Terdapat beberapa perdebatan mengenai Hor-Aha. Beberapa orang percaya bahawa baginda adalah orang yang sama dengan Menes dan dia adalah orang yang telah menyatukan seluruh Mesir. Beberapa orang lainnya berpendapat bahawa baginda adalah anak Narmer, firaun yang telah menyatukan Mesir. Bukti-bukti sejarah dari tempoh tersebut menunjukkan bahawa Narmer adalah raja yang pertama sekali menyatukan Mesir (lihat tablet Narmer) dan Hor-Aha sebagai anaknya dan sekaligus pewaris tahhtanya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]