Senarai firaun
Rencana ini mengandungi senarai Firaun Mesir Purba, dari Tempoh Dinasti Awal sebelum 3000 SM hingga ke penghujung Dinasti Ptolemaik, apabila Mesir menjadi jajahan Empayar Rom di bawah pemerintahan Augustus Caesar pada 30 SM.
Harus diketahui terdapat tiga pemerintah perempuan dalam senarai firaun yang memilih untuk tidak memakai gelarai firaun iaitu yang bukan pasangan firaun Ptolemy (Sobeknefru, Hatshepsut, dan Twosret), kerana firaun adalah gelaran bagi lelaki. Dalam, senarai ini mereka digelarkan "Ratu ________."
Harus diketahui juga bahawa tarikh berkenaan adalah anggaran, Terdapat pelbagai sistem untuk pentarikhan bagi kajian Mesir Purba iaitu bergantung kepada bagaimana ia dilakukan dan anggaran apakah yang digunakan. Yang tertera di bawah merupakan satu daripadanya dan bukan satu-satunya.
Isi kandungan |
Zaman Purba [sunting]
Zaman Purba merangkumi Tempoh Dinasti Awal, apabila Mesir Hilir dan Mesir Hulu diperintah sebagai kerajaan yang berasingan, dan Dinasti Pertama dan Kedua
Dinasti Awal: Mesir Hilir [sunting]
Hilir Mesir, dikenali sebagai Tanah Hitam berada di utara Nil dan delta Nil. Senarai berikut mungkin tidak lengkap:
Dinasti Awal: Mesir Hulu [sunting]Mesir Hulu, dikenali sebagai Tanah Merah, adalah sekitar Nil selatan dan gurun. Berikut mungkin tidak lengkap (dan terdapat juga yang dipertikaikan kewujudannya):
Dinasti Pertama [sunting]Dinasti Pertama memerintah dari kira-kira 3050 SM ke 2890 SM.
Dinasti Kedua [sunting]Dinasti Kedua memerintah dari 2890 ke 2686 SM.
Kerajaan Lama [sunting]Kerajaan Lama merupakan zaman ketika alaf ketiga sebelum Masihi apabila Mesir mencapai kemuncak pencapaian ketamadunan pertama (pertama dari tiga dipanggil Zaman “Kerajaan” menandakan ketinggian tahap ketamadunan di Lembah Nil), menjadi tempoh penghubung apabila Mesir diperintah Dinasti Ketiga hingga ke Dinasti Keenam (2630–2151 SM). Banyak ahli kaji Mesir Purba memasukkan Memphite Ketujuh dan Kelapan ke dalam Kerajaan Lama sebagai sambungan kepada pentadbiran yang berpusat di Memphis. Kerajaan Lama diikuti oleh zaman perpecahan dan kebudayaan merosot menurut ahli kaji Mesir Purba pada Tempoh Perantaraan Pertama – atau masyarakat Mesir memanggilnya, “kesakitan pertama”. Ibu kota diraja Mesir ketika Kerajaan Lama terletak di Memphis, apabila Djoser mengasaskan mahkamahnya. Kerajaan Lama mungkin dikenali kerana piramidnya yang besar yang dibina ketika ini sebagai tempat persemadian Firaun. Kerana itu, Kerajaan Lama kerap dirujuk sebagai "Zaman Piramid ". Dinasti Ketiga [sunting]Dinasti Ketiga memrintah dari 2686 hingga 2613 SM.
Dinasti Keempat [sunting]Dinasti Keempat memerintah dari 2613 hingga 2498 SM dan merangkumi Firaun yang membina Piramid Agung, Khufu (Cheops), Khafra (Chephren) dan Menkaura (Mycerinus).
Dinasti Kelima [sunting]Dinasti Kelima memerintah dari 2498 ke 2345 SM.
Dinasti Keenam [sunting]Dinasti Keenam memerintah dari 2345 hingga 2181 SM.
Tempoh Perantaraan Pertama [sunting]Tempoh Perantaraan Pertama merupakan zaman di antara Kerajaan Lama dan kemunculan Kerajaan Pertengahan. Kerajaan Lama dengan cepatnya runtuh selepas kemangkatan Pepi II. Baginda memerintah selama 94 tahun, lebih lama dari mana-mana monarki yang ada dalam sejarah dan mangkat pada umur 200 tahun. Tahun-tahun akhir pemerintahan baginda tidak begitu beaik akibat lanjutnya usia baginda. Kesatuan Dua Kerajaan telah berpecah dan pemimpin tempatan terpaksa menangani masalah kebuluran. Sekitar 2160 SM, beberapa Firaun cuba menyatukan Mesir Hilir dari pusat Bandar mereka di Herakleopolis Magna. Pada masa yang sama, barisan musuh di Thebes sedang menyatukan semula Upper Mesir dan pertembungan dua dinasti tersebut tidak dapat dielakkan. Sekitar tahun 2055 SM, waris Firaun Intef III mengalahkan Firaun Herakleopolitan, menyatukan Dua Tanah tersebut dan mengasaskan Dinasti Kesebelas dan memerintah sebagai Mentuhotep II, Firaun Pertama Kerajaan Pertengahan. Dinasti Ketujuh dan Kelapan [sunting]Dinasti Ketujuh dan Kelapan memerintah dari 2181 hingga 2160 SM. (Jadual ini berasaskan Jadual Abydos dari Saumaah Seti I, di ambil dari www.narmer.pl/main/abydos_en.html)
Dinasti Kesembilan [sunting]Dinasti Kesembilan memerintah dari 2160 ke 2130 SM.
Dinasti Kesepuluh [sunting]Dinasti Kesepuluh merupakan kumpulan tempatan yang menguasai Mesir Hulu yang memerintah dari 2130 ke 2040 SM.
Dinasti Kesebelas [sunting]Dinasti Kesebelas merupakan kumpulan tempatan yang berasal dari Lower Mesir yang memerintah dari 2134 hingga 1991 SM.
Kerajaan Pertengahan [sunting]Kerajaan Pertengahan merupakan tempoh dari penghujung Tempoh Perantaraan Pertama hingga bermulanya Tempoh Perantaraan Kedua. Sebagai tambahan bagi Dinasti Kedua Belas, sesetengah sarjana memasukkan Dinasti Kesebelas, Ketiga Belas dan Dinasti Keempat Belas dalam Kerajaan Pertengahan. Kerajaan Pertengahan boleh dilihat akan perkembangan dagangan luar yang berlaku di waktu ini. Pembukaan kepada dagangan membuatkan kejatuhan Kerajaan Pertengahan kerana memudahkan penaklukan dari Hyksos. Dinasti Kedua Belas [sunting]Dinasti Kedua Belas memerintah dari 1991 hingga 1802 SM, dan dikatakan oleh rakyat Mesir sebagai Dinasti terbaik.
Tempoh Perantaraan Kedua [sunting]Tempoh Perantaraan Kedua merupakan zaman kekucar-kaciran di antara Kerajaan Pertengahan, dan permulaan Kerajaan Baru. Ia diketahui akibat Hyksos muncul di Mesir, yang memerintah bagi Dinasti Kelima Belas dan Keenam Belas. Dinasti Ketiga Belas lebih lemah daripada Dinasti Kedua Belas, dan tidak mampu bertahan lama di Mesir. Pemerintahan keluarga berwilayah di Xois, terletak di paya Barat Delta, terpisah dari pemerintahan pusat untuk membentuk Dinasti Keempat Belas. Hyksos muncul buat kali pertamanyaketika pemerintahan Sobekhotep IV, dan sekitar 1720 SM mengambil alih pekan Avaris (Tell ed-Dab'a/Khata'na kini). Hyksos, yang dipimpini Salitis, pengasas Dinasti Kelima Belas, menjajah Mesir ketika pemerintahan Dudimose I. Ketika Memphis jatuh ke tangan Hyksos, masyarakat asli Mesir memerintah Thebes dan mengisytiharkan kemerdekaan lalu membentuk Dinasti Ketujuh Belas. Dinasti ini menghalau Hyksos pulang ke Asia. Dinasti Ketiga Belas [sunting]Dinasti Ketiga Belas (menurut Senarai Raja Turin) memerintah dari 1803 hingga sekitar 1649 SM dan bertahan selama 153 atau 154 Tahun menurut Manetho.
|