Hospital bersalin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hospital Pusrawi, salah satu hospital bersalin di Malaysia.

Hospital bersalin atau rumah sakit bersalin ialah sebuah hospital yang mengkhusukan untuk wanita yang mengandung/hamil dan bersalin. Ia juga menyediakan penjagaan untuk bayi yang baru lahir, dan boleh bertindak sebagai pusat latihan klinikal dalam bidang perbidanan dan obstetrik. Dahulunya dikenali sebagai "hospital berpantang" (lying-in hospital), kebanyakannya berbentuk seperti hospital kecil, lalu diserapkan ke dalam hospital am yang lebih besar, di bawah kendalian Jabatan Bersalin sesebuah hospital.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Hospital Bersalin Queen Charlotte, hospital bersalin pertama di London.

Hospital berpantang pertama telah diasaskan oleh Sir Richard Manningham di Jermyn Street, London, pada tahun 1739 dan berkembang menjadi Hospital Bersalin Queen Charlotte. Perkembangan yang lebih baik ialah Hospital Berpantang Dublin (kini dikenali sebagai Hospital Rotunda), yang ditubuhkan pada 1745 oleh Bartholomew Mosse, kemudian penubuhan Hospital Berpantang British, pada tahun 1749 di Holborn, lalu Hospital Berpantang Bandar Raya London pada tahun 1750, di Bandar raya London; dan Hospital Berpantang Am di Westminster Bridge Road, yang ditubuhkan pada 1767. Beberapa bangunan hospital itu telah diasaskan pada pertengahan abad ke-18 dan dikendalikan sepenuhnya oleh doktor lelaki. Doktor wanita disekat daripada menjadi doktor sehingga tahun 1870-an.[1][2][3]

Hospital bersalin pertama yang diasaskan dan dikendalikan oleh seorang wanita iaitu Elizabeth Garrett Anderson ialah "Hospital Baharu untuk Wanita", yang telah berkembang daripada dispensari sedia ada pada tahun 1770-an, dan dinamakan semula pada tahun 1918 sebagai "Hospital Elizabeth Garrett Anderson".[4][5][6][7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Queen Charlotte's Maternity Hospital". AIM25 - Archives in London and the M25 area (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 September 2016.
  2. ^ "Information Leaflet Number 35 Records of patients in London hospitals" (PDF). London Metropolitan Archives (dalam bahasa Inggeris). City of London. Dicapai pada 3 September 2016.
  3. ^ Ryan, Thomas (1885). The history of Queen Charlotte's Lying-in Hospital (dalam bahasa Inggeris). m/s. ix–xv.
  4. ^ UCLH - Our hospitals - University College Hospital Elizabeth Garrett Anderson Wing Diarkibkan 2009-04-11 di Wayback Machine
  5. ^ Elston, Mary Ann. "'Run by Women, (mainly) for Women': Medical Women's Hospitals in Britain, 1866-1948" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 2012-07-07. Dicapai pada 2007-10-28.
  6. ^ "'Run by Women, (mainly) for Women': Medical Women's Hospitals in Britain, 1866-1948". Rodopi. Dicapai pada 2008-09-18.
  7. ^ "Elizabeth Garrett Anderson - Victorian Women's Campaigner". BBC. December 2004. Dicapai pada 2007-10-28.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]