London
London /ˈlʌndən/ ialah ibu kota England dan United Kingdom, dan juga kawasan metropolitan yang terbesar di United Kingdom. London yang terletak dekatSungai Thames menjadi sebuah petempatan utama selama lebih dua ribu tahun, dengansejarahnya yang bermula dengan penubuhannya oleh kerajaan Rom yang memanggilnya Londinium.[3] Teras purba London, iaitu Bandaraya London, masih banyak mengekalkan sempadan Zaman Pertengahannya yang seluas sebatu persegi. Semenjak selewat abad ke-19, nama London turut memaksudkan kota raya yang dibangunkan di keliling teras tersebut.[4] Sebahagian besar bandar gabungan ini membentukkawasan London[5] dan kawasan pentadbiran London Raya[6][note 1] yang ditadbir oleh Datuk Bandaraya London danDewan Undangan London.[7]
London ialah sebuah bandaraya global peneraju yang cemerlang dalam bidang seni, perdagangan, pendidikan, hiburan, fesyen, kewangan, kesihatan, media, khidmat profesional, penyelidikan dan pembangunan, pelancongan dan pengangkutan.[8] Ia merupakan salah sebuah pusat kewangan terbesar di dunia[9][10][11] dan juga mempunyai KDNK bandaraya kelima tertinggi di dunia (dan yang terbesar di Eropah).[12] London pernah disifatkan sebagai ibu kota kebudayaan sedunia.[13][14] Ia dikunjungi oleh pelancong yang 'paling antarabangsa' di dunia[15] dan London Heathrow ialah salah sebuah lapangan terbang yang paling sibuk dengan penumpang antarabangsa.[16]Dengan 43 buah universiti, London merupakan tumpuan institusi pendidikan tinggi yang terbesar di Eropah.[17] Pada tahun 2012, London menjadi bandaraya pertama yang menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas moden sebanyak tiga kali.[18]
London didiami oleh penduduk-penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum, kebudayaan dan agama, serta bertutur dalam lebih 300 bahasa.[19] Pada Julai 2010, dengan jumlah penduduk rasmi adalah 7,825,200, London Raya merupakan kawasan perbandaran yang paling ramai penduduknya di Kesatuan Eropah,[2][20] dan diduduki oleh 12.5% jumlah penduduk seluruh United Kingdom.[21] Kawasan metropolitan London adalah yang terbesar di EU dengan jumlah penduduk yang dianggarkan sekitar 12 juta[22] hingga 14 juta.[23] London mempunyai jumlah penduduk teramai antara semua bandar di dunia pada tahun 1831 hingga 1925.[24]
Di London terdapat empat Tapak Warisan Dunia, iaitu: Menara London; Kew Gardens; tapak yang merangkumi Istana Westminster, Westminster Abbey, dan Gereja St Margaret; dan petempatan bersejarah Greenwich (di mana Balai Cerap Diraja (Royal Observatory) menandai Meridian Perdana(garis bujur 0°) dan GMT).[25] Antara mercu-mercu tanda lain yang terdapat di London ialah Istana Buckingham, London Eye, Piccadilly Circus, Gereja Besar St Paul, Jambatan Tower, Dataran Trafalgar dan Stadium Wembley. Di London juga terletaknya pelbagai muzium, balai seni, perpustakaan, tempat bersukan dan tempat-tempat kebudayaan yang sebagainya, termasuk Muzium British, National Gallery, British Library, Wimbledon dan 40 buah panggung.[26]London Underground ialah rangkaian tren bawah tanah yang tertua di dunia[27] dan kedua terluas (mengekori Metro Shanghai).[28]
Isi kandungan |
[sunting] Sejarah
[sunting] Toponimi
Asal-usul nama London belum dipastikan.[29] Nama itu merupakan satu nama yang kuno sekali dan boleh ditemui dalam sumber-sumber yang berasal dari seawal abad ke-2. Ia tercatat sekitar tahun 121 sebagai Londinium yang diberi oleh penguasa Rom.[29] Cubaan penjelasan yang terawal tentang perihal ini, tetapi kini diabaikan, dipercayai diusulkan oleh Geoffrey dari Monmouth dalam Historia Regum Britanniae[29], yang mana nama London berasal daripada seorang Raja Lud yang kononnya menakluki kota ini lalu menamainya Kaerlud.[30]
Sejak tahun 1899, adalah diterima umum bahawa nama London berasal daripada bahasa Celt dan berertitempat milik orang bernama *Londinos; akan tetapi, penjelasan ini sudah pun ditolak.[29] Pada tahun 1998, Richard Coates mengutarakan penjelasan 1998 bahawa ia berasal daripada satu perkataan bahasa Eropah Lama pra-Celt iaitu *(p)lowonida yang bererti 'sungai yang terlalu luas untuk diharungi'. Beliau berhujah bahawa inilah nama yang diberikan kepada sebahagian Sungai Thames yang beralir melalui London; daripada ini, petempatan ini mendapat nama Celtnya, iaitu *Lowonidonjon.[31]
Sehingga tahun 1889, nama "London" hanya memaksudkan Bandaraya London, tetapi semenjak itu ia turut memaksudkan Kaunti London dan kini London Raya.[4]
[sunting] Prasejarah dan kepurbaan
Walaupun terdapat bukti petempatan Briton yang bertaburan di kawasan London, namun petempatan utama yang sulung diasaskan oleh Rom pada tahun 43 M.[32] Petempatan ini bertahan selama 17 tahun sahaja hingga tahun 61, apabila puak Iceni pimpinan Ratu Boudica merempuh dan meranapkan kota itu.[33] Kemudian, kota London dibina semula dengan perancangan yang bersungguh-sungguh, dan akhirnya mekar dan menggantiColchester sebagai ibu kota wilayah Britannia jajahan Rom pada tahun 100. Di kemuncaknya pada abad ke-2, London jajahan Rom ini didiami kira-kira 60,000 orang. Menjelang abad ke-7, kaum Anglo-Saxon mendirikan petempatan baru yang dipanggil Lundenwicyang terletak kira-kira satu batu (2 km) ke hulu sungai dari kota Rom yang lama itu, di sekitar tapak yang kini diduduki Covent Garden.[34]
Adalah mungkin bahawa pernah wujudnya sebuah pelabuhan perikanan dan perdagangan di muara Sungai Fleet. Kegiatan perdagangan di tempat ini berkembang hingga kota ini ditawan oleh Viking dan dipaksa berpindah ke arah timur di tapak Londinium demi memanfaatkan tembok-temboknya sebagai perlindungan.[35] Ancaman Viking berterusan hingga tahun 886 apabila Alfred yang Agung menawan semula London dan berdamai dengan ketua Denmark, Guthrum.[36] Kota Saxon asal di Lundenwic diberi nama Ealdwic ("kota lama"); nama itu kekal hingga masa kini sebagai Aldwych yang terletak di Bandaraya Westminster.[37]
Dua penemuan terbaru menunjukkan bahawa London mungkin lebih lama daripada yang disangka sebelum ini. Pada tahun 1999, saki-baki jambatan Zaman Gangsa ditemui di pesisir bawah di utara Jambatan Vauxhall.[38] Jambatan ini sama ada menyeberangi sungai Thames, atau menuju ke sebuah pulau (yang lesap) di tengah sungai itu. Hasil dendrologi menentukan bahawa bahan-bahan jambatan itu berasal dari tahun 1500 SM.
Pada tahun 2010, sebuah tapak binaan kayu yang besar dari seawal 4500 SM, turut ditemui di pesisir bawah Thames, di selatan Jambatan Vauxhall.[39] Fungsi binaanZaman Mesolitik ini tidak diketahui, tetapi liputannya tidak kurang 50m x 10m, dan terdapat tiang-tiang setinggi 30 cm yang kelihatan ketika air surut. Kedua-dua binaan ini terletak di Tebing Selatan, di suatu titik persilangan semula jadi di mana Sungai Effra mengalir ke dalam Sungai Thames, dan 4 km ke hulu sungai dari Kota London Rom. Tenaga yang diperlukan untuk membina binaan-binaan ini membayangkan perdagangan, kestabilan dan bilangan masyarakat setempat sekurang-kurangnya 100 orang.
[sunting] Zaman Pertengahan
Setelah jatuhnya pemerintahan Rom pada awal abad ke-5, kota London menjadi terbiar. Namun demikian, mulai abad ke-6, sebuah petempatan Anglo-Saxon yang dikenali sebagai Lundenwicberkembang di sebelah barat kota Rom lama itu, di tempat yang kini dikenali sebagai Covent Garden danthe Strand, dan diduduki sekitar 10–12,000 orang.[34] Pada abad ke-9, London diserang bertubi-tubi oleh puak Viking sehingga kota itu terpaksa dipindahkan balik ke kota Londinium zaman Rom itu untuk menggunakan tembok-temboknya sebagai perlindungan.[35] Ekoran penyatuan semula England pada abad ke-10, London yang sudah pun menjadi bandaraya terbesar dan pusat perdagangan terpenting di negara itu turut bangkit sebagai pusat politik yang penting, biarpun masih bersaing dengan Winchester iaitu pusat tradisional kerajaanWessex.
Pad abad ke-11, Raja Edward sang Pengaku menubuhkan semula dan membina Westminster Abbey danWestminster, sebuah kawasan kediaman diraja yang terletak tidak jauh ke hulu sungai dari London. Semenjak itu, Westminster beransur-ansur mengambil alih peranan Bandaraya London sebagai pusat perniagaan dan pemerintahan negara.[40]
Ekoran kemenangan baginda dalam Pertemuran Hastings, William, Adipati Normandy, dimahkotakan sebagai Raja England di Westminster Abbey yang baru siap dibina pada Hari Natal 1066.[41] William membina Menara London, iaitu yang pertama daripada sebilangan besar kubu-kubu Norman di England yang dibina dengan batu-batan, di sudut tenggara kota untuk menakut-nakutkan penduduk asal.[42] Pada tahun 1097, William II memulakan pembinaan Dewan Westminster dekat dengan Abbey itu. Dewan itu menjadi asas kepada Istana Westminster yang baru.[43][44]
Sewaktu abad ke-12, institusi-insitusi kerajaan pusat yang sebelum ini sentiasa mengiringi kerabat diraja yang berpindah-randah ke merata negara, menjadi semakin besar dan canggih dan juga tertumpu di satu tempat, iaitu Westminster pada kebiasaannya, namun perbendaharaan diraja yang berpindah dari Winchester pula menetap di Menara London. Sementara Bandaraya Westminster berkembang menjadi ibu kota yang sejati dari segi pentadbiran, namun kota jirannya iaitu Bandaraya London kekal sebagai bandaraya terbesar dan pusat perdagangan utama di England yang berkembang mekar di bawah pentadbiran yang tersendiri, iaituPerbadanan London. Pada tahun 1100, jumlah penduduknya sekitar 18,000 orang; menjelang tahun 1300, jumlah itu meningkat kepada 100,000 orang.[45]
Malapetaka Maut Hitam melanda London pada pertengahan abad ke-14, menyebabkan jumlah penduduknya susut sebanyak satu pertiga.[46] London merupakan tumpuanPemberontakan Petani pada tahun 1381.[47]
[sunting] Zaman moden awal
Ketika zaman Tudor, gelombang Reformasi menyebabkan negara beralih ke arah mazhab Protestan, dan sebahagian besar kota London bertukar pemilik daripada pihak gereja kepada persendirian.[48] Merkantilisme semakin berkembang dan wujudnya syarikat-syarikat perdagangan monopoli seperti Syarikat Hindia Timuryang meluaskan kegiatan perdagangan ke rantau Dunia Baru (benua Amerika). London menjadi pelabuhan utama di Laut Utara, dan dipenuhi dengan para penghijrah yang tiba dari merata England dan luar negara. Jumlah penduduk meningkat dari sekitar 50,000 orang pada tahun 1530, hingga sekitar 225,000 orang pada tahun 1605.[48]
Pada abad ke-16, William Shakespeare dan tokoh-tokoh yang sezaman dan seumpama dengan beliau tinggal di London ketika perkembangan seni pementasan berdepan dengan tentangan pihak berkuasa. Menjelang akhir zaman Tudor pada tahun 1603, London masih agak padat. Terdapat satu cubaan membunuh Raja James I di Westminster, menerusi Komplot Serbuk Api pada 5 November 1605.[49] London sekali lagi dilanda wabak penyakit pada awal abad ke-17,[50] dan memuncak denganWabak Besar yang meragut seramai 100,000 orang atau satu perlima penduduk pada tahun 1665–1666.[51]
Pada tahun 1666, Kebakaran Besar London tercetus Pudding Lane di tengah kota London dan dengan cepatnya meranapkan bangunan-bangunan buatan kayu yang memenuhi kota ketika itu.[52] Usaha pembinaan semula memakan masa 10 tahun di bawah penyeliaan Robert Hooke[53][54][55] selaku Juruukur London.[56] Pada tahun 1708, binaan teragung Christopher Wren iaitu Gereja Besar St Paul siap dibina. Pada zaman George, terbukanya daerah-daerah baru di sebelah barat seperti Mayfair, sementara pembukaan jambatan-jambatan baru yang menyeberangi Sungai Thames merangsang pembangunan di London Selatan. Di sebelah timur pula, Pelabuhan London meluas ke hilir sungai.
Pada tahun 1762, Rumah Buckingham dibeli oleh George III lalu diperbesar selama 75 tahun yang berikutnya. Pada abad ke-18, London dibelenggui jenayah makaBow Street Runners ditubuhkan pada tahun 1750 sebagai sebuah pasukan polis yang profesional.[57] Sejumlah lebih 200 kesalahan jenayah dikenakan hukuman mati,[58]tidak terkecuali wanita dan kanak-kanak yang digantung atas kesalahan mencuri secara kecilan.[59] Seramai 74 peratus kanak-kanak yang lahir di London mati sebelum mencecah umur lima tahun.[60] Kedai-kedai kopi menjadi tempat yang paling digemari ramai untuk berbahas-bahas, di samping masyarakat yang makin celik huruf serta perkembangan teknologi mesin cetak yang memperluas penyebaran berita; dan Fleet Street pula menjadi pusat akhbar British.
“ You find no man, at all intellectual, who is willing to leave London. No, Sir,when a man is tired of London, he is tired of life; for there is in London all that life can afford.
Tidak mungkin ada sesiapa, apatah lagi yang bijak pandai, yang sanggup meninggalkan London. Barang siapa yang serik dengan London, maka ia serik dengan kehidupan; kerana hanya di London terdapat segala nikmat hidup.” —Samuel Johnson, 1777[61]
[sunting] Sejarah terkini
London merupakan bandaraya yang terbesar di dunia pada sekitar 1831 hingga 1925.[24] Keadaan London yang begitu sarat dengan penduduk telah mengundang wabak-wabak penyakit taun[62] yang meragut 14,000 nyawa pada tahun 1848, dan 6,000 orang pada tahun 1866.[63] Masalahkesesakan lalulintas yang semakin menjadi-jadi mencetuskan pembentukan rangkaian rel bandar setempat yang pertama di dunia. Lembaga Kerja Raya Metropolitan (Metropolitan Board of Works) menyelia usaha peluasan prasarana. Pada tahun 1889, lembaga tersebut digantikan oleh Majlis Kaunti London, iaitu pentadbiran seluruh bandar pertama di London yang dpilih oleh orang awam. Ketika Perang Dunia Kedua, serangan oleh Luftwaffe Jerman seperti The Blitz mengorbankan seramai 30,000 orang warga London serta memusnahkan banyak rumah dan bangunan di serata kota tersebut. Tidak lama selepas perang,Sukan Olimpik 1948 diadakan di Stadium Wembleyyang asal, biarpun pada ketika bandaraya tersebut masih belum pulih daripada kesan peperangan.
Pada tahun 1951, Festival of Britain diadakan di Tebing Selatan. Fenomena Asbut Besar pada tahun 1952 membawa kepada penggubalan Akta Udara Bersih 1956 yang menamatkan gejala kabus "sup kacang pis" yang menodai nama baik London. Mulai 1940-an, London menjadi tempat tinggal bagi sebilangan besar pendatang yang datang dari pelbagai negara Komanwel seperti Jamaica, India, Bangladesh dan Pakistan. Oleh yang demikian, London menjadi salah sebuah bandaraya yang paling pelbagai budaya di Eropah.
Sejak pertengahan 1960-an, London menjadi pusat kebudayaan belia sedunia yang bercontohkan subbudayaSwinging London yang dikaitkan dengan The King's Road, Chelsea dan Carnaby Street. Peranan London sebagai pengasas trend dibangkitkan semula pada zaman punk. Pada tahun 1965, sempadan politik London diperluas untuk mengambil kira pertumbuhan kawasan bandar, maka terbentuknya sebuah Majlis London Raya yang baru. Sewaktu The Troubles di Ireland Utara, London diancam dengan serangan bom oleh IRA Sementara. Ketidaksamaan sesama kaum diserlahkan oleh rusuhan Brixton 1981. Jumlah penduduk London Raya susut secara beransur-ansur dalam puluhan tahun selepas Perang Dunia Kedua, daripada kemuncak sekitar 8.6 juta pada tahun 1939 kepada sekitar 6.8 juta pada 1980-an. Pelabuhan-pelabuhan utama di London berpindah ke arah hilir sungai di Felixstowedan Tilbury, dengan kawasan London Docklands yang menjadi tumpuan pertumbuhan semula sebagai projek pembangunan Canary Wharf yang lahir daripada kebangkitan London sebagai sebuah pusat kewangan dunia pada tahun 1980-an.
Perintang Thames siap dibina pada tahun 1980-an untuk melindungi London daripada dilanda air pasang dari Laut Utara. Majlis London Raya dibubarkan pada tahun 1986, maka London menjadi satu-satunya kota raya besar di dunia tanpa pentadbiran pusat. Pada tahun 2000, kerajaan seluruh London dipulihkan dengan pembentukan Lembaga London Raya. Untuk menyambut kedatangan abad ke-21, dibinanya Millennium Dome,London Eye dan Jambatan Millennium. Pada 7 Julai 2005, tiga buah trenLondon Underground dan sebuah bas dua tingkat dibom akibat serangan pengganas.[64]
[sunting] Pemerintahan
[sunting] Kerajaan tempatan
Pentadbiran London terdiri daripada dua tingkat, iaitu tingkat strategik seluruh bandaraya dan tingkat setempat. Pentadbiran seluruh bandaraya diselaraskan oleh Lembaga London Raya (Greater London Authority, GLA), sementara pentadbiran setempat dilaksanakan oleh 33 buah lembaga yang lebih kecil.[65] GLA terdiri daripada dua komponen yang dipilih umum, iaitu Datuk Bandaraya London (Mayor) yang memegang kuasa eksekutif, dan Dewan Undangan London (London Assembly) yang meneliti keputusan-keputusan datuk bandaraya serta menerima atau menolak usul belanjawan beliau setiap tahun.
Ibu pejabat GLA ialah Dewan Bandaraya (City Hall) yang terletak diSouthwark; datuk bandaraya sekarang ialah Boris Johnson. Lembaga-lembaga setempat pula merupakan majlis-majlis 32 daerah perbandaran serta Perbadanan Bandaraya London(City of London Corporation).[66] Mereka memikul tanggungjawab bagi kebanyakan perkhidmatan setempat, seperti perancangan tempatan, sekolah, perkhidmatan sosial, jalan raya tempatan dan pengumpulan sampah. Setengah peranan, seperti pengurusan sisa, dibekalkan aturan bersama.
Kerja polis di London Raya, kecuali Bandaraya London, disediakan oleh Angkatan Polis Metropolitan (Metropolitan Police Force) di bawah seliaan Lembaga Polis Metropolitan (Metropolitan Police Authority). Bandaraya London pula ada angkatan polis tersendiri, iaitu Polis Bandaraya London (City of London Police).[67] Polis Pengangkutan British memikul tugas polis di perkhidmatan-perkhidmatanNational Rail dan London Underground di ibu kota.[68]
Pasukan Bomba London merupakan perkhidmatan bomba dan penyelamat berkanun di London Raya. Perkhidmatan bomba ketiga terbesar di dunia ini dikelola oleh Lembaga Bomba dan Perancangan Kecemasan (London Fire and Emergency Planning Authority).[69] Perkhidmatan ambulans Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (National Health Service, NHS) dibekalkan oleh Amanah NHS Perkhidmatan Ambulans London (London Ambulance Service (LAS) NHS Trust), iaitu khidmat ambulans kecemasan percuma ketika diguna yang terbesar di dunia.[70] Badan amal London Air Ambulance beroperasi bersama LAS where required.Pengawal Pantai Diraja (Her Majesty's Coastguard) dan Institusi Bot Penyelamat Kebangsaan Diraja (Royal National Lifeboat Institution) beroperasi di Sungai Thames.[71][72]
[sunting] Pemerintahan negara
London merupakan pusat Kerajaan United Kingdom yang terletak di sekitar Istana Westminster. Kebanyakan jabatan kerajaan terletak dekat dengan Parlimen, terutamanya di sepanjang Whitehall, termasuk kediaman rasmi Perdana Menteri di 10 Downing Street.[73] Parlimen British mendapat gelaran "Induk Segala Parlimen" (Mother of Parliaments)[74] kerana ia dijadikan contoh bagi kebanyakan sistem parlimen yang lain di dunia, apatah lagi Akta-Akta yang digubal di sini turut mewujudkan banyak lagi parlimen lain.
[sunting] Geografi
[sunting] Skop
London Raya merupakan subbahagian pentadbiran tahap tinggi yang merangkumi London. Dahulu, semua petempatan hanya terlingkung dalam Bandaraya London kuno yang kecil iaitu teras London masa kini, tetapi disebabkan pembangunan kawasan bandar, Perbadanan Bandaraya menolak cubaan untuk menggabungkannya dengan kawasan-kawasan pinggirannya. Oleh yang demikian, kawasan yang sebetulnya tergolong dalam "London" adalah berbeza mengikut konteks.[75] 40 peratus London Raya diliputi oleh daerah pos London, di mana semua alamat posnya tertulis 'LONDON'.[76][77]
Kod kawasan telefon London (020) lebih luas lingkungannya, lebih kurang sebesar London Raya, tetapi terkecuali beberapa daerah pinggiran dan juga terangkum daerah-daerah di luar sempadannya. Kawasan dalam lingkungan lebuh raya pekeliling M25 juga sering dianggap sebagai 'London' yang sebetulnya,[78] apatah lagi sempadan London Raya juga dijajarkan dengan lebuh raya itu di sesetengah tempat.[79]
[sunting] Status
Dalam lingkungan London, kedua-dua Bandaraya London dan Bandaraya Westminster bertaraf bandaraya, dan kedua-dua Bandaraya London dan kawasan London Raya yang selebihnya merupakan dua kaunti istiadat yang berasingan.[80] Lingkungan masa kini London Raya merangkumi kawasan-kawasan yangpernah menganggotai kaunti-kaunti Middlesex, Kent, Surrey,Essex dan Hertfordshire.[81]Taraf London selaku ibu kota England dan seterusnya United Kingdom tidak pernah dikurniakan atau disahkan secara rasmi secara statut mahupun bertulis.[note 2]
Kedudukan London sebagai ibu negara de facto terbentuk secara resam perlembagaan yang termaktub dalam perlembagaan tak bertulis UK. Ibu negara England berpindah ke London dari Winchester apabila Istana Westminster berkembang menjadi penempatan tetap kerabat diraja pada abad-abad ke-12 dan ke-13, oleh itu London menjadi pusat pemerintahan negara.[85] Dewasa ini, London Raya ditetapkan sebagai sebuah kawasan di England yang dikenali sebagai London dalam konteks ini.[5]
[sunting] Topografi
London Raya meliputi kawasan seluas 1,583 kilometer persegis (611 batu²) yang diduduki 7,172,036 orang penduduk pada tahun 2001 dengan kepadatan 4,542 inhabitants per square kilometre (11,760 /batu persegi). Lingkungan lebih luas yang dipanggil Kawasan Metropolitan London (London Metropolitan Region atau London Metropolitan Agglomeration) pula meliputi kawasan seluas 8,382 kilometer persegis (3,236 batu²) dengan 12,653,500 orang penduduk dan kepadatan1,510 inhabitants per square kilometre (3,900 /batu persegi).[86] Ciri muka bumi utama di kota London moden ialah Sungai Thames, sebatang sungai yang boleh dilayari kapal dan merentasi kota dari barat daya ke timur. Lembah Thames ialah sebidang dataran banjir yang dikelilingi oleh bukit-bukau beralun landai yang merangkumi Bukit Parlimen, Bukit Addington, dan Bukit Primrose. Sungai Thames dahulu lebih luas dan lebih cetek dengan kawasan rawa yang luas; ketika air pasang, pesisirnya mencecah lima kali lebarnya masa kini.[87]
Sejak zaman Victoria, sungai Thames menjalani proses penambakan yang menyeluruh, sehingga kebanyakan cawang-cawangnya di London kini mengalir di bawah tanah. Oleh sebab air Sungai Thames berpasang surut, London terdedah kepada banjir.[88] Ancaman banjir itu semakin menjadi-jadi sepanjang zaman disebabkan oleh takat air pasang yang beransur-ansur meningkat yang disebabkan oleh tanah Britain yang 'menyenget' secara perlahan (ke arah atas di utara dan ke arah bawah di selatan) kesan pantulan pascaglasier.[89]
Pada tahun 1974, bermulanya kerja pembinaan Perintang Thames selama sedekad di sepanjang Sungai Thames di Woolwich untuk menangani ancaman ini. Sungguhpun perintang tersebut diharapkan berjalan seperti yang diharapkan sehingga kira-kira tahun 2070, namun rancangan untuk memperbesar perintang itu sudah pun dibincangkan.[90]
[sunting] Iklim
| Carta iklim untuk London | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| J | F | M | A | M | J | J | O | S | O | N | D | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
55
8
2
|
41
8
2
|
42
11
4
|
44
14
6
|
49
19
9
|
45
21
12
|
45
24
14
|
50
23
14
|
49
20
11
|
69
16
8
|
59
11
5
|
55
8
3
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Suhu purata dalam °C Jumlah hujan dalam mm |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Penukaran imperial
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
London mengalami iklim kelautan sederhana yang serupa dengan kebanyakan kawasan selatan Britain. Biarpun dikenali ramai sebagai kota yang sering dilimpahi hujan, namun yang menariknya, London kurang menerima kerpasan setahun berbanding Rome pada 834 mm (32.8 in), mahupun Bordeauxpada 923 mm (36.3 in).[91] Musim sejuk di situ pada umumnya agak dingin hingga terbentuknya ibun di kawasan pinggir bandar pada purata dua kali seminggu pada bulan November hingga March. Salji biasanya turun sekitar 4 atau 5 kali seminggu pada bulan Disember hingga Februari. Jarang sekali salji turun pada bulan Mac dan April tetapi demikianlah setiap 2–3 tahun. Suhu musim sejuk jarang turun ke bawah paras −4 °C (24.8 °F) mahupun mencecah 14 °C (57.2 °F). Musim panasnya pada umumnya hangat, adakalanya terik, dengan haba yang didatangkan oleh kesan pulau haba bandar yang menyebabkan pusat bandaraya London mampu mencapai 5°C (9°F) lebih panas daripada pinggir bandar. Suhu purata musim panas London adalah 24 °C (75.2 °F). Secara purata, terdapat 7 hari setahun yang melebihi 30 °C (86.0 °F) dan 2 hari setahun yang melebiji 32 °C (89.6 °F). Suhu 26°C (80°F) biasanya terjadi sekali seminggu mulai pertengahan bulan Jun hingga akhir bulan Ogos.
[sunting] Daerah
Sejak tahun 1965, London Raya terbahagi kepada 32 daerah perbandaran di samping Bandaraya London kuno.[92][93] Bandaraya London merupakan daerah kewangan utama[94] sementara Canary Wharf dibangunkan menjadi pusat kewangan dan perdagangan di Docklands di rantau timur.
Selain 33 pecahan rasmi ini, London juga terbahagi kepada daerah-daerah yang tidak rasmi seperti Bloomsbury, Mayfair, Wembley dan Whitechapel. Nama-nama ini mungkin sekadar gelaran, mencerminkan nama-nama desa yang diserap oleh peluasan bandar, ataupun unit-unit pentadbiran yang sudah terganti seperti mukim atau bekas daerah. Nama-nama sedemikian masih digunakan sejak turun-temurun untuk memaksudkan kawasan tempatan yang mempunyai ciri tersendiri tetapi tiada sempadan rasmi pada masa sekarang.
Daerah West End merupakan daerah hiburan dan beli-belah utama yang menarik pelancong ke London.[95] Di kawasan barat London letaknya kawasan perumahan serba mahal di mana harta tanah boleh dijual pada harga puluhan juta paun.[96] Purata harga hartanah di Kensington dan Chelsea ialah £894,000 dengan purata perbelanjaan yang serupa di kebanyakan kawasan pusat bandaraya London.[97]
Daerah East End pula merupakan kawasan yang paling dekat dengan tapak Pelabuhan London yang asal. Kawasan itu ramai dengan penduduk pendatang, dan ia juga merupakan salah satu tempat yang paling kurang berada di London.[98] Kebanyakan kegiatan perindustrian terawal digiatkan di kawasan timur London. Kini, tapak-tapak terbiar di seluruh kawasan itu dibangunkan semula oleh projek Thames Gateway, termasuk London Riverside dan Lembah Hilir Lea yang sedang dibangunkan menjadi Taman Olimpik sempena Sukan Olimpik.[98]
[sunting] Demografi
London ialah bandaraya terbesar di United Kingdom. Bilangan penduduk di kawasan Greater Londonyang meliputi kawasan sekitar Bandaraya London adalah seramai 7,421,228 orang pada 1 Januari 2005.
Mengikut bancian penduduk tahun 2001, 76% daripada tujuh juta penduduk London terdiri daripada golongan etnik Orang Kulit Putih (iaitu "White" dan dikelaskan sebagai British White, Irish atau "Other White" semasa banci 2001), 10% daripada golongan orang India, Bangladesh atau Pakistan, 5% golongan kulit hitam Afrika, 5% golongan hitam kepulauan Caribbean, 3% peranakan dan 1% golongan Cina.
[sunting] Ekonomi
London merupakan pusat kegiatan ekonomi antarabangsa. Sebagai bandar terbesar di Eropah, London telah menghasilkan ASD $365 bilion pada tahun 2004.
Industri London yang terbesar ialah kewangan. Bandar London merupakan pusat kewangan London, pusat kegiatan perbankan, broker saham, peguaman, dan perakaunan. Satu pusat kewangan yang lebih kecil terletak di Canary Wharf dimana ia merupakan pusat operasi HSBC, Reuters, Barclay dan syarikat perguaman terbesar di dunia, Clifford Chance.
Kebanyakan media British bertumpu di London. BBC merupakan sebuah syarikat media yang utama, dan terdapat pelbagai syarikat penyiaran juga mempunyai pusat operasi di London. Pelbagai suratkhabar nasional disunting di London, yang pada masa kini bertumpu di Canary Wharf.
[sunting] Perhubungan
Sistem keretapi bawah tanah London atau "London Underground" merupakan sistem keretapi bawah tanah yang tertua di dunia dengan perkhidmatan pertama bermula dari 10 Januari 1863.
Terdapat 5 lapangan terbang di London. Lapangan terbang antarabangsa Heathrow ialah lapangan terbang yang utama di London. Lapangan terbang yang lain termasuk Gatwick, Stansted, Luton dan London City.
[sunting] Rujukan
- ↑ (online) London, United Kingdom Forecast : Weather Underground (weather and elevation at Heathrow Airport). The Weather Underground, Inc.. Archived from the original on 19 Mei 2011. http://www.webcitation.org/5yo0HaAk7. Capaian 6 Jun 2008.
- ↑ 2.0 2.1 July 2010 Population estimates for UK, England and Wales, Scotland and Northern Ireland. Office for National Statistics. http://www.statistics.gov.uk/downloads/theme_population/mid-2010-pop-ests-30-june-2011.zip. Capaian 3 Julai 2011.
- ↑ "Roman". TheMuseum of London. http://classic-web.archive.org/web/20080622181424/http://www.museumoflondon.org.uk/English/EventsExhibitions/Permanent/RomanLondon.htm. Capaian 7 Jun 2008.
- ↑ 4.0 4.1 Mills 2001, p. 140
- ↑ 5.0 5.1 "Government Offices for the English Regions, Fact Files: London". Office for National Statistics. http://www.gos.gov.uk/gol/factgol/London/?a=42496. Capaian 4 Mei 2008.
- ↑ Elcock, Howard (1994). Local Government: Policy and Management in Local Authorities, Routledge. ISBN 978-0-415-10167-7.
- ↑ Jones, Bill; Kavanagh, Dennis; Moran, Michael; Norton, Philip (2007). Politics UK, Pearson Education. ISBN 978-1-4058-2411-8.
- ↑ "Global Power City Index 2009". Institute for Urban Strategies – The Mori Memorial Foundation. http://www.mori-m-foundation.or.jp/english/research/project/6/pdf/GPCI2009_English.pdf. Capaian 14 Disember 2010.
- ↑ "Global Financial Centres 9". Z/Yen. 2011. http://zyen.com/PDF/GFCI%2010.pdf.
- ↑ ""World's Most Economically Powerful Cities".", Forbes, 15 Julai 2008. Dicapai pada 3 Oktober 2010. Diarkibkan drpd. yang asli di 19 Mei 2011.
- ↑ "Worldwide Centres of Commerce Index 2008". Mastercard. http://www.mastercard.com/us/company/en/insights/pdfs/2008/MCWW_WCoC-Report_2008.pdf.
- ↑ "Global city GDP rankings 2008–2025". PricewaterhouseCoopers. Diarkibkarn daripada yang asal on 19 Mei 2011. http://www.ukmediacentre.pwc.com/Media-Library/Global-city-GDP-rankings-2008-2025-61a.aspx. Capaian 16 November 2010.
- ↑ capital of the world, The Independent, 22 Disember 2007. Dicapai pada 17 Januari 2012.
- ↑ is the world capital of the 21st century... says New York, London Evening Standard, 21 Mac 2007. Dicapai pada 17 Januari 2012.
- ↑ "Euromonitor International's Top City Destination Ranking (2011 update)". Euromonitor International. 6 Januari 2011. Diarkibkarn daripada yang asal on 8 Ogos 2011. http://blog.euromonitor.com/2011/01/euromonitor-internationals-top-city-destinations-ranking.html. Capaian 8 Ogos 2011.
- ↑ "Delta Expects New Slots To Foster Growth At Heathrow Airport", The Wall Street Journal, 23 Februari 2011. Dicapai pada 7 Mac 2011. Diarkibkan drpd. yang asli di 19 Mei 2011.
- ↑ "Number of international students in London continues to grow". Greater London Authority. Diarkibkarn daripada yang asal on 19 Mei 2011. http://www.london.gov.uk/media/press_releases_mayoral/number-international-students-london-continues-grow. Capaian 27 Ogos 2010.
- ↑ "IOC elects London as the Host City of the Games of the XXX Olympiad in 2012". Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa. 6 Julai 2005. http://www.olympic.org/media?calendartab=1&articleid=52922. Capaian 3 Jun 2006.
- ↑ "Languages spoken in the UK population". CILT, the National Centre for Language. Diarkibkarn daripada yang asal on 19 Mei 2011. http://www.cilt.org.uk/faqs/langspoken.htm. Capaian 6 Jun 2008.
- ↑ "Largest EU City. Over 7 million residents in 2001". www.statistics.gov.uk. Office for National Statistics. Diarkibkarn daripada yang asal on 26 Julai 2007. http://www.statistics.gov.uk/cci/nugget.asp?id=384. Capaian 28 Jun 2008.
- ↑ on London - Population and Migration. Dicapai pada 17 Januari 2012.
- ↑ "The Principal Agglomerations of the World". City Population. Diarkibkarn daripada yang asal on 23 Julai 2010. http://www.citypopulation.de/world/Agglomerations.html. Capaian 3 Mac 2009.
- ↑ "Southest England Population by Area from 1891". Demographia. Diarkibkarn daripada yang asal on 19 Mei 2011. http://www.demographia.com/dm-lonarea.htm. Capaian 1 April 2009.
- ↑ 24.0 24.1 "London: The greatest city". Channel4.com. Diarkibkarn daripada yang asal on 19 Mei 2011. http://www.channel4.com/history/microsites/H/history/i-m/london4.html. Capaian 12 Oktober 2008.
- ↑ "Lists: United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland". UNESCO. http://whc.unesco.org/en/statesparties/gb. Capaian 26 November 2008.
- ↑ "West End Must Innovate to Renovate, Says Report", What's On Stage, 25 Januari 2008. Dicapai pada 15 November 2010. Diarkibkan drpd. yang asli di 19 Mei 2011.
- ↑ Cite error: Invalid
<ref>tag; no text was provided for refs namedMetro - ↑ "Shanghai now the world's longest metro". Railway Gazette International. 4 Mei 2010. Diarkibkarn daripada yang asal on 19 Mei 2011. http://www.railwaygazette.com/news/single-view/view/10/shanghai-now-the-worlds-longest-metro.html. Capaian 4 Mei 2010.
- ↑ 29.0 29.1 29.2 29.3 Mills 2001, p. 139
- ↑ Ackroyd, Peter. "'London'", New York Times, 2 Disember 2001. Dicapai pada 28 Oktober 2008.
- ↑ Coates, Richard (1998). "A new explanation of the name of London". Transactions of the Philological Society 96 (2): 203–229. doi:10.1111/1467-968X.00027. Archived from the original on 19 Mei 2011. http://www.webcitation.org/5yo0UqnAy.
- ↑ Perring, Dominic (1991). Roman London, London: Routledge. ISBN 978-0-203-23133-3.
- ↑ "British History Timeline —Roman Britain". British Broadcasting Corporation. Diarkibkarn daripada yang asal on 19 Mei 2011. http://www.bbc.co.uk/history/british/timeline/romanbritain_timeline_noflash.shtml. Capaian 7 Jun 2008.
- ↑ 34.0 34.1 "The early years of Lundenwic". The Museum of London. http://www.museumoflondon.org.uk/English/EventsExhibitions/Past/MissingLink/Themes/TML_themes_Lundenwic.htm. Capaian 7 Jun 2008.
- ↑ 35.0 35.1 "Viking and Danish London". The Museum of London. http://www.museumoflondon.org.uk/English/Collections/Onlineresources/RWWC/themes/1295/1288. Capaian 6 Jun 2008.
- ↑ "Medieval London —Vikings". The Museum of London. http://classic-web.archive.org/web/20080602225909/http://www.museumoflondon.org.uk/English/EventsExhibitions/Permanent/medieval/Themes/1033/1035/default.htm. Capaian 7 Jun 2008.
- ↑ George Hamilton Cunningham (1927). London. J. M. Dent & Sons. p. xiii. http://books.google.com/?id=2fIgAAAAMAAJ.
- ↑ Denison, Simon (July 1999). "First `London Bridge' in River Thames at Vauxhall". British Archaeology (46). Archived from the original on 19 Mei 2011. http://www.webcitation.org/5yo0WdLQ0. Capaian 15 April 2011.
- ↑ Milne, Gustav. "London's Oldest Foreshore Structure!". Frog Blog. Thames Discovery Programme. Diarkibkarn daripada yang asal on 19 Mei 2011. http://www.thamesdiscovery.org/frog-blog/london-s-oldest-find-discovered-at-vauxhall. Capaian 15 April 2011.
- ↑ "Edward the Confessor (c.1003–1066)". British Broadcasting Corporation. Diarkibkarn daripada yang asal on 19 Mei 2011. http://www.bbc.co.uk/history/historic_figures/edward_confessor.shtml. Capaian 27 September 2008.
- ↑ "History – 1066 –King William". BBC. Diarkibkarn daripada yang asal on 19 Mei 2011. http://www.bbc.co.uk/history/british/normans/1066_06.shtml. Capaian 5 Mei 2008.
- ↑ Tinniswood, Adrian. "A History of British Architecture — White Tower". BBC. Diarkibkarn daripada yang asal on 19 Mei 2011. http://www.bbc.co.uk/history/british/architecture_02.shtml. Capaian 5 Mei 2008.
- ↑ "UK Parliament —Parliament: The building". UK Parliament. 9 November 2007. Archived from the original on 11 Mac 2008. http://web.archive.org/web/20080311032051/http://www.parliament.uk/about/history/building.cfm. Capaian 27 April 2008.
- ↑ "Palace of Westminster". UK Parliament. Archived from the original on 4 April 2008. http://web.archive.org/web/20080404171249/http://www.parliament.uk/parliament/guide/palace.htm. Capaian 27 April 2008.
- ↑ Schofield, John (2003). Medieval Towns: The Archaeology of British Towns in Their European Setting, Continuum International Publishing Group. ISBN 978-0-8264-6002-8.
- ↑ BBC – History – Black Death. BBC News. http://www.bbc.co.uk/history/british/middle_ages/black_01.shtml. Capaian 3 November 2008.
- ↑ "Richard II (1367–1400)". BBC. Diarkibkarn daripada yang asal on 19 Mei 2011. http://www.bbc.co.uk/history/historic_figures/richard_ii_king.shtml. Capaian 12 Oktober 2008.
- ↑ 48.0 48.1 Nikolaus Pevsner, London I: The Cities of London and Westminsterrev. edition,1962, Introduction p 48.
- ↑ Durston, Christopher (1993). James I, London: Routledge. ISBN 978-0-415-07779-8.
- ↑ "A List of National Epidemics of Plague in England 1348–1665". Urbanrim.org.uk. 4 Disember 2009. Diarkibkarn daripada yang asal on 3 Mei 2009. http://urbanrim.org.uk/plague%20list.htm. Capaian 3 Mei 2010.
- ↑ "Story of the plague". Channel 4.. Archived from the original on 19 Mei 2011. http://www.webcitation.org/5yo0bPVKk. Capaian 2011-10-24.
- ↑ Pepys, Samuel [1893] (2 September 1666). The Diary of Samuel Pepys. ISBN 978-0-520-22167-3.
- ↑ Schofield J (January 2001). "London After the Great Fire: Civil War and Revolution". BBC. Diarkibkarn daripada yang asal on 19 Mei 2011. http://www.bbc.co.uk/history/british/civil_war_revolution/after_fire_02.shtml. Capaian 28 April 2008.
- ↑ "Museum of London — Rebuilding after the fire". Museum of London. Archived from the original on 1 Februari 2008. http://web.archive.org/web/20080201204641/http://www.museumoflondon.org.uk/English/EventsExhibitions/Special/LondonsBurning/Themes/1405/. Capaian 27 April 2008.
- ↑ (1940) The Rebuilding of London After the Great Fire, Thomas Fiddian. URL dicapai pada 27 April 2008.
- ↑ The curious life of Robert Hooke, the man who measured London by Lisa Jardine
- ↑ "Thief Taker, Constable, Police". Public Broadcasting Service (PBS).
- ↑ Jackson, Peter (2009-08-03). "Rough justice – Victorian style". BBC News. http://news.bbc.co.uk/2/hi/uk_news/8181192.stm. Capaian 2011-12-13.
- ↑ "National Affairs: Capital punishment: a fading practice". Time.com. 1960-03-21. http://www.time.com/time/magazine/article/0,9171,894775,00.html. Capaian 2011-12-13.
- ↑ "BBC – History – The Foundling Hospital". Bbc.co.uk. 2011-02-17. http://www.bbc.co.uk/history/british/victorians/foundling_01.shtml. Capaian 2011-12-13.
- ↑ "When a man is tired of London, he is tired of life: Samuel Johnson". Diarkibkarn daripada yang asal on 19 Mei 2011. http://www.samueljohnson.com/tiredlon.html.
- ↑ "Hidden extras: cholera comes to Victorian London". Sciencemuseum.org.uk. http://www.sciencemuseum.org.uk/broughttolife/themes/publichealth/cholera.aspx. Capaian 2011-12-13.
- ↑ Robert W. Brown. "London in the Nineteenth Century". Uncp.edu. http://www.uncp.edu/home/rwb/london_19c.html. Capaian 2011-12-13.
- ↑ 7 July Bombings: Overview. London: BBC News. Archived from the original on 13 Februari 2007. http://www.webcitation.org/5MchR94le. Capaian 28 April 2008.
- ↑ "About the Greater London Authority". London Government. Diarkibkarn daripada yang asal on 19 Mei 2011. http://www.london.gov.uk/gla/. Capaian 27 September 2008.
- ↑ "Links to other websites — London boroughs". London Government. Archived from the original on 19 Oktober 2007. http://web.archive.org/web/20071019055428/http://www.london.gov.uk/london/links.jsp. Capaian 27 September 2008.
- ↑ "Policing". Greater London Authority. Archived from the original on 21 Januari 2008. http://web.archive.org/web/20080121173357/http://www.london.gov.uk/gla/policing.jsp. Capaian 25 Ogos 2009.
- ↑ "Areas". British Transport Police. Diarkibkarn daripada yang asal on 19 Mei 2011. http://www.btp.police.uk/about_us/areas.aspx. Capaian 25 Ogos 2009.
- ↑ "Who we are". London Fire Brigade. Diarkibkarn daripada yang asal on 19 Mei 2011. http://www.london-fire.gov.uk/WhoWeAre.asp. Capaian 25 Ogos 2009.
- ↑ "About us". London Ambulance Service NHS Trust. Diarkibkarn daripada yang asal on 19 Mei 2011. http://www.londonambulance.nhs.uk/about_us.aspx. Capaian 25 Ogos 2009.
- ↑ "Station list". Maritime and Coastguard Agency. 2007. Diarkibkarn daripada yang asal on 19 Mei 2011. http://www.mcga.gov.uk/c4mca/mcga07-home/aboutus/mcga-online/mcga-sailing-cg66/dops_-_all-cg66-stationlist.htm. Capaian 25 Ogos 2009.
- ↑ "Thames lifeboat service launched", BBC News, 2 Januari 2002. Dicapai pada 25 Ogos 2009. Diarkibkan drpd. yang asli di 19 Mei 2011.
- ↑ "10 Downing Street — Official Website". 10 Downing Street. Archived from the original on 10 Mei 2008. http://web.archive.org/web/20080510193022/http://www.number10.gov.uk/output/Page1.asp. Capaian 26 April 2008.
- ↑ "UK Politics: Talking Politics — The 'Mother of Parliaments'", BBC, 3 Jun 1998. Dicapai pada 6 Jun 2008. Diarkibkan drpd. yang asli di 19 Mei 2011.
- ↑ Beavan, Charles; Bickersteth, Harry (1865). Reports of Cases in Chancery, Argued and Determined in the Rolls Court. Saunders and Benning. http://books.google.com/?id=YFYDAAAAQAAJ.
- ↑ Stationery Office (1980). The Inner London Letter Post, H.M.S.O. ISBN 978-0-10-251580-0.
- ↑ Geographers' A-Z Map Company (2008). London Postcode and Administrative Boundaries, edisi 6, Geographers' A-Z Map Company. ISBN 978-1-84348-592-6.
- ↑ Mail, Royal (2004). Address Management Guide. Royal Mail.
- ↑ "The Essex, Greater London and Hertfordshire (County and London Borough Boundaries) Order". Office of Public Sector Information. 1993. Diarkibkarn daripada yang asal on 19 May 2011. http://www.opsi.gov.uk/SI/si1993/Uksi_19930441_en_1.htm. Capaian 6 June 2008.
- ↑ "Lieutenancies Act 1997". OPSI. Diarkibkarn daripada yang asal on 19 Mei 2011. http://www.opsi.gov.uk/acts/acts1997/ukpga_19970023_en_1. Capaian 7 Jun 2008.
- ↑ Barlow, I. M. (1991). Metropolitan Government, Routledge. ISBN Routledge.
- ↑ (1994) Collins English Dictionary, Collins Education plc.
- ↑ Oxford English Reference Dictionary, Oxford English.
- ↑ "HC 501 0304.PDF" (PDF). Parliament Publications
- ↑ Schofield, John (June 1999). British Archaeology Issue 45, June 1999. British Archaeology. ISSN 1357-4442. Archived from the original on 19 Mei 2011. http://www.webcitation.org/5yo0mw1Sn. Capaian 6 Mei 2008.
- ↑ "Metropolis: 027 London, World Association of the Major Metropolises". http://www.dgcl.interieur.gouv.fr/sections/a_votre_service/lu_pour_vous/les_grandes_metropol/downloadFile/attachedFile/metropolislondres.pdf?nocache=1254397828.63. Capaian 3 Mei 2010.
- ↑ Sheppard, Francis (2000). London: A History, Google Books. ISBN 978-0-19-285369-1. URL dicapai pada 6 Jun 2008.
- ↑ "Flooding". UK Environment Agency. Archived from the original on 15 Februari 2006. http://web.archive.org/web/20060215080725/http://www.environment-agency.gov.uk/yourenv/eff/1190084/natural_forces/flooding/?version=1&lang=_e. Capaian 19 Jun 2006.
- ↑ ""Sea Levels" – UK Environment Agency". Environment Agency. Archived from the original on 23 Mei 2008. http://web.archive.org/web/20080523225152/http://www.environment-agency.gov.uk/yourenv/eff/1190084/natural_forces/sealevels/?version=1&lang=_e. Capaian 6 Jun 2008.
- ↑ Adam, David. "Thames Barrier gets extra time as London's main flood defence", The Guardian, 31 Mac 2009. Dicapai pada 7 November 2009. Diarkibkan drpd. yang asli di 19 Mei 2011.
- ↑ Templat:Title
- ↑ "London boroughs —London Life, GLA". London Government. Archived from the original on 13 Disember 2007. http://web.archive.org/web/20071213025156/http://www.london.gov.uk/london-life/city-government/boroughs.jsp. Capaian 3 November 2008.
- ↑ Dogan, Mattei; John D. Kasarda (1988). The Metropolis Era, Sage Publications. ISBN 978-0-8039-2603-5.
- ↑ "London as a financial centre". Mayor of London. Archived from the original on 6 Januari 2008. http://web.archive.org/web/20080106051217/http://www.london.gov.uk/london-life/business-and-jobs/financial-centre.jsp. Capaian 6 Mei 2008.
- ↑ "West End still drawing crowds", British Broadcasting Corporation, 22 Oktober 2001. Dicapai pada 6 Jun 2008. Diarkibkan drpd. yang asli di 19 Mei 2011.
- ↑ Meek, James. "Super Rich", The Guardian Money, 17 April 2006. Dicapai pada 7 Jun 2008. Diarkibkan drpd. yang asli di 19 Mei 2011.
- ↑ "Price of Properties." (PDF). Royal Borough of Kensington and Chelsea. Archived from the original on 27 Mei 2008. http://web.archive.org/web/20080527193654/http://rbkc.gov.uk/Planning/localdevelopmentframework/ldf_hs_appendix_a2.pdf. Capaian 6 Jun 2008.
- ↑ 98.0 98.1 "Tomorrow's East End". News Week. Archived from the original on 29 Ogos 2006. http://web.archive.org/web/20060829024354/http://msnbc.msn.com/id/8487518/site/newsweek/. Capaian 16 Ogos 2007.
[sunting] Pautan luar
|
|||||
|
|||||||
Cite error: <ref> tags exist for a group named "note", but no corresponding <references group="note"/> tag was found
