Howard Schultz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Howard Schultz
Howard-Schultz-Starbucks.jpg
Howard Schultz di Vancouver pada 1 Mac 2007
Kelahiran 19 Julai 1953 (61 tahun)
Brooklyn, New York, A.S.
Pusat pendidikan Northern Michigan University
Pekerjaan Pengerusi dan CEO, Starbucks
Gaji AS$ 10,000[1]
Nilai harta
kekayaan
$8.1 bilion
Pasangan Sheri Kersch Schultz
Anak 2
Laman web
Starbucks

Howard Schultz (lahir 19 Julai 1953) adalah seorang usahawan Amerika Syarikat, pemilik rangkaian kafe minuman kopi terkemuka Starbucks. Pada 2006, majalah Forbes menyenaraikan beliau sebagai orang ke-354 terkaya di Amerika Syarikat dengan nilai $1.1 bilion dolar.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Pada 5 Ogos 2010, akhbar Daily Mirror melaporkan Howard Schultz seorang bilionair yang membesar dalam keluarga miskin di Brooklyn, New York. Beliau pernah tinggal di kawasan perumahan subsidi Canarsie khas untuk golongan miskin. Bapanya pemandu trak tentera Amerika Syarikat. Pada 1962 ayahnya patah tulang kaki yang serius dan sukar bekerja. Ibunya Elaine berharap sangat kepada dua adiknya iaitu Ronnie dan Michael.

Beliau aktif sukan besbol, bola sepak dan bola keranjang dan dapat biasiswa sukan dari Northern Michigan University. Dia mendapat ijazah komunikasi pada 1975.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Mulanya dia bekerja sebagai jurujual di syarikat Xerox . Tahun 1979 menjadi pengarah urusan di syarikat Sweden, pembuat minuman kopi Hammarplast. Pada 1981 dia pergi ke Seattle untuk meninjau kedai-kedai kopi terbaik di sana yang dipanggil Starbucks. 1982 dia menyertai Starbuck dan menjadi pengarah pemasaran.

Membangunkan Stabucks[sunting | sunting sumber]

Sebuah kedai menjual biji kopi terdapat di Hammarplast Seattle. Semasa dia melancong ke Milan Itali pada 1981, dia melihat banyak kedai kopi di lorong-lorong di Itali sebagaimana bar di Amerika Syarikat. Dia mencadangkan Starbucks ditukar kepada kedai kopi, bukan semata-mata menjual biji kopi. Pada 1987 Schultz menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Starbucks pertama.

Idea awalnya untuk membuka rangkaian kedai kopi di segenap lorong dan menjadimedan perbincangan sebagaimana d Itali telah ditolak mentah-mentah. Oleh itu dia membuka sendiri kedai kopi dengan nama Il Giornale pada 1985. Kemudian , Starbucks telah dijual kepada Schultz and Il Giornale pada harga $3.8 million.

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Starbucks mempunyai 172,000 pekerja di lebih 16,000 cawangan di seluruh dunia. Di Amerika Syarikat (AS), Starbucks turut menyediakan penjagaan kesihatan secara percuma kepada pekerja sambilannya. [2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Starbucks to Close More Stores". Wall Street Journal. http://online.wsj.com/article/SB123317714771825681.html. Dicapai pada 28-01-2009.
  2. Pemilik Starbucks dedah kisah sedih