Hutan Lipur Kuala Sepetang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hutan Lipur Kuala Sepetang merupakan sebuah hutan paya bakau yang kaya dengan pelbagai haiwan dan tumbuhan dan juga merupakan sebuah hutan lipur yang menjadi tumpuan pelancong yang ingin menikmati alam semulajadi di Perak.

Hutan Lipur Kuala Sepetang menawarkan perlindungan dan menjadi kediaman pelbagai spesies pokok, burung, ikan, dan haiwan air yang lain yang unik di kawasan bakau.

Pokok bakau seperti pokok Bakau Minyak, Bakau Kurap banyak tumbuh di sini dan masih digunakan untuk menghasilkan arang dengan menggunakan cara tradisi.