Negeri Perak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Flag of Malaysia.svg
Negeri-negeri di Malaysia
نڬري٢ د مليسيا
ڨيرق دار الرّضوان
Negeri Perak Darul Ridzuan
Bendera Perak Lambang Perak
Bendera Lambang
Cogan kata: Perak AmanJaya
Lagu negeri: Allah Lanjutkan Usia Sultan
Lokasi Perak
Ibu negeri Ipoh
Bandar diraja Kuala Kangsar
Parti memerintah Barisan Nasional
 - Sultan Sultan Azlan Shah
 - Menteri Besar Zambry Abdul Kadir
Sejarah  
 - Perjanjian Pangkor 1874 
 - Menyertai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu 1895 
 - Pendudukan Jepun 1942 
 - Menyertai Persekutuan Tanah Melayu 1948 
Keluasan
 - Jumlah 21,006 km²
Populasi
 - 2010 census 2,352,743 [1]
 - Kepadatan 112/km²
Kod panggilan kebangsaan 05
Poskod kebangsaan 30xxx to 36xxx
39xxx
Huruf pertama plat kenderaan A
Laman sesawang: www.perak.gov.my

1Lihat Krisis Perlembagaan Perak 2009.

Negeri Perak atau juga dikenali sebagai Perak Darul Ridzuan merupakan salah satu daripada negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia) (lihat peta). Ia merupakan negeri yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia (selepas Pahang).

Kini, Daerah Kampar telah diserap masuk ke dalam Daerah Kinta.

Isi kandungan

Sejarah[sunting]

Untuk rencana lanjutan, lihat Sejarah Negeri Perak

Zaman Kesultanan Melayu[sunting]

Negeri Perak telah wujud sejak zaman pra sejarah lagi, iaitu manusia telah menduduki negeri Perak semenjak 40,000 hingga 8,000 tahun Sebelum Masihi.

Legenda menceritakan tentang sebuah kerajaan Hindu-Melayu yang disebut Gangga Negara di Perak barat laut. penemuan arkeologi menunjukkan bahawa Perak telah didiami sejak zaman prasejarah.

Sejarah Kesultanan Perak bermula pada 1528 dengan kemahkotaan Sultan Muzaffar Shah I, keturunan Sultan Mahmud Shah dari Melaka. Oleh demikian, Kesultanan Perak adalah keturunan secara langsung daripada Kesultanan Melaka.

Walaupun wangsa itu bermula dengan nasib yang baik, nasib itu tidak dapat dikekalkan kerana ia menjadi mangsa pihak Aceh, Bugis, Portugis, Belanda, Thailand dan kemudiannya British. Pihak Aceh telah dua kali melarikan Sultan berserta keluarganya ke Aceh, Sumatera.

Zaman Naungan Residensi British[sunting]

Penemuan lapisan timah yang terkaya di dunia pada 1824 menarik pemasukan pendatang secara besar-besaran, terutamanya orang Cina. Dikaitkan dengan peraturan yang merumitkan tentang pewarisan serta orang bangsawan yang amat berkuasa, kerusuhan sosial dan politik yang dialami tidak dapat dielakkan. Campur tangan pihak British pada 1874 menyebabkan penyelesaian yang sekurang-kurangnya memperlihatkan tolak ansur, iaitu Sultan dipujuk turun takhta dengan pembayaran pencen supaya waris yang sah boleh dimahkotakan. Seorang Residen British tiba untuk menasihatkan Sultan dan sepasukan polis tentera India diasaskan. Walaubagaimanapun, Residen yang baru itu tidak menerima sambutan yang popular dan beliau terbunuh pada 1877. Malangnya, Sultan yang baru telah terbabit dalam peristiwa ini dan dibuang negeri ke Seychelles. Seorang pemangku raja mengambil alih tempatnya dan sepuluh tahun kemudian diizin menjadi Sultan. Baginda mangkat tidak sampai sebulan selepas baginda menjadi raja.

Warisnya, Sultan Idris, terbukti menjadi salah seorang Melayu yang bijaksana. Negeri Perak menjadi makmur dan maju di bawah pemerintahannya. Keadaan kewangan dikawal dan langkah-langkah pertama untuk membentukkan negeri-negeri bersekutu diambil. Perak menjadi salah satu daripada negeri-negeri pertama yang membentukkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) pada 1897.

Pendapatan negeri Perak merosot apabila harga getah merosot selepas Perang Dunia I. Walaupun Sultan Idris mangkat pada 1916, waris-warisnya terbukti bijak dari segi pandangan. Sultan Iskandar Shah berkhidmat dengan polis NNMB dan memainkan peranan yang penting dalam pengasasan Rejimen Askar Melayu DiRaja pada 1930-an. Perak diserang dan ditewas oleh pihak Jepun pada Hari Raya Tahun Baru 1942. Walaubagaimanapun, Sultan Abdul Aziz, bukan seorang raja yang senang digulingkan.

Negeri Perak memasuki Malayan Union pada 1 Februari 1948. Ia juga ikut serta negeri-negeri lain untuk membentukkan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, dan menjadi salah satu daripada negeri-negeri Malaysia pada 16 September 1963.

10 daerah-daerah terkandung dalam Negeri Perak

Kerajaan[sunting]

Sultan Perak merupakan Ketua Perlembagaan Negeri Perak. Dibawah perlembagaan negeri, kuasa perundangan dipunyai oleh Dewan Undangan. Dewan ini melantikkan ahli Dewan untuk membentukkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak iaitu EXCO.

EXCO, yang diketuai oleh Menteri Besar sendiri, memegang kuasa eksekutif dan merupakan badan yang membuat dasar kerajaan negeri. Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan adalah daripada parti politik yang memenangi kerusi yang terbanyak di dalam Dewan Undangan.

Krisis perlembagaan Perak[sunting]

Pada Februari 2009, terdapat perubahan pada kerajaan negeri berikutan beberapa ahli Dewan Undangan Negeri dari Pakatan Rakyat yang keluar parti. Sultan Perak kemudiannya membubarkan kerajaan Pakatan Rakyat dan memberi laluan kepada Barisan Nasional. Bekas Menteri Besar dari Pakatan, Mohammad Nizar Jamaluddin mempertikaikan kesahihan tindakan tersebut dari segi perlembagaan negeri dan mendakwa beliau masih memegang jawatan Menteri Besar.[2] Pada 18 Februar 2009, speaker Dewan Undangan Negeri Perak V Sivakumar menggantung Menteri Besar dari Barisan Nasional, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, bersama-sama enam ahli Exconya daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri dengan tempoh penggantungan masing-masing selama 18 dan 12 bulan.[3] Pada 3 Mac 2009 27 Ahli Dewan Undangan Negeri dari pakatan rakyat serta speaker Dewan Undangan Negeri Perak V Sivakumar tidak dibenarkan masuk ke Dewan Undangan Negeri Perak.Selepas tidak dapat memasuki Dewan Undangan Negeri Perak,kesemua 27 ADUN(Ahli Dewan Undangan Negeri) pakatan rakyat dan speaker DUN Perak,V Sivakumar mengadakan sidang DUN di bawah pokok. Pihak DAP mendakwa bahawa Sidang DUN itu sah kerana bedasarkan peraturan, speaker Dun Perak mempunyai kuasa untuk menetapkan tempat persidangan, sedangkan BN mengatakan ia persidangan haram kerana tidak mendapat perkenan Sultan Perak. Dalam Sidang Dun, 2 usul diluluskan.

  1. Usul undi percaya kepada Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaludin.
  2. Usul memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri(DUN) Perak.

Mahkamah Tinggi Ipoh bagaimanapun telah mengeluarkan perintah melarang Speaker Dewan Undang Negeri (DUN) Perak V.Sivakumar daripada mengadakan sebarang sidang DUN yang tidak mengikut undang-undang pada 3 Mac 2009 (Bernama). Ini berdasarkan fakta/peraturan bahawa Speaker tidak mempunyai kuasa memanggil sidang DUN melainkan mendapat perkenan daripada Sultan Perak. [4]

Geografi[sunting]

Untuk rencana lanjutan, lihat Daerah di Negeri Perak atau Geografi Perak

Perak Darul Ridzuan terdiri daripada 10 jajahan yang dipanggil sebagai daerah :

Ekonomi dan kebudayaan[sunting]

Untuk rencana lanjutan, lihat Ekonomi Negeri Perak

Untuk rencana lanjutan, lihat Budaya di Negeri Perak

Suatu ketika dahulu, persembahan Wayang Kulit Kelantan (atau Wayang Kulit Siam) pernah bertapak di negeri Perak. Walau bagaimanapun, teater tradisional ini telah lama lenyap dari bumi Perak.

Sejak sejarah dikuasai oleh perlombongan timah dan getah, Perak mengalami kesulitan yang amat teruk dengan kemerosotan kedua-dua industri tersebut. Tindakan telah diambil baru-baru ini untuk mengubah ekonomi negeri Perak kepada sebuah ekonomi berdasarkan perindustrian dan pengilangan.

Populasi[sunting]

Negeri  Luas (km2 Jumlah Penduduk 2009
 Batang Padang 2,730 183,200
 Hilir Perak 1,727 220,400
 Hulu Perak 6,558 109,700
 Kerian 938 184,500
 Kinta 1,958 846,300
 Kuala Kangsar 2,541 169,800
 Larut, Matang dan Selama 2,103 320,100
 Manjung 1,168 247,200
 Perak Tengah 1,282 111,900
 {{{J1}}} {{{J2}}} {{{J3}}}
 {{{K1}}} {{{K2}}} {{{K3}}}
 {{{L1}}} {{{L2}}} {{{L31}}}
 Jumlah 21,005 2,491,634

Rujukan[sunting]

Lihat juga[sunting]

Pautan luar[sunting]