Ibrahim Fikri bin Mohammad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ibrahim bin Mohammad

PMN; SPMT, PPT (Terengganu)
Menteri Besar Terengganu
Dalam jawatan
09 November 1961 – 30 September 1969
Didahului olehMohd Daud bin Abdul Samad
Digantikan olehMahmood bin Sulaiman
Anggota Dewan Undangan Negeri Terengganu
untuk Kuala Nerus
Digantikan olehAbdul Rashid Ngah
Timbalan Menteri Besar Terengganu
Dalam jawatan
April 1958 – Jun 1959
Butiran peribadi
LahirLorong Haji Jamil, Kampung Cina, Kuala Terengganu
Parti politik Barisan Nasional - UMNO
Anak-anakMohamed Nasir Ibrahim Fikri dan lain-lain
PekerjaanMenteri Besar Terengganu

Tan Sri Dato' Ibrahim bin Mohammad merupakan bekas Menteri Besar Terengganu yang menggantikan Mohd Daud bin Abdul Samad. Beliau berkhidmat pada 09 November 1961 sehingga 30 September 1969. Anak beliau Mohamed Nasir Ibrahim Fikri merupakan mantan ahli parlimen Kuala Nerus, Terengganu.

Gerakan Kemerdekaan[sunting | sunting sumber]

Tan Sri Ibrahim Fikri didedahkan dengan kepimpinan semasa belajar di Sekolah Arab Sultan Zainal Abidin, sebuah sekolah yang melahirkan banyak tokoh terkenal di Kuala Terengganu. Mudirnya, Sheikh Mahmud Bakar Rafie meramalkan Ibrahim bakal menjadi seseorang penting dalam negara kerana bakatnya yang begitu menonjol sekali berbanding rakan sebaya yang lain.

Gelaran 'Fikri' dicadangkan oleh Sheikh Mahmud untuk ditambahkan pada nama beliau yang kemudian dipakai sebagai nama kekal.

Tan Sri Ibrahim Fikri adalah tokoh penting dalam menyebarkan idea kemerdekaan di negeri Terengganu. Beliau adalah pengasas Parti Persetiaan Melayu Trengganu. Pertemuan dengan Ibrahim Yaakob menyebabkan Ibrahim Fikri, bersama rakannya Wan Daud Ahmad, Muda Jalil, Muda Kassim, Ibrahim Sulaiman, Ibrahim Arshad dan Muda Rashid menyebabkan semangat kemerdekaan membuak-buak. Presiden KMM Terengganu adalah Wan Daud Ahmad, manakala Ibrahim Fikri sebagai Setiausaha 'Malay Seinan Kaicho'.

Apabila KMM diharamkan selepas didapati cenderung bekerjasama dengan Jepun, beliau masuk Parti Kebangsaan Melayu Malaya. Beliau dilantik sebagai Ketua PKMM Terengganu. Kemudian, apabila diharamkankan, beliau masuk UMNO pula. Beliau mendapat kepercayaan dari Dato Kamarudddin Haji Idris, pengerusi UMNO Terengganu pada waktu untuk menjayakan program dalam parti.

Dalam Pilihanraya Umum Pertama 1955, Ibrahim bertanding di Parlimen dan DUN dan mendapat majoriti tertinggi di Dewan Undangan Negeri. Pada April 1958, beliau dilantik menjadi Timbalan Menteri Besar, sehingga Jun 1959.

Menteri Besar[sunting | sunting sumber]

Malaya menghadapi pilihanraya kedua pada 19 Ogos 1959. Dalam PRU julung kali ini, Parti Islam Se-Malaya (PMIP) yang diketuai oleh Dr Burhanuddin Alhelmy memenangi DUN negeri Terengganu. Mohd Daud bin Abdul Samad dari Besut dilantik sebagai Menteri Besar Pertama.

Kerajaan negeri waktu itu tidaklah stabil. Perbuatan membeli undi dan lompat parti sangat berleluasa. Pada Oktober 1961, kerajaan negeri Terengganu berhadapan dengan undi tidak percaya dari Parti Perikatan. Ahli Dewan Undangan Negeri Perikatan hanya 7 orang di Terengganu. Tetapi 3 ahli Parti Negara telah menyokong usul Perikatan dan melompat menyertai UMNO kerana yakin dengan UMNO.

Lantaran itu, pada November 1961 Perikatan / UMNO membentuk kerajaan negeri di bawah Menteri Besar Terengganu yang baru, iaitu Tan Sri Ibrahim Fikri. [1] Pelantikan beliau diumumkan oleh Tun Abdul Razak pada 6 November 1961, di Gong Pauh, Kemaman. Ibrahim berusia 39 tahun sewaktu itu. Beliau meletakkan jawatan sebagai Pengarah Urusan dan Pengarang Besar akhbar Utusan Melayu di Kuala Lumpur hari itu juga.

Ibrahim pernah menjadi Timbalan Menteri Besar, sebelum kerajaan PAS berkuasa.

Rancangan Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Awal 1960-an bumi Terengganu sebuah negeri yang miskin dan mundur. Lokasinya yang terkeluar dari perhubungan menjauhkan dari kemajuan. Hasil utama ekonomi waktu itu terhad kepada perikanan, pertanian sara diri, dan pelombongan bijih besi di Dungun.

Sebagai pemimpin, Ibrahim Fikri memulakan rancangan memajukan negeri dengan membangunkan infrastruktur asas terlebih dahulu. Beliau memahami jambatan, sekolah dan balai raya adalah infrastruktur yang diberi tumpuan. Ada 8 buah sungai utama, dan sungai terakhir yang siap lengkap dibina jambatannya adalah Jambatan Sultan Ismail Nasirudin Shah (Jambatan Manir) pada 1965. Tumpuan pada infra inilah menyebabkan pengaruh UMNO begitu kuat di Terengganu waktu itu dan sinonim dengan frasa bawa kemajuan.

Ibrahim Fikri menubuhkan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PMINT) pada 1965 yang membuka tanah hutan untuk penanaman sawit. Kayu berharga dari hutan diproses menjadi balak, dan dieksport. Untuk tujuan ini, kerajaan negeri memohon pinjaman $50 juta dari kerajaan pusat, dan berharap akan menghasilkan $25 juta pulangan setahun untuk kerajaan negeri. [2]

Krisis dengan Tun Razak[sunting | sunting sumber]

Pada 60an, belum ditemui petroleum. Manakala harga getah jatuh merosot, disebabkan menerima saingan dari getah sintetik. Tan Sri Mohamad Jamil dari Jabatan Pertanian, mengusulkan agar kerajaan negeri menanam sawit secara besaran bagi menambahkan hasil pendapatan. Ibrahim Fikri bersetuju dan mulakan projek sawit secara besaran, dengan penubuhan TDM Berhad pada 1965. Tetapi Tun Tan Siew Sin selalu Menteri Kewangan lebih cenderung agar pihak swasta yang mengusahakan secara ladang. Tun Abdul Razak sependapat dengan Tun Tan Siew Sin. Tun Razak sedang berada di puncak selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 23 September 1973 di Batu 12.3, Jalan Temerloh, Kuantan, Pahang. Ketika itu beliau masih menjadi ADUN. Satu pilihan raya kecil telah diadakan.

Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri, Kuala Terengganu diberikan sempena nama beliau. Rumah beliau berhampiran dengan sekolah ini.


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Terengganu
November 1961 - September 1969
Penyandang Kemudian
Mohd Daud bin Abdul Samad Dato' Mahmood bin Sulaiman

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Rujukan: Pengakuan Tengku Ali : Mengapa Saya Diturunkan Dari Takhta Negeri Terengganu.