Idris bin Jusoh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Idris Jusoh

Dato' Seri Idris bin Jusoh merupakan bekas Menteri Besar Terengganu. Beliau memegang jawatan itu sejak Mac 2004 selepas Barisan Nasional berjaya menguasai semula DUN Terengganu dibawah kepimpinan beliau dengan membawa Gelombang Biru dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004.Pada pilihan raya umum Mac 2008,BN di bawah kepimpinan Dato' Seri Idris bin Jusoh sekali lagi memenangi pilihanraya umum tersebut dengan Majoriti 2 per 3,disaat BN di negeri-negeri lain mengalami tsunami politik.Walaupun dicalonkan oleh Perdana Menteri Malaysia untuk menyandang Menteri Besar Terengganu selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, cadangan tersebut tidak diperkenankan oleh DYMM Sultan Terengganu. Beliau kini memegang jawatan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Isi kandungan

[sunting] Pendidikan

  • Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh.
  • Ijazah Sains Sosial (Universiti Sains Malaysia) (1980).
  • Blackburn High School, Victoria, Australia.
  • Program Keusahawanan (Aston University, England) (1984).
  • Ijazah Sarjana MBA (University of New Haven, USA) (1988).
  • Pengajian Bahasa Arab (University of Jordan) (1993-1994).
  • Kursus Pengurusan Lanjutan (Harvard University, USA) (2001).
  • Kursus Pengurusan Lanjutan (INSEAD, Perancis) (2008).

[sunting] Bakat Kepimpinan dan Anugerah

Dato' Seri Idris Bin Jusoh seorang individu yang sentiasa cintakan ilmu pengetahuan sejak di bangku sekolah lagi.Ia dibuktikan lagi apabila telah menerima Anugerah Emas Pelajar Terbaik Keseluruhan Universiti Sains Malaysia USM (GOLDEN AWARD BEST STUDENT)pada tahun 1980 ketika menjadi penuntut universiti tersebut.Beliau juga pernah menuntut di beberapa Universiti terkemuka samada di Eropah dan Timur tengah. Antara lain bakat kepimpinan dan kecemerlangan Akademik beliau ialah:

  • Dianugerahkan GOLDEN AWARD BEST STUDENT di USM (1980)
  • Presiden Persatuan Mahasiswa USM-kini dipanggil Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) (1978-1979)
  • President of International Student Association di University of New Haven (1987)
  • Dianugerahkan Sijil ENTREPRENEURSHIP di Aston University, United Kingdom (1984)
  • Best Club Award, KELAB USAHAWAN MUDA (1994)
  • Special Appreciation Award Individual Malaysian Franchise Award (2000/2001)
  • Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) (1994)
  • Darjah Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T) - Membawa gelaran Dato’ (1998)
  • Darjah Seri Sultan Mizan Zainal Abidin (S.S.M.Z) - Membawa gelaran Dato’ Seri (2004)

Beliau juga seorang yang amat mementingkan Ilmu,Di mana dibawah kepimpinan beliau,beliau memberi inspirasi dan Idea ULUL AL-BAB-MISI MENJANA KEPIMPINAN MUSLIM GLOBAL,yang mementingkan agama Islam,menghafaz dan memahami Al-Quran,dan cintakan Ilmu pengetahuan.

[sunting] Sejarah dan Sumbangan Idris Jusoh Ketika dalam UMNO dan BN di Terengganu

Pada tahun 1999,iaitu pilihan raya ke 10,BN Terengganu jatuh di tangan pembangkang,iaitu PAS.Kekuatan Pembangkang ketika itu terletak pada Krisis Anwar Ibrahim ketika itu.UMNO dan BN Terengganu ketika itu dalam keadaan tertekan,dimana tiada seorang pun mahu memegang jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu ketika itu.Idris Jusoh lantas menyahut cabaran untuk memimpin Terengganu ketika itu,bagi misi mendapatkan kembali Terengganu untuk BN.Beliau antara yang telah memberi inspirasi Gelombang Biru di Terengganu.Akhirnya,Pada pilihan raya Umum ke-11(2004),BN Terengganu dibawah kepimpinan beliau berjaya merampas kembali Terengganu dari pembangkang.Personaliti Idris Jusoh yang disenangi semua kaum,tidak kira bangsa atau agama,menyebabkan rakyat Terengganu ketika itu beralih memilih BN.Beliau juga ketika itu dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu(2004),dan merupakan Menteri Besar pertama dari daerah Besut.Pada pilihan raya umum Terengganu ke-12 juga,BN di bawah kepimpinan beliau sekali lagi mengekalkan Terengganu di bawah BN.

[sunting] Krisis perlantikan Menteri Besar Terengganu

Berikutan pilihan raya umum Malaysia 2008, BN telah berjaya memenangi pilihan raya negeri Terengganu mengumpulkan 24 dari 32 kerusi yang dipertandingkan, dengan PAS memenangi baki 8 kerusi.Ia merupakan pencapaian yang terbaik bagi negeri Terengganu di saat negeri-negeri lain jatuh di tangan pembangkang.Rakyat Terengganu masih menerima BN di bawah kepimpinan Dato' Seri Idris bin Jusoh ketika itu.Satu krisis telah meletus apabila Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin, yang juga Yang di-Pertuan Agong Malaysia, menolak untuk melantik semula Idris sebagai Menteri Besar. Sebaliknya sultan melantik Dato' Ahmad Said,salah seorang daripada 24 ADUN BN negeri,selepas beberapa ADUN Terengganu lain menolak tawaran untuk menjadi Menteri Besar. Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi membalas dengan berkata bahawa perlantikan Ahmad Said "tidak mengikut perlembagaan".[1] 22 ADUN BN negeri yang lain juga berikrar menyatakan sokongannya terhadap perlantikan Idris Jusoh, merujuk kepada Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak.[2]

[sunting] Jawatan Dalam Kerajaan

  • Ahli Majlis Amanah Rakyat (MARA) - (1991-1993)
  • Ahli Parlimen Besut ( 1995 -1999)
  • Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan (1995 -1999)
  • Ahli Dewan Undangan Negeri, Jertih (2004 - sekarang)
  • Menteri Besar Terengganu (2004 - 2008)
  • Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) - ( 2008 - sekarang)

[sunting] Jawatan Dalam UMNO

  • Ahli Majlis Tertinggi UMNO (2000 - sekarang)
  • Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu (2000-2008)
  • Pengarah Pilihanraya UMNO Malaysia(2010-sekarang)


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Terengganu
March 2004 - March 2008
Penyandang Kemudian
Abdul Hadi bin Awang Ahmad Said

[sunting] Lihat juga

[sunting] Rujukan

  1. "PM: Appointing anyone else is against Constitution", The Star, March 24, 2008. Dicapai pada 2008-03-24. 
  2. "23 Terengganu Assemblymen Pledge Support For Idris Jusoh, Says Najib", Bernama, March 24, 2008. Dicapai pada 2008-03-24. 
Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain