Imam Abu Daud

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Imam Abu Daud atau nama sebenarnya Abu Da'ud Sulayman ibn Ash`ath al-Azadi al-Sijistani (Sistan 202 H (817 M) - Basrah 276 H (888 M)}, adalah salah seorang perawi hadith Nabi Muhammad (S.A.W). Beliau adalah penulis kitab Sunan Abi Daud, salah satu kitab yang dikategorikan di dalam enam kitab Hadis yang utama yang termasuk kitab Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Sijistan (Sistan atau Sagestan, Iran) pada tahun 817, dan meninggal pada tahun 888. Semasa hayatnya, beliau pernah mengembara ke Iraq, Mesir, Syria, Arab Saudi, Khurasan, Nisabur dan bayak lagi untuk mengumpulkan Hadis Rasulullah S.A.W. Kebanyakkan Hadis yang beliau kumpul lebih bertumpu kepada Hadis Hukum, iaitu hadis yang mengandungi hukum-hukum fiqh yang sesuai digunakan dalam bidang perundangan Islam. Jumlah Hadis yang berjaya dikumpulkan oleh Imam Abu Daud adalah sebanyak 50,000 Hadis. Daripada jumlah itu, sebanyak 4,800 Hadis telah beliau pilih untuk dimasukkan dalam kitab Sunannya. Semua Hadis dalam dikategorikan oleh Imam Abu Daud mengikut kepentingannya. Imam Abu Daud telah menulis lebih kurang 21 kitab termasuk Sunan Abi Daud. Menurut Imam Abu Daud, semua Hadis yang dimasukkan dalam kitab Sunannya adalah sahih kecuali jika beliau menyatakan sebaliknya. Namun, bukan semua Hadis beliau sahih kerana ada ulama' seperti Ibn Hajar berpendapat bahawa ada juga Hadis yang lemah di dalam Sunan Abi Daud. Antara kitab selain Sunan, Imam Abu Daud juga menulis Kitab al-Marasil. Dalam kitab ini, sebanyak 600 Hadis Mursal - Hadis yang perawinya dari kalangan Tabi'in meriwayatkan terus daripada Rasulullah S.A.W tanpa perantaraan sahabat.

Guru[sunting | sunting sumber]

Sebagai seorang perawi Hadis, Imam Abu Daud berguru dengan ramai ulama untuk mendapatkan sesebuah Hadis. Antara guru-gurunya adalah:

  1. Imam Ahmad,
  2. Al-Qanabiy,
  3. Sulaiman bin Harb,
  4. Abu Amr adh-Dhariri,
  5. Abu Walid ath-Thayalisi,
  6. Abu Zakariya Yahya bin Ma'in,
  7. Abu Khaithamah,
  8. Zuhair bin Harb,
  9. ad-Darimi,
  10. Abu Uthman Sa'id bin Manshur,
  11. Ibn Abi Syaibah dan lain-lain.

Murid[sunting | sunting sumber]

Demikian juga murid beliau cukup banyak, antaranya:

  1. Imam at-Tirmidzi
  2. Imam Nasa'i
  3. Abu Ubaid Al Ajury
  4. Abu Thoyib Ahmad bin Ibrohim Al Baghdady (perawi Sunan Abi Daud dari beliau).
  5. Abu `Amr Ahmad bin Ali Al Bashry (perawi kitab Sunan dari beliau).
  6. Abu Bakr Ahmad bin Muhammad Al Khollal Al Faqih.
  7. Isma`il bin Muhammad Ash Shofar.
  8. Abu Bakr bin Abi Daud (anak beliau).
  9. Zakariya bin Yahya As Saajy.
  10. Abu Bakr Ibnu Abi Dunya.
  11. Ahmad bin Sulaiman An Najjar (perawi kitab Nasikh wal Mansukh dari beliau).
  12. Ali bin Hasan bin Al `Abd Al Anshory (perawi sunsn dari beliau).
  13. Muhammad bin Bakr bin Daasah At Tammaar (perawi sunan dari beliau).
  14. Abu `Ali Muhammad bin Ahmad Al Lu`lu`y (perawi sunan dari beliau).
  15. Muhammad bin Ahmad bin Ya`qub Al Matutsy Al Bashry (perawi kitab Al Qadar dari beliau).

Karya[sunting | sunting sumber]

Dia mengarang sekitar 21 buah kitab keseluruhannya. Sebahagian yang paling menonjol adalah:

  • Sunan Abu Daud, mengandungi sekitar 4,800 hadith, merupakan karya agungnya. Ia biasanya diberi nombor menurut edisi Muhammad Muhyi al- Din `Abd al-Hamid (Cairo: Matba`at Mustafa Muhammad, 1354/1935), di mana 5,274 dibezakan. Sesetengah hadithnya tidak sahih, tetapi dia mendakwa bahawa kesemua hadith disenaraikan adalah sahih kecuali disebut dengan jelas sebaliknya; ini menjadi pertikaian dikalangan sarjana Islam, kerana sesetengah, seperti Ibn Hajar al-Asqalani percaya bahawa sesetengah yang tidak bertanda juga merupakan Hadith da'if.
  • Dalam karnyanya yang lain, Kitab al-Marasil, dia menyenaraikan 600 Hadith mursal yang, selepas penyelidikan menyelurun, dia memutuskan juga adalah Hadith sahih.
  • Risālah Abī Dāwūd ilā Ahli Makkah; suratnya kepada penduduk Mekah menggambarkan karyanya, Sunan Abu Dawood.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]