Inalchuq

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Inalchuq (meninggal 1219) merupakan seorang Gabenor kerajaan Khwarizmiyah bahagian wilayah Otrar. Beliau adalah bapa saudara kepada Alauddin Muhammad iaitu khalifah bagi kerajaan Khwarizmiyah ketika itu.

Pada 1218, beliau berjaya mengesan kegiatan merisik kumpulan rombongan dagang Empayar Mongol seramai 400 orang setelah mengawasi tindak-tanduk mereka. Rombongan tadi ditangkap dan dikurung bagi mengenal pasti tujuan sebenar rombongan tersebut. Setelah beberapa ketika, kesemua ahli rombongan tadi dibunuh.

Akibat daripada kejadian itu, Genghis Khan memulakan kempen menceroboh wilayah kerajaan Islam dengan menyerang kerajaan Khwarizmiyah. Ketika ini bermulalah Peperangan Islam-Mongol. Semasa penyerbuan tentera Mongol terhadap wilayah Otrar, Inalchuq dan tenteranya dapat bertahan selama lima bulan, namun beliau akhirnya dapat ditangkap dan dibunuh.

Berdasarkan sumber yang boleh dipertikai, beliau dihukum dengan mata dan telinganya dimasukkan logam perak yang sedang mendidih.[1]

  1. ^ John Man (2007). Genghis Khan: Life, Death, and Resurrection. Macmillan. m/s. p. 163. ISBN 0312366248. |pages= has extra text (bantuan)