Indeks glisemia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Indeks glisemia (GI) ialah satu ukuran secepat mana aras glukosa darah (i.e., gula darah) meningkat selepas memakan makanan tertentu. Glukosa (piawai yang ditetapkan) mempunyai indeks glisemia 100. Kesan setiap makanan terhadap aras glukosa darah berbeza-beza. Indeks glisemia menganggarkan sebanyak mana setiap gram karbohidrat tersedia (jumlah karbohidrat ditolak serat) dalam makanan menaikkan aras glukosa darah selepas memakannya, dibandingkan dengan pemakanan glukosa tulen.[1]

Satu had praktikal indeks glisemia ialah ia tidak mengambil kira jumlah karbohidrat yang sebenarnya dimakan. Satu ukuran berkaitan, beban glisemia (GL), mengambil kira faktor ini dengan mendarab indeks glisemia makanan dengan kandungan karbohidrat sebenar hidangan. Sebagai contoh, tembikai mempunyai indeks glisemia yang tinggi, tetapi beban glisemia yang rendah.[2]

Graf menunjukkan peningkatan gula darah selepas makan

Satu lagi had praktikal indeks glisemia ialah ia tidak mengukur penghasilan insulin disebabkan peningkatan gula darah. Akibatnya, dua makanan yang mempunyai indeks glisemia yang sama boleh menghasilkan jumlah insulin yang berbeza. Begitu juga, dua makanan yang mempunyai beban glisemia yang sama boleh menyebabkan tindak balas insulin berbeza. Tambahan lagi, ukuran kedua-dua indeks glisemia dan beban glisemia bergantung kepada kandungan karbohidrat makanan. Untuk makanan seperti stik, yang tidak memiliki kandungan karbohidrat tetapi masih boleh memicu tindak balas insulin disebabkan pengambilan protein yang banyak, GI dan GL tidak memberikan banyak maklumat. Apabila kedua-dua ukuran glisemia tidak boleh digunakan sebagai perbandingan, "indeks insulin" mungkin lebih berguna.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. "Glycemic Index Defined". Glycemic Research Institute. Diperoleh pada 2013-08-01. 
  2. Riva Greenberg (06/29/11). "Glycemic Load and Glycemic Index: What's the Difference and Why Does it Matter?". HuffPost. Diperoleh pada 10 April 2014. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]