Inferens jenis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Inferens jenis merujuk kepada ciri bahasa pengaturcaraan yang tegasnya dijeniskan secara statik di mana jenis sesuatu pemboleh ubah dikenal pasti secara automatik. Sebagai contoh, di dalam bahasa pengaturcaraan C, pemboleh ubah diisytiharkan dengan menyatakan jenisnya secara eksplisit seperti berikut:

int i = 1;
char c = 'A';

manakala dalam bahasa yang menyokong inferens jenis seperti C#, jenisnya tidak perlu dinyatakan, sebaliknya akan dikenal pasti oleh pengkompil. Contoh inferens jenis di dalam C# adalah seperti berikut:

var i = 1;
var c = 'A';
i = 'B'; // ralat

Dalam contoh di atas, pengkompil akan mengenal pasti pemboleh ubah i sebagai bejenis int manakala c sebagai char dengan melihat kepada nilai pertama yang ditugaskan kepadanya. Baris ketiga dalam kod contoh di atas akan menyebabkan ralat bila dikompilkan kerana i sudah pun diisytiharkan secara automatik sebagai int sedangkan nilai baharu adalah berjenis char.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]